Tasting

Saturday, 28 January 2012

Nak beli buku.. Nak beli buku, Nak beli buku..Nak beli buku..



Hello blogger n kwn2 yang dihormati, dikasihi, diingati,, Apa habaq hangpa semua....?

Semalam dah pi ambik Baucer Buku 1Malaysia.. Sapa tak ambik, ghugi laaa.. Sapa nak bg RM200? Hahaha.. Kerajaan BN kalau org nak kata pancing undi, terpulang laa.. Bagi aku, yang terbaik utk pelajar U dan rakyat.. Kalau kita sendiri la jadi pemerintah, rasanya tak mustahil kita berbuat sedemikian rupa untuk meningkatkan rating kerajaan kita.. Kan?

Bila dah dapat, first baucar RM50.00, aku pi Popular dekat Giant Nilai. Dah mmg bukan ulat buku, taktau nak beli apa.. jadi, main ambik ja laaa... Ada la 4-5 buku dan alat2tulis sikit.. Masa nak bayar, malu pun ada.. Yang beratuq panjang yang guna baucar ni semua student u (yang umuq 18tahun - 20tahun kot).. Maksudnya muda lagi laa.. Mai tang aku, pelajar tua nak bayaq.. Hahahaha.. Selamber ajo leee...


Tahun ni tahun akhir aku sebagai pelajar tua.. Mmg mencabar jugak laa.. Hujung2 nanti kena study mcm budak SPM balik laa sebab topik aku Mathematics In Form 5 and Form 6.... Cara-cara mengajar.. Bukan belajar.. Sebab tu la ada terselit buku SPM... Hehehehe... Anyway, a lot thanks to kerajaan diatas pemberian BB1M... Syukur alhamdulillah.... Rezeki Allah S.W.T,,,

Friday, 27 January 2012

Mesyuarat AJK KRT PCH Bil 02/2012




Terima kasih kepada 23 orang  AJK KRT PCH yang baru dilantik utk sama-sama berkhidmat di Perdana College Heights.. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan Allah S.W.T.. InsyaAllah...

Disini aku mengucapkan jutaan terima kasih banyak2 buat S/U aku, Tuan Zairol yang berkerja kuat untuk mengaktifkan KRT PCH sessi 2012-2014.. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi tuan.

Bercakap mengenai harapan... Sebagai Pengerusi, aku amat berharap agar semua AJK dapat bekerja dengan hati yg senang dan terbuka demi merealisasikan segala perancangan yang telah dicadangkan pada malam tersebut.. Sekali lagi TAHNIAH dan terima kasih buat semua AJK KRT PCH ...

Wednesday, 25 January 2012

Dah besaq anak aku nih!!!


Sayang anak abah.. My lovely daughter.. Tukang massage hebat!!! Hehehe..

Buku Lawatan Polis pun Kena Rembat..


Hati paneh la jugak.. Bulan ni saja dah 2 kali buku lawatan polis dah hilang.. Sapa yang merembat??? Bab beli buku baru takdak hal.. Cuma rekod lawatan tu penting.. So, aku kol balai, jawapannya balai tak ambik.. Huh!! Terpaksa maklumkan pada Ketua Balai, utk makluman dia sebagai ketua balai.. Bukan apa, aku takmau buku tu dieksploitasi pulak...

Anyway, thanks buat anggota polis yang kerap meronda ke kawasan PCH.. Jasamu dikenang!!

Tuesday, 24 January 2012

Cuti Gong Xi Fa Choi..

Cuba kesan.. ada ke pic aku n Dina?


Firstly.. Gong Xi Fa Choi buat semua kaum Cina yg sambutnya.. Pada yg tak sambutnya, Happy Holiday laa... 

Kali ni tak pi bercuti ke mana pun.. Balik Felda Soeharto utk baiki laptop yg dah semakin tenat.. Nampak gaya mcm kena beli baru la.. Tapi, bajet pun kurang.. So, tangguh dulu laa.. Guna la laptop ni sampai tiba 'masanya'... 

So, dah terlanjur ke Tg Malim, lajak la nak pi mandi sungai.. Mula2 plan nak ke Sungai Klah, Sungkai.. Sampai ja kat situ, tu diaaa.. Punya la ghamai manusia.. So, cancel.. Tapi kesian la kat budak2 ni ( anak aku n anak buah aku).. Lajak la ke Tapah ke Kuala Woh.. Ingatkan takdak org, tapi ramai la jugak.. Enjoy la bebudak ni.. Gambar atas tu la yg sempat snap kat Kuala Woh...








Next destination, on d way balik Nilai, naik ke Fraser Hill.. Boleh tahan jugak jalan dia.. Dalam 35km dari Kuala Kubu Bharu.. Sampai atas ingatkan sejuk, paneh jugak laa.. Sja nak tunaikan permintaan Dina yg teringin nak tgk Bukit Fraser.. Mmg takdak apa.. Naik - 30 minit - turun balik.... Masa balik dalam pertengahan jalan bengkang-bengkok tu, nampak ayaq terjun.. Apa lagi.. singgah la sat....


Gggrrrrrrrrr.., Yehaaaa!!!!!

Saturday, 21 January 2012

Selesai sudah 2 kes..

Ehsan Tuan Google - Gambar Hiasan Sahaja
 Salam blogger n sahabat2 yg dikasihi.. Mood nak berblogger semakin menurun nihh!! Emm..

Tugas aku sebagai Chegu Disiplin bermula.. 18.01.2012 yang pertama.. Ada sepasang ibu bapak ni mai buat report anak dia darjah 3 dipenaya kawan.. Ada ka patut budak sorang ni masukkan ubat pensel tekan kat dalam bekas air anak dia.. Pastu, anak dia pun minum air tu.. Apa lagi, rasa la ketajaman ubat pensel tu.. Mak dia mcm nak maghah jugak la.. Aku n bos bersama parent tu bincang la elok2.. Jam 10.30am aku turun buat siasatan.. (mcm CSI daaa).. Panggil suspek dan soal dia.. Mula2 mmg la tak mengaku, tapi kaedah pujuk aku agak menjadi jugak laa.. Last2 suspek kata kat aku .. "Chegu, kalau saya mengaku, chegu maghah tak?" Huh!! Dalam hati aku, tau takut.. Kahkahkah.. Aku tak sentuh lgsung budak ni.. Just tinggi suara sikit n amaran akhir la.. Akhirnya jam 11.23am tutup kes!! Satu salinan report aku diberi pada parent tu melalui anak dia.. dan aku jugak sms bgtau.. Selesai kes -1


Kes-2:  19.01.2012.. Ada sorang budak tahun 5 hilang kasut bola pada 18.01.2012... Esoknya aku buat siasatan jugak.. Sebab apa segera? Sebabnya, budak yg hilang kasut ni abg pada budak kes-1 aku.. Hahaha.. Kalau aku tak siasat, maybe lagi panas la mak ayah dia.. So, lepas perhimpunan, kwn aku Chegu Fairuz kumpul semua budak laki tahun 3,4,5,6.. Ramai jugak tu, rasa aku hampir 300.. Mcm mana aku nak detect pencuri ni..? Pening jugak.. 5 minit aku bertanya mangsa bila, dimana, dan sebagainya, aku dpt firasat budak kelas dia yang rembat.. Diringkaskan cerita.. Mangsa letak kasut bola dalam beg.. Pastu 'shock off' sikit kt kwn.. Hilang sebelum waktu Ko-Kurikulum petang.. So, dah pasti la budak kelas dia yg ambik.. Aku tarik keluar semua budak laki kelas dia.. ada la dalam 17 orang.. Sapa la yg aku nak gertak?? Adoiii.. Dgn kemahiran CSi yg ada, aku nak test market dulu.. aku panggil 4 org yg muka agak tak bole percaya laa.. Hahaha.. Dalam 4 yg aku tarik mmg mengena sorang.. Mat Sentul rupanya.. Mula2 tak mengaku, siap sumpah!! Kaedah pujuk lagi.. aku kata.. "Hang ckp la betoi2, kalau ambik bg la balik kat chegu, no rotan.. Chegu belanja hang makan lagi.. janji bgtau yg betoi n pulangkan kasut tu... Kalau hang tipu, 10 sebat aku bagi..."

Dia pikiaq panjang jugak.. Last2 dia kata dia ambik.. Dia kata ada kat beg dia kot.. Aku suruh ambik, cheh!! Kencing aku.. beg dia kosong..  Pastu dia kata, 'Eh chegu, sy letak bwh meja kelas.. Aku suruh dia pi, cheh!! Takdak la chegu... Dia kata.. Kena kencing aku kali ke-2.. Hampeh.. Licik betoi budak ni!! 

Diringkas cerita, aku gertak dia suruh dia jwb elok2.. Aku bagi masa 5 minit suruh dia pikiaq.. Aku pi ambik angin dulu.. lepas 5 minit.. Dia kata.. "Ha chegu, dah ada jwpn.." apa? Sy minta maaf chegu.. sy yang ambik.. ada di rumah kasut tuuu.. Siap peluk aku.. Fuh.. itu yg tak tahan.. Aku tak marah dia, aku ajak dia balik ghumah dia pi ambik.. Bila sampai rumah dia, rumah kunci, mak dia takdak.. Aku suruh dia cerita dari mula mcm mana dia ambik.. Dia pun ceghitaa... Begini kesahnya..

Saya ambik dr beg dia, letak bwh meja dulu.. Habis KoKurikulum petang, dia ambik kasut tu.. masuk dlm plastik - gantung kat handle basikal.. Sampai rumah,, dia letih.. tidoq dulu.. dlm jam 6petang dia pi taman permainan dgn abg dia.. Dia test kasut tu.. BESAQ!!! Abg dia kata kasut tak ori, ko pi bagi balik la kat budak tu.. Dia bwk balik ghumah.. letak bwh katil.. Tpi hari ni dia lupa nak bwk mai sekolah... Itu la cerita dia... 

Panjang sgt cerita.. letih laa.. Ringkaskan laa.. Akhirnya kasut tu dijumpai di sekolah.. Dia simpan kat satu kelas Tahun 3... Tuuuu diaaaaaaaaa... Hancing aku satu badan kena kencing dgn dia.. Ikut hati aku, mmg aku nak sebat jaa.. Tapi sebab mak dia pun dah mai sekolah.. So, siasatan aku selesai dalam masa 4 jam.. Fuh!!!! Lega aku... Tak sangka, dari 300 suspek.. bwk ke 17 suspek.. sampai dapat jugak si perembat ni!!!

Thursday, 12 January 2012

Sejarah telah tercatat..

video

Salam blogger's.. Entry ni bagi aku, sejarah peribadi aku dan cukup bermakna.. Mana tak bermakna, majlis yg aku sangkakan santai, telah diadakan di luar jangkaan aku.. Aku dijemput utk merasmikan Majlis Makan Malam BBQ Suria Residence @ Perdana College Heights. Suria Residence ni merupakan satu kawasan di bwh pentadbiran KRT Perdana College Heights. Tetamu aku rasa ada la lebih kurang 70 - 80 orang.. kalau bg hangpa sikit, bg aku dah mcm 500 orang.. Hahaha.. Siap ada 2 kanopi, hadiah, P.A sistem, ada rostrum.. Huh.. Mmg rasa nak terkucil jugak dibuatnya..

Tak pernah2 aku dijemput merasmikan satu majlis, tiba2 dijemput mcm ni.. pertama terasa diri dihargai la.. tkasih buat J/Kuasa yg menjemput.. Keduanya, aku bukanla pandai nak bercakap depan org ramai.. Lebih2 lagi depan penduduk yg bg aku mmg kelas atasan.. Malu + segan + sakit perut dan sebagainya.. Kalau hangpa dengaq aku ckp pun, mcm tak tentu hala.. Kan? Kan?.. Walaubagaimanapun, mohon maaf la video yg diambik di guna video amatur saja.. (anak aku yg senyap2 record).. 

Tuesday, 10 January 2012

Akhirnya.. Tercapai jugak.. Ngeh..Ngeh..Ngeh..

Alhamdulillah, dengan izin-Nya.. Saga FLX - Auto jadi jugak dibelinya walaupun dalam geran memang HakMilik Bank.. Huahuahuahua... Kereta ni aku beli utk Cik Puan aku yg aku sayang.. Nak beli Mini Cooper tak mampu, Saga pun ok laa.. Kan..



Dulu aku tidoq sorang2 kat luar ni.. la ni dah berteman.. Bestnye!!!

Tinted gelap nihh!! Janji murah.. hahaha

Proses bertinted!! Hitam.. 80%.. Dapat JPJ, cornfirm...

jauhilah diriku dari JPJ..

@Cameron Highland lagi




Dear blogger.. tak sempat nak cegita panjang.. ni la gambar yg sempat snap kat CH.. Agak tragis jugak la kali ni ke CH sebab myExora hampir2 nak jahanam akibat paking kat kawasan yg gila punya cerun.. Diringkaskan cerita laa.. nak beli-belah kat satu tempat ni atas sikit pada Brinchang.. Paking tepi jln takleh sebab ada polis jaga.. Pi la masuk satu kwsn paking.. bayar RM3.00.. Kena turun bwh.. punya la curam.. Tak terpikiaq pulak aku nak naik pulak.. dah abis beli barang sikit, masuk keta.. 

Dari bwh, aku ushar tgk 'lineclear'.. Terus aku tekan minyak.. Tup..Tup..Tup.. ada satu Waja kat depan yg tak sempat melintas, aduhhh!!! Nak tarik hand-break mesti tak makan punya dan takut pulak masuk nak gerakkan semula kereta.. Keputusan ringkas aku ambik ialah : Huhuhuhu... main minyak, n clutch.. ada la dalam seminit juga.. Tiba2 bau hangitttt!!!!! Jahanammmmm.... Terpaksa tarik hand-break jugak... Huh!! Rosak kereta aku... Last2 lepas jugak.. aku paking tepi jln nak ilangkan bau.. Tapi tak ilang jugak.. Nak habaq mai, ini la pengalaman aku yang pertama cemas atas bukit yg aku rasa 60 darjah tu.. itu la kisahnyaaa...

Ni aku habaq tentang tempat aku bermalam kat CH.. Hahaha.. RM25.00 semalam.. Rumah Peranginan Persekutuan CH.. Murah gila dan bilik besaq gila.. Puas hati laaa... Terima kasih Kerajaan Malaysia..


Siap bwk basikal tu si budak kecik ni... dasyat..dasyat..

Ok.. dah.. itu je.. jumpa lagi...

Tuesday, 3 January 2012

2012@ SK Desa Jasmin


Salam Tahun Baru 2012 utk semua blogger & follower yg follow (kalau ade la).. Semoga tahun baru akan memberikan kita sinar baru, keberkatan hidup dan terus berjaya mencapai apa yang dikejarkan yg tak capai2 tahun lepas..

Esok dah mula sesi sekolah.. lama la cuti sampai naik bosan dah aku.. Ni esok pun rasa mcm letih ja urat2 ni nak pi sekolah.. Hahahaha... Anyway, 2012 anak aku pula dah masuk Tahun 2. Adik Dina tak tau bila nak muncul.. Belum ada rezeki kot.. Apapun, aku percaya rezeki Allah S.W.T kalau nak bagi, bila2 pun ada.. kan? InsyaAllah...

Di sekolah, utk 2012 ni, aku dilantik balik Guru Disiplin oleh pentadbir sekolah.. Last jadi Guru Disiplin 2010.. Aku amat menghargai pihak Guru Besar yang bagi kepercayaan pada aku.. Tahun ni tak la rasa apa sgt sebab dh ada pengalaman.. Wahai murid SK Desa Jasmin.. Jaga hangpa tahun ni.. Chegu dah beli rotan besaq.. Hahahaha... Aku yg sebenarnya tak suka marah2 budak.. Aku lebih suka pi sekolah happy senyum.. gurau dgn murid2 aku.. Tapi, bila dah jadi Chegu Disiplin ni.. Kena la masam muka sikit.. Yang paling aku bersykur, tahun ni aku tak jadi Guru Kelas... Mula2 masa meeting, nama aku naik jugak sebagai guru kelas n Guru Disiplin... naya oooo... Utk makluman kwn2, guru kelas mmg banyak keja.. uruskan kelas (hias) , kehadiran, tutup register, buku adab belajar, dan mcm2 lagi la.. sepanjang tahun.... Mcm mana aku nak handle guru kelas dgn guru disiplin sekaligus.. 

Apa lagi, hero pun mengadap la bos aku.. Merayu, bercerita, bersajak, bersyair, dan berpantun.. Akhirnya kawtim.. Ada chegu lain gantikan aku sebagai guru kelas.. Yeahhh!! Lega ghasanyaaaa... Apapun 2012 ni aku berharap lebih cemerlang sebab gaji pun dah naik.. Hahahaha... Ok.. Itu saja laa... La ni kurang idea nak berceghita dalam blog ni... Dah.. bye..