Tasting

Friday 26 August 2011

Bergambar dgn murid 4 Satria


SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN


Esok Sabtu.. aku & family akan pulang ke kampung balik ghaya.. jadi, di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN' buat semua rakan-rakan yang mengakses blog ini... Semoga bergembira di Hari Raya nanti bersama keluarga tercinta.

Thursday 25 August 2011

Jom 'Standby' balik kampung..

Masih kosong.. Belum isi..

Ghaya.. Ghaya.. Ghaya... 4 hari lagi nak posa.. maksudnya kita dah menghampiri 1 Syawal.. Tahun ni, setelah diperkenankan dalam Majlis Mesyuarat, keputusan telah diambil.. RAYA@Bagan Serai dulu... Sabtu balik Felda Soeharto, ahad balik Bagan Serai... Ghaya dulu kat Bagan Serai, raya ke-2 baru balik semula ke Felda Soeharto... Oklaa..

Cadangannya malam ni (khamis), kasi servis satu ghumah bagi berkilat.. Siap polish tuuu.. hahaha... Leepas tu, baru nak packing barang... Maybe 7 hari akan ada di luar kawasan... Makan angin sungguhhh.. Masuk angin keluar asap ooo!!! Apapun, setahun sekali.. enjoy la sikit cuti kali ni..

Semalam, kami sefamily pi shopping kat Billion.. Ok laa.. Harga pun ternyata berbaloi jugak.. Kami beli baju kurung Dina. Yg betoinya bukan merancang pun nak beli baju kurung tu. Cuma tgk nampak cantik.. Bila try mmg cantik anak aku pakai.. So RM69.00.. Bayo aja la.. Dan kami beli la jugak barang2 lain sikit... Jumaat ni nak pi sekali Jalan TAR!!!

Sejuknyaaa...!!!!

Uihhhh... sejuknya.. 20'Celcius.. Hahaha...


Pagi ni sementara menunggu wife aku masuk kereta, sambil bukak bonet belakang.. dok duduk.. tiba-tiba nampak view cantik jaa... Jadi, ambik kamera, shoooot la teruih gambar kat atas ni.... 

Untuk makluman kengkawan, pagi2 kat area ghumah aku ni mmg cantik sebab dekat sgt dgn pokok-pokok yg tumbuh liar dipersempadanan kwsn rumah aku.. Jadi, udara dingin sgt... Wahhh.. Nikmatnya... Indah betoi alam ciptaan Allah ni...  Lepas ambik gambo, wife aku sampai... Jom pi kojo & sekolah.. Heh..heh..heh...

Monday 22 August 2011

Jalan2@Nilai 3 - Menjelang 8 hari nak ghaya



Baru tadi aku pi Nilai 3 saja nak tgk apa barang yang murah.. Nilai 3 jarak dr rumah aku cuma 5 minit saja ikut jalan 'short cut'... Masuk saja simpang pertama, nampak berlonggok cadar yg pelbagai jenis. Dr yg murah berharga RM12.90 untuk cadar queen sampaila yang berharga RM780... Terpulang la pada bajet masing-masing.. Wife aku nak jugak cari cadar, tp nampak gayanya dia tak berapa perkenan.. Jadi, aku tak kisah.. apa yg wife aku suka, aku pun kira suka laaa.. -)... 

Jalan punya jalan yang aku beli cuma bekas kuih ghaya... Dah lama tak beli yg baru.. jadi beli pi laa.. Bekas yang aku beli ni harga dia RM35.00.. nampak gayanya mcm yg latest jugak laa.. siap dengan tempat nak ampu bekas tu laa (yg besi)... Nampak aku tag gambaq... Ok la.. Jdi, kalau nak bershopping kat Nilai 3 ni, mai laaa.. bukan apa harganya agak murah jugak laa, pastu boleh paking depan kedai.. tak payah jalan jauh2... Akhir sekali, 'SELAMAT MEMBELI-BELAH@NILAI 3'


Bunga api OK, Mercun NO.. Warning for Dina



Sunday 21 August 2011

Shopping@Tesco Semenyih



Jom Beli Barang.. Pilihan Di Tangan Kita!!



 Setiap bulan, kita mestila wajib membeli barangan ghumah bagi yang berkeluarga. Kalau bujang pun, ghasanya perlu juga membeli barangan keperluan ghumah. Di musim perayaan ni, tambah2 dah dekat nak ghaya, pasaraya2 besar masing-masing bersaing hebat menawarkan pelbagai tawaran harga yang selalunya depa kata depa la pembekal barang termurah.. Kita sebagai pengguna, berhak untuk menilai yang mana satu KEPERLUAN atau KEHENDAK yang nak kita utamakan.

Kalau di sekitar Nilai ni, ada 2 buah pasaraya besar yang ada iaitu TESCO & GIANT. Pasaraya Giant yang telah mula beroperasi di Nilai ni dan Tesco baru saja menjalankan perniagaannya kalau tak silap aku mulai Februari 2011 yang lalu. Jarak dari rumah aku nak ke kedua-dua pasaraya ni tak la jauh sangat. Lebih kurang 8km saja. Nak bercakap tentang harga, bagi aku sebenarnya sama saja. Sebagai contoh, kalau di Tesco, Sabun Pencuci Breeze dijuai RM20.99(5L), Giant juai RM26.79... Maknanya Tesco lagi murah... Tapi di Giant pulak harga jualan contohnya Susu Pekat Manis F&N RM2.39, diTesco pulak RM3.19... Maknanya masing-masing bersaing untuk menarik pelanggan. Terpulang kepada kita untuk nak pi beli-belah sama ada di Giant atau Tesco atau Mini Market yang berdekatan dengan rumah kita. Kalau di Nilai ni ada kedai kecik2 yg juai lebih murah drpd Tesco/Giant. Contohnya Kedai Rezki (berdekatan dgn Shell berkembar Nilai), Pasaraya CT Extra dan kalau nak murah sikit, try pi Mydin Nilai...

Cuma aku nak berpesan la di atas pengalaman aku... Kalau pi beli-belah di Pasaraya Tesco, bila dah bayar tu, cuba check resit.. Aku dah 4-5 kali terkena dgn penipuan yang tak disengajakan/disengajakan oleh pihak Tesco. Contohnya kita beli Shampoo harga kat rak RM10.89... Tapi bila kita bayar, cashier scan RM13.99... Kalau kita tak check resit betoi2, maknanya kenyang la RM3.10 bg pihak Tesco.. Cuba bayangkan.. itu baru aku sorang.. dalam sehari kalau 500 pelanggan berjaya dikencing sebegini, sebulan dah berapa keuntungan yang tak disengajakan ini. Boleh membeli-belah di Tesco ni, cuma kita perlu semakan yang lebih detail lagi.

'SELAMAT MEMBELI-BELAH SEMPENA HARI GHAYA'

Ramadan hari ke-21

Kenangan Dina 3 tahun
           Hari ni 21 hari umat Islam berposa.. cuma lagi 8 hari untuk mengakhiri Ramadhan 1432H ni.. sebabnya rata-rata yang aku dengar, tahun ni posa cuma 29 hari dan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 30hb Ogos iaitu hari Selasa. Tak sabo juga nak balik kg... Tahun ni perancangan awal kami sefamily akan beraya dulu di Felda Soeharto rumah mentua aku... Tapi last minit ubah sikit plan sebab Kakak Milah aku kata dia nak beraya dulu di Bagan Serai sebab adik-beradik Abg Z balik Sg Siput raya ke-2. Aku follow kakak aku bukan apa, sebab kalau depa takdak, kesian Dina, tak ada kawan masa ghaya tu.. Boleh juga Dina pi beraya dengan sepupu dia.. Syawin, Danish, Faris, Najwa, Alya... Semua tu geng-geng Dina laaa... hehehe.. Tahun lepas banyak jugak Dina bwk balik 'harta' ghaya.. Bukan apa, sekurang-kurangnya ada juga budak2 ni merasa kenikmatan berhari raya. 

Hari ni juga sakit aku ni agak ok la sikit.. sebenarnya daripada semalam lagi sepatutnya kami dah sampai Jalan Masjid India nak tengok kemeriahan ghaya dan nak beli-belah sikit lagi.. Banyak dah settle sebelum posa lagi dah.. Jln Masjid India ni mmg tiap2 tahun tak pernah lagi kami tak pi. Lokasi wajib setiap tahun!!! Tahun lepas 3-4 kali juugak turun KL dari Nilai ni. Tahun ni saja sekali pun tak sempat lagi nak pi sebab aku sibuk sgt dgn aktiviti OUM. Sampai naik bosan aku. Tak dapat pi mana langsung setiap hujung minggu. La ni yang agak free sikit.. Bila dah free, aku pulak kena sakit ......... Huh!!! Nak buat mcm mana... sabo ajo laaa...

Petang ni mungkin kami akan ke Jalan Masjid India.. Dan beli-belah sikit.. baju mak & mak mentua dah beres.. Cuma nak beli baju bapak aku saja lagi.. Pastu nak beli kuih ghaya sikit, baju blaus wife aku, air minuman ghaya utk bwk balik kg, dan 3-4 jenis benda lagi.. ( banyak jugak noooo)..

Anyway, thanks a lot buat wife aku yg dah merawat aku dengan baik sepanjang 4 hari aku tak dapat bergerak banyak. Bukan demam.. bukan sakit perut, bukan sakit kepala.. Aku berbangga sebab wife aku mau merawat aku... Thanks sayanggg!!! Tkasih juga buat Dr. Faizal ( Hospital Pakar An-Nur) yang telah memberikan rawatan kat aku. 

"Jom pi Jalan TAR"

Tuesday 16 August 2011

Bila mau fly lagi...?






Huahuahuahuahuahua... Bila mau fly lagi nih? ermmm.... Tahun ni? 2012? 2013? Entah leee.. Tgk la kalau ada rezeki..


Monday 15 August 2011

Teh'C' Peng @ Teh 3 Layer

Semalam aku berjaya menghasilkan Teh 'C' Peng atau lebih terkenal dengan Teh 3 Layer dengan sendiri. Hasil daripada MyResepi.com, aku cuba buat sendiri. Caranya mudah saja :




1. Masukkan Gula Melaka ( cair )
2. Masukkan ais batu
3. Masukkan susu cair ( tak kisah apa brand pun )
4. Masukkan teh yg telah dikembangkan ( perlahan-lahan)

Haaa.. lepas tu baru kacau dan minum.. Ermmm.. baik punya!!!! Kalau di Nilai ni, kat As-Salam, harga dia juai RM3.00 segelas. Pastu gelas dia kecik saja.. Ni aku buat sendiri.. balun la banyak mana pun nak balun.. hahahaha... Mmg nampak cantik kalau sebelum kacau teh tu.. Yg aku tau, di Kuching, Sarawak boleh dikatakan semua kedai makan ada sediakan Teh 3 Layer ni. Di Sarawak depa panggil Teh 'C' Peng... Kat semenanjung ni kita panggil 3 Layer.. Tu pun kedai mamak saja yg juai... 

*gambar teh yang aku buat aku masukkan kemudian.. ok

Thursday 11 August 2011

Team@PCH Terbaekkk!!!


Inilah kwn2 yang senang diajak dalam urusan kerja-kerja berat@PCH.. Den salute abis bro!!! Halim, Man, Mizi, Amirul, Bro Ashri, Pak Rashid, Abg Masri dan Razak (tak dpt bergambo, kojo) mmg terbaeekkk dlm kerja-kerja sebegini.. Tp, walaupun nampak mudah je, alaa.. gantung bendera.. tp perlukan perancangan juga kalau nak jadi benda-benda mcm ni.. Sebagai contoh, kena ghajin calling / sms mengingatkan kwn2 kalau nak gerakkan jentera.. Kalau bokuu ajo, tak menjadi jugak.... 

Bagi aku, buat kerja mcm ni mmg aku suka walaupun aku ni berat berlebihan, nak panjat tu susah sikit laa.. Dlm bulan Julai/Ogos ni aku dah membantu KRT & PPPCH... Utk KRT, aku dah gerakkan usaha untuk meletakkan 2 papan signboard KRT di Bayan & Suria Residence. Utk PPPCH, aku dah gerakkan jentera utk pasang bendera Jalur Gemilang dan dapatkan tajaan bendera. So, adil kan? Jadi, malam seterusnya, aku akan membantu jalan PCH 8 & 9 utk terangkan malam 7 likur. Semalam aku dah beli 25 batang pelita buloh. Malam ni ( Khamis ), aku akan minta bantuan kwn2 Jln PCH 8 & 9 utk memasang pelita pulak.. Boleh bro? Mestilah boleh sebab sebelum buat keputusan, kami dah bincang. Collect duit sorang sikit... 

So, nantikan projek kita 1-2 malam ni!!!



Tuesday 9 August 2011

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG @ PCH






 Merdeka!Merdeka!Merdeka!... Walaupun dilahirkan selepas Merdeka, jiwa cintakan negara amat kuat dalam diri aku.. Kesinambungan dari itu, aku telah merencanakan satu aktiviti dgn rakan2 @ PCH untuk bersama 'KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG'... Aku telah mendapat tajaan 20 helai bendera Malaysia bersaiz 3'X6' sejumlah 20 unit. Abg Masri sebagai pengerusi PPPCH pula mendapat lagi 20 helai bendera tajaan juga. Semuanya 40 helai.

Hari Ahad malam lpas, aku roger kwn2 yg boleh bantu.. (Halim, Bro, Razak, Man, Abg Masri, Pak Rashid, Amirul).. kami sama-sama menaikkan bendera Malaysia ni. Cuma 12 helai berjaya digantung sebab tiang ada 12 sajo... Sampai jam 12.45am jugak laaa... pastu sambung pi minum pulak... Esok atau lusa sambung lagi.... Thanks buat semua kwn2 yg membantu....

Anyway, projek menaikkan Jalur Gemilang ni adalah idea spontan aku masa minum2 lepas metting PPPCH ttg jamuan ghaya Jumaat lalu. Sabtu esoknya dah siap beli bendera. Aku mmg suka berfikir bagaimana nak letak PCH ni didepan.. Bila aku tgk Taman Mulia & Pangsa Pajam belum pasang, sebab tu terdetik hati aku untuk MENZAHIRKAN kempen kibarkan bendera ni... Cuma adakalanya kita perlukan kekuatan rakan2 untuk membantu!! Tanpa rakan2 kita tak dapat menjayakan sebarang aktiviti...
Malam ni (Selasa - 9.8.11), aku akan cuba untuk menghello rakan2 untuk membantu menaikkan lagi 28 helai bendera jalur Gemilang untuk kita terus memeriahkan PCH dengan kibaran bendera kebanggaan kita ini...

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN"

*Gambar ehsan dari: FB Perdana College Heights

Kenangan Lalu Mengusik Kalbu.. Undangan Kenduri Kahwin sapa ni?




Hello.. diam tak diam , 29.09.11 ni genap 9 tahun atau 3287 hari (termasuk tahun lompat) aku dah dinikahkan dengan isteri aku. Rasa mcm baru saja.. rupa2nya dah 9 tahun. Anak aku pun dah besar (7 tahun )... Kad jemputan kahwin ni mengimbas balik kenangan dulu.. masa bercinta.. mengenali isteri aku ni tahun 1999... Menikah 2002.. kira 3 tahun juga la bercinta.. Hehehehe..

Aku sentiasa mendoakan semoga kami diberikan kebahagian dalam kehidupan berumahtangga ini dan memohon kepada Allah S.W.T semoga perhubungan ini kekal selama2nya.. InsyaAllah.. Amin..


8Ramadhan@Rumah

    
Kari Daging Pajam









Mee Goreng Ala Telur Dicampak
Nampak mmg bertenaga!!! Salute dekat wife aku sebab balik keja sampai rumah dalam jam 5.00 petang pun masih sempat serta bersemangat menghasilkan juadah berbuka sebegini. Sayang ayg!! -)... Kalau nak rasa mee goreng ni, hummm... kiranya kalau mengunyah bukan rasa mee saja, tapi udang, daging, sotong, fishball, fishcake.. tapi ayam mmg tak pernah bubuh dalam mee/koay teow sebab bak kata wife aku, tak best.. hanyir baunyee.. betul laa.. kalau bubuh ayam, hanyir sikit.. tapi murah laaa...


Yang kari daging pulak, yang kurangnya hiasan.. iyala.. bukannya masuk pertandingan pun.. tapi mmg best gila.. aku jenis yg bersantan ni mmg suka... tu yang overload selalu.. Kahkahkah... Apapun, perut aku mmg kenyang yang teramat sangat sungguh... Anyway thanks buat wife aku yg sanggup berpenat memasak walaupun dah penat berkojo... Malam ni apa pulak menu kita?

Wednesday 3 August 2011

Sedikit entry utk Komuniti Perdana College Heights

Hari ni genap 6 bulan aku tidak terlibat dalam J/Kuasa PPPCH... Lega mmg lega banyak.. Masa bersama keluarga banyak, kerja sekolah berjalan lancar, urusan OUM beres, bil telefon yg paling ketara jimatnya.. Kalau dulu sebulan bil aku cecah jugak RM150 tapi la ni RM60-70 saja.. Fuh!! Jimat bajet aku... -)

Di taman PCH ni ada KRT & PPPCH.. Kedua-dua pertubuhan ni aku la yg mula mengasasnya untuk masyarakat sini. Selepas KRT dapat suntikan bajet sebanyak dua kali iaitu RM6,000 (sep 2010) dan RM4,800 (April 2011).. Aku amat mengharapkan kekuatan dan kesepaduan dua pertubuhan yang aku mulakan ini dapat berganding bahu serta bekerjasama erat... Namun, apabila sebuah kapal mempunyai 2 nakhoda, ermm.. agak sukar jugak la untuk dikemudi... (cuma pandangan peribadi aku)

Didalam PPPCH sekarang aku cuma sebagai penasihat. Boleh memberikan pandangan serta idea (jika diminta) memandangkan senario penduduk PCH ni aku dpt jangkakan sebab selama 3 tahun aku bersama penduduk. Didalam KRT aku sebagai AJK biasa juga masih boleh memberikan pandangan serta bantuan. Tapi adakalanya aku agak gusar jugak untuk menyatakan pandangan kerana ada yang memandang serong terhadap cadangan aku.. Jadi, buat masa ini aku akan mengikut mana yang baik, dan cuba elakkan perkara2 yang tidak disenangi... Aku akan membantu Abg Masri selaku Pengerusi PPPCH kerana segala jasa dan bantuan Abg Masri pada ketika aku menjadi Pengerusi dulu tidak akan aku lupakan. Utk KRT, aku juga boleh membantu jika masih memerlukan pandangan dan idea yang aku ada.

3 Ramadhan.. Berbuka@Nasi Kandar Pelita SS2 PJ

Ermmm... terlior teman..

Sebelum azan Maghrib..

Selepas azan Maghrib.. Hehehehe
 Hari ni posa ke-3. Jam 5pm gerak ke Sg Buloh.. Gara-gara nak ambik modul Maths versi B.Melayu, terpaksa la henjut ke Sg Buloh sebab member yg tolong photostat kat aku ni dok Sg. Buloh. Tp kawan aku ni (Azlan) mmg baguih laaa... Sanggup bersusah-payah mai hantaq kat Tol Sg. Buloh... Thanks bro!!!

Lepas ambik modul, tempat target nak bukak posa dah ada.. iaitu NKP.. Nasi Kandar Pelita... Dulu kalau lama tak balik Penang, Pelita ni la jadi pengobat rindu nasi kandaq. Hahahah.. Malam ni aku ghasa Pelita ni rasa pun fah fail... Amat kurang power daripada dulu2.. tapi telan jugak laaa.. Menu mcm ganbaq kat atas tu semuanya RM34.60.. Mahal kan... Murtabak dia pun dah kecik RM6.00... Dulu Tea 'C' 3 layer RM3.00 sekarang RM3.50.... Sotong kecik pun sekor RM3.50.. pastu rasa pun tak Power lagiii... Ermmmm...

Rasanya aku delete la N.K. Pelita ni dalam diari Jalan-Jalan Cari Makan aku.... Anyway... Bergerak balik Nilai terus lepas tu.. Jam 9.00 sampai la rumah.. lega ghasa bila baring... ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ