Tasting

Wednesday 12 October 2011

Novel Besttttt!!!

Penuh keihlasan dalam gaya penyampaiannya..
Akhirnya berjaya jugak aku baca novel yang bagi aku amat menarik bagi yang berkerjaya dalam bidang pendidikan mcm aku ni haa... Mengisahkan seorang pengetua yang telah bersara menceritakan pengalaman bermula sebagai seorang pendidik sehingga menjdai seorang pentadbir... Kadang2 apa yang dikisahkan dalam buku ni sedikit sebanyak memberi impak kat aku dan mungkin juga chegu-chegu yang membacanya... Malu pun ada.. hahaha.. 

Sebagai contoh satu bahagian buku ini menceritakan tentang guru kaunseling.. Penulis sebagai pengetua bertanyakan guru kaunseling sekolahnya.. 'Cikgu Ana, adakah pelajar ada berjumpa kamu utk berkongsi permasalahan? ".. Cikgu Ana berkata setakat hari ni tiada.. Penulis hanya tersenyum lalu berkata.. "cikgu, bagaimana nak ada masalah sedangkan cikgu tak pergi mencarinya.. Sebagai guru kaunseling, cikgu kena mencari murid yang bermasalah dan menyelidik latarbelakangnya.. Baru la ada masalah.. Ini tidak mencari, mana nak ada masalah... "... Hahahahhaa... Betoi la ckp penulis, kalau guru kaunseling tu pi cari masalah murid, maka akan terbebanlah masalah kpd guru kaunseling tu... 

Menarik.. Memang menarik sehingga menarik perhatian rakan sejawat aku, Pak Din utk pinjam dan membaca buku nii.. Jadi, sapa yang berminat nak mengetahui isinya.. pi la beli.. Harga belakang buku RM43.00...

No comments: