Tasting

Thursday 29 September 2011

Menu Utama Malam ni...

Ermm..
 Petang ni patut nak celebrate Anniversary kat luar.. tapi badan lotih sgt laa.. psotpone malam esok, Jumaat sebab Sabtu cuti.. Jadi, apa yg ada dlm peti sejuk, kasi bedal laa.. Menu di atas Masak Lomak Ikan Jenahak.. Pueh den makan.. Beli ikan ni minggu lepas laa. 1kg = RM26.00... Tapi teringin punya pasal, beli aje laaa... Bagi cik puan aku pulak, dia tak makan ikan yang tak digoreng, jadi, kenalah la goreng seketul utk cik puan sayang... Errggggggkkkk... Alhamdulillah... Konyang eden!!!

Relief

Bercakap mengenai 'relief'.. kalau di kalangan cikgu-cikgu maksudnya guru ganti yg 'cover' kelas guru yang bercuti sakit atau cuti rehat. Aku sebenarnya tak kisah sgt tentang nak masuk kelas sebagai guru ganti ni sebab adakalanya aku pulak cuti, depa jugak yg 'cover' kelas aku. jadi, setakat 30-60minit dalam sehari tu tak la jadi masalah sangat...

Tapi aku secara peribadi semenjak dua menjak ni, boleh dikatakan setiap hari dari Isnin - Jumaat ada saja 'relief'.. Kadang-kadang waktu kita free ni la nak semak buku budak, nak buat kerja-kerja yang tertangguh. Tapi disebabkan 'relief' ni, semua tugas utama aku akan tergendala. Bila masuk kelas ganti, cikgu diarahkan untuk mengajar sedikit dan berikan tugas ringkas kat murid. Dah bagi latihan, mestilah nak kena semak pulak.. Jadi, takkan waktu relief nak buat keja-keja kita sendiri... 

Aku la ni agak borink bab relief ni.. ntah la pasai apa? mcm aku kata di awal artikel aku, kalau 5 hari seminggu, aku dapat relief 3 kali ok la jugak.. Takdak hal.. Ni sampai setiap hari ada relief.. Cuba kita buat kiraan kasar (bagi aku yg tak reti ni..)... Katakanlah sehari 5 orang cikgu tak mai sekolah , setiap cikgu kita ambik purata 6 waktu mengajar ( 1 waktu = 30 min ), jadi.. ada 30 waktu.. yang bermaksud diperlukan 30 org cikgu sebab kebiasaannya 1 cikgu = 1 waktu relief.. Kalau hari ni ( contohnya Selasa ) aku tergolong dalam kumpulan yang kena relief, esoknya ( Rabu ) bagi la pulak kat satu kumpulan lagi yang ada lebih kurang 30 orang tu.. Cikgu sekolah aku ada 67.. Tolak GB, GPK 3 org, 2 guru PPKI dan tolak 5 orang cikgu yg tak mai = 56 orang cikgu lagi ada... Tapi, pusing-pusing pi mai kena muka yang sama jugak.. Nama aku mesti terselit jugakkk.. Pelik kan?

Ok.. mcm hari ni, ada 2 member aku yang bertugas di padang sebab ada Sukantara, patutnya depa ni kena buat relief.. Ni ndak, depa yang kena relief. depa dapat 3 tiket relief yang bermaksud 90 minit.. Sedangkan depa ni berpeluh bertugas di padang. Apa semua ni? Takdak sapa ka yang boleh 'cover' depa???? Aku awal pagi tadi pi la padang nak tolong kwn2.. kebetulan free waktu pagi. Baru 40 minit dok di padang, sampai relief.. 2 tiket.. Malas aku nak ckp banyak, terus pi saja la kelas relief tuuu... 

Kesimpulannya, apa yang aku tulis ni sekadar luahan rasa hati yang bagi aku perlu diperbetulkan keadaannya. Jadi, kalau sapa2 yang terbaca artikel di atas jangan la pulak nak terasa hati dan sepatutnya mngambil sebagai satu kelemahan diri kita sendiri dalam pengurusan kerja. Aku pun banyak jugak buat kesalahan dalam kerjaya aku. Cuma mengaku saja laa... Dan aku minta maaf la kalau ada yang terasa.. Cuma aku mengharapkan penambahbaikan pengurusan dalam pemberian jadual relief ni pada masa akan datang. Contohnya, buatlah satu Jadual Kekerapan Guru Yang Mengganti. Kalau guru A dah kena ganti hari ni, esoknya bagi la pulak kat cikgu B... Lusa bagi balik kat cikgu A.. Jadi lebih dapat melihat bersifat sama rata..

Sekurang-kurangnya lega hati aku bila dah luahkan dalam blog aku ni... Bagi aku baik aku luah begini daripada aku naik hangin kat sekolah.. lagi naya.. Walaubagaimanapun, sebagai kakitangan awam, aku akur dengan dengan arahan Ketua Jabatan aku.. Aku akan terus berusaha buat yang terbaik utk anak-anak bangsa aku...

Countdown to Pilihanraya Umum Ke-13

Dekat dah ka Pilihanraya Umum Ke-13? Ntah laaa.. Ada yg kata bulan November ni, ada yang kata Disember dan yang kata Mac 2012.. Kita tunggu saja laaa.. Tapi, bagi aku aku dah mendaftar sebagai pengundi dan akan undi di DUN N.10 Nilai dan Parlimen SEREMBAN... Bagi Nilai, aku berharap Mr. Gan Chee Biow dapat naik sebagai calon BN utk lawan DAP.. 

Tak lama dulu, kawan aku Ramzi mewakili taman aku dah pi Kursus 3 hari bersama UMNO Bahagian Seremban yang berkaitan Jentera Pilihanraya... Dia bagi aku satu set buku (gambar atas).. So, aku dah abis baca.. cuma tunggu green light daripada yang berkenaan utk menggerakkan jentera parti.

Yang pastinya, bagi aku, masa sekrang mmg patut DS Najib bubarkan Parlimen kerana dia dah berada keadaan yang baik. Bagi calon, aku terus mengharap seperti kata Najib, 'kita mahukan calon yang popular di hati rakyat'... Mmg betul la kata DS Najib.. Tapi dah nama pun politik, last minit pun bole tukar.. -)

Happy Anniversary Kami Ke-9..

@Soeharto
 Hari ni genap 9 tahun aku punya Hari Ulangtahun Perkahwinan aku dgn isteri aku Yanz.. Sepanjang gerbang perkahwinan ini, kami dah melalui pelbagai suka-duka kehidupan.. Ni baru 9 tahun.. kalau anda yang mungkin berbelas atau berpuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, mungkin lebih hebat dari aku.. 29.09.2002 adalah tarikh akad nikah aku dan Majlis Persandingan di Felda Soeharto... Iya laa.. Daripada bercinta yang tiada pengakhiran, baik aku ikat tali perhubungan dgn cara yang sah.. Masa aku menikah, usia kerjaya aku baru mencecah 14 bulan. Mana nak cekau duit utk belanja semua.. Tapi, ada la kaedah tertentu kan... Hahahaha...

Selepas kahwin, duduk asing jugak dalam  sebulan sementara cari rumah.. Oktober 2002, dapat sewa di kawasan Castlefield, Sri Petaling.. Sewa RM450. Ghumah flat saja walaupun org panggil pangsapuri.. Boleh laa.. aku suka duduk situ.. 2004 hujung tahun pindah rumah sewa lagi tapi rumah kos rendah 2 tingkat masih di Sri Petaling.. Sewa RM500. Ok jugak la sebab dgn kwn2 maktab aku. Dan dekat dengan tempat keja wife aku. Haaa.. Lupa nak bgtau, dulu cik puan aku keja di Proton Edar, Sri Petaling... Tahun 2006 barula aku pi beli rumah di Pajam, Nilai yg aku dok la ni... 2007 sipa teruih pindah... Jadi la org Nogoghi.... Itu la kisah permulaan hidup kami...

Nak cerita tentang kehidupan berumahtangga, mmg banyak... 3hari 2 malam pun tak abih mengarang.. So, aku sendiri mendoakan agar rumahtangga yang kami bina ni mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan semoga kekal hingga ke akhir hayat kami.. InsyaAllah..



Wednesday 28 September 2011

We are The Champion!!

Terima hamper dari GB (Guru besaq)

'Tag' tu bukan rekaan semata-mata ooo

Yesssssss!!!!!!    

Tuesday 27 September 2011

Kemuncak Persembahan 4 Satria@ SKDJ

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Ramai betoi penonton, syoknya kalau konsert sendiri kan?

Ni la 'Tunku Abdul Rahman'.. "Hangpa kenai aku sapa?..." Kata Benjamin diawal persembahannya..
Hari ni 27.09.2011.. Kemuncak persembahan murid 4 Satria pada Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SK Desa Jasmin.. Mmg Terbaikkk!!! Kalau ada 10 mrkah, aku bagi 9.. 1 lagi sebab ada yg agak gagap.. Hahahaha.. Aku salute kat budak2 ni, mmg berani!! Ada 6 kumpulan yang membuat persembahan drama.. Semuanya Tahun 5 & 6.. Cuma 4Satria saja wakil tunggal utk Tahun 4...
 
Dengan mengenakan 'costume' yang depa bwk sendiri (aku ni takdak masa nak prepared?, mmg bagus betoi!! Agak2 daripada 6 kumpulan ni, sapa JOHAN? Kalau nak tau, keputusannya esok pagi. Tapi aku dah dapat tau pemenangnya.. Kumpulan 4 S.A.T.R.I.A jadi JOHAN!!!!!!!!  TAHNIAH kat budak2 aku.. Esok jangan lupa ambik hadiah... Anyway, idea asal Bro Hamidi buat mmg bagus.. Aku cuma sambung touch-up sikit2, masukkan sound effect utk lagu dan sebagainya... Sinopsis cerita bolehlah refer SINI...

Monday 26 September 2011

Majlis Jamuan Hari Raya @ PCH /2011

Bersama En. Halim (Pengarah Jab Perpaduan Negeri), Prof Mansor, En. Hakim & Abg Kamal

Antara penduduk yg hadir
Ermmm.. Sodapnyee!!
Turun padang YB Kecik kita..

Yang baju biru tu menyibuk ajo... Yang baju hijau tu kekal Pengerusi Seumur Hidup!!








 MERIAH!!! itu saja gambaran yang dapat dijelaskan dalam majlis Jamuan Hari Raya @ Perdana College Heights pada Sabtu lalu... Sapa nak ghasa kemeriahan utk tahun 2012, mai beli ghumah sebijik kat PCH.. Kita sambut samo-samo tahun dopan!!!... Hahahaha..

Note: Gambar ehsan FB Perdana College Heights

Saturday 24 September 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri @ 4 Satria /2011

Ikut arahan.. 1Malaysia tuu.. Hahahah

Dok menelan ayaq liur..

Hari Jadi Aiman... Belasah saja laa.. Tiup jgn tak tiup..
Hari ni.. 23.09.2011 kelas aku 4 Satria buat Jamuan Hari Raya.. Budak kelas aku minta beriya-iya nak buat jamuan.. So, taknak hampakan depa, aku setkan hari ni utk jamuan.. Melompat semua laaa!!!! Tapi, aku guna konsep mudah ja.. Pi order KFC sorang 1 set ( snack plate).. Hangpa balun saja laa.. Yang lain2 aku top-up la sikit mcm air dan ayam cikgu2... Depa mmg nmpak happy.. Ketua Darjah aku kata ' Cikgu, tahun depan minta-minta la cikgu jadi guru kelas kami lagi..." Aku amat terharu.. hahaha.. Apa la yang ada kat aku ni... Seorang cikgu yang sederhana saja.. Tapi, kembang jugak laaa.. kahkahkahkah... Jadi, enjoy the party..

Santai bersama Ahli Majlis MPN@Perdana College Heights

22.09.2011.. Jam 10.00pm.. aku dengan kwn2 PCH pi pekena teh dengan Ahli Majlis MPN yg dah mmg biasa dgn PCH Team, Mr Gan Chee Biow... 4 hari sebelum tu Mr. Gan sms utk minum teh. Aku takdak masalah.. Malam tadi saja 12 daripada 14 org yg aku sms utk join dtg.. Abg Masri tak dpt join sebab ada function n Pak Hassan aku pun taktau pi mana... Thanks semua bro PCH yang mai malam tadi...

Sain cek ke bro?
Antara yang disembang / bincang secara santai:

1. Aku review semula pondok keselamatan yg Seri Pajam kata nak sumbang 
    - Keputusan : Mr Gan akan dapatkan kabin kontena utk itu. Cuma kena buat ukuran 10 kaki dari jalan

2. Jamuan Raya@PCH 
   - Mr Gan dah serah 5 hadiah lucky draw kepada Zairul sebab maybe tak dpt attend ( Dato' Chua Soi Lek   dtg Seremban )
   - Minta S/Usaha KRT mohon sumbangan MB RM10,000 utk bantuan program jamuan raya
   - Mr Gan akan datang bakar lemang pada pagi Sabtu



3. Pertukaran alamat sebagai pengundi - ni alu nak ulas sikit laa
    Sebagai salah seorang yang berkemungkinan akan dicalonkan pada pilihanraya umum yang akan dtg, mmg Mr Gan mengharapkan undi kita walaupun satu undi . Mr Gan ada memaklumkan bahawa penduduk PCH yang mengundi di DUN Nilai adalah amat kecil jumlahnya. Tapi, dia tetap membantu PCH dalam banyak benda jugak laa.. Walaupun dia tau undi utk sokong dia kurang. Kira OK la tu dia mau bantu kita... Jadi, kalau kita duduk di dalam kawasan Nilai, bagi aku eloklah ditukarkan alamat dalam KP supaya kita mengundi di Nilai.. Senang mana-mana wakil rakyat nak menolong kita.. Kalau kita nak komplen pun senang.. Kita kena paham situasi politik dulu...  Jadi, tepuk dada, tanya selera la iyooo....

4. Timbalan Pengerusi PPPCH, En Zairul juga telah terima sumbangan bunga api (Terbaek) daripada Tuan Jep.. 10 minit meletup tanpa henti.. Kita tunggu tengok malam jamuan tu..

Tepat jam 12.30am, balik ghumah... ZZZZZZZZZZZZZZZZZ.....

Dina@Proton Edar Servis Centre, Nilai

Hari ni pi buat Major Servis utk kegheta aku.. Huhuhuhu!!! RM410 telah melayang tadi... Yang bermaksud major tu ialah.. 1. Servis biasa la (tukar minyak hitam + oil filter ).. 2. Tukar minyak gear.. 3. Tukar plug .. 4. Tukar minyak power stering.. 5. Tukar coolant (flush)... Servis tambahan yang F.O.C tadi aku komplen lampu dalam kereta bahagian tengah bulb jatuh dan dah hampir mencairkan cover lampu tu.. So, dapat ganti yang baru... 

Dina muka bosan saja dok tunggu aku.. 180 minit jugak la.. Nasib baik bawak laptop, boleh dia layan main game.. Kurang la bising sikit.. hehhee.. Siap jam 5.40pm terus ke USIM ambik mama...

Entry ke-100!! Tahniah utk Aku...


Salam buat blogger... Ni just entry yg nak habaq entri ke-100 aku setelah 5 bulan lebih berblogger.. Aku suka berblogger ni dr FB... kalau nak link ke FB pun, benda-benda yang boleh dikongsi secara membina, baru aku linkan.. So, blogger jugak TERBAEKK... Semoga aku teruih berblogger... TAHNIAH utk diri sendiri!! Hahaha

Thursday 22 September 2011

Latihan Drama Merdeka - "Semalam di Muzium Merdeka"

Watak Abdul Rahman Limbong tengah training..
21.09.2011... Hari ni budak2 kelas aku 4 Satria berlatih satu drama tentang kemerdekaan sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada hari Selasa depan. Sebenonya, aku ni membantu saja anak murid aku. projek ni diilhamkan oleh bro Hamidi yang mmg otai dalam bab-bab persembahan. Kalau aku ni, mmg 'beku' dan 'kaku' kalau bab2 latih budak berlakon... So, hari ni latihan pertama.. 11 murid yang telah dipilih ni mmg mempunyai sifat keberanian utk tampil ke depan (hasil motivasi aku la ni.. Kahkahkah )..

Pagi tadi, lepas aku tgk depa buat latihan, aku dah buat beberapa adjustment yang aku rasa perlu laa... Kisah ni mengisahkan seorang tukang sapu muzium yang berjumpa satu tongkat sakti.. Bila dia sentuh tongkat sakti kat patung-patung tokoh2 kemerdekaan tu, watak patung tu hidup.. Patung tu akan menceritakan secara ringkas asal-usul dan pengorbanan utk Tanah Melayu masa tu... Ending dia, sama-sama la kita tunggu nooo...

Teruja aku tengok askar Komunis yang dok terbaring tu.. haiyaa!!


Jadi, balik sekolah saja, aku buat skrip drama yang lengkap utk setiap watak depa.. Semua sekali ada 8 patung, 2 pembaca sajak dan seorang tukang sapu.. 11 dialog aku sediakan utk budak2 ni.. Jenuh jugak la menaip balik supaya budak2 ni senang baca... Tapi penulis asal skrip ni mmg hebat laa.. Aku mmg tak terpikiaq pun nak buat cerita mcm ni.. Bila aku tgk cerita budak2 aku ni, teringat aku filem "Night At the Museum".... 

Skrip mula Tukang Sapu

So, esok Khamis.. depa akan buat latihan lagi berserta dengan pemilihan costum yang sesuai masa hari persembahan. Anyway, aku ucapkan tahniah kat Cikgu Hamidi atas latihan yang diberikan kan budak2 4 Satria dan Tahniah jugak kat 11 peserta persembahan drama ' Semalam di Muzium Merdeka'...

Wednesday 21 September 2011

Thanks Air Asia.. Aku Berjaya Tembusi!!!


Lega.. Puas menunggu.. Alhamdulillah.. Lopeh jugak kami sefamili utk 'flight' buat kali ke-3... itu pun kalau panjang umuq, sihat tubuh badan & dimurahkan rezeki laa.. Sebab penerbangan aku dapat aku booking malam tadi nunnnnnn September 2012... hahahaha... Malam tadi Air Asia ada buat 'Lower Fest'.. Free seat dia kata.. So, aku dgn wife aku pun tunggu la sampai jam 12.00am... Last2, tak tau nak pi mana, destinasi pilihan Langkawi... Berapa tambang? RM0.00... Fuyoooo!!! Tapi tambah pilih tempat duduk dan lain2, = RM189.00 utk kami 3 orang....

Jika dibuat perbandingan harga, kita ambik kalau pi naik kereta dulu.. Petrol pi balik ke Nilai = RM200.00, Tol Nilai - Sg. Besi - Jalan Duta - Alor Setar = RM120.00 , Feri ke Langkawi = Dewasa RM46 dua hala & kanak-kanak RM36 dua hala. So, kami bertiga Feri = RM128.00. Total naik kereta dari Nilai ke Langkawi = RM494.00...  Jadi, harga yang aky dapat tu kira berbaloi laaa...
Kalau ada kwn2 blogger atau kawan2 yang aku kenai nak minyak gamat terbaeeekkk punya, boleh roger aku.. Jgn risau, lamaaaaaaaa lagi nak berangkat... -)

Monday 19 September 2011

Produk Terbaru PROTON.. Anda boleh menilainya...


Utk makluman hangpa semua, ni model baru Proton.. Apa nama dia aku pun tak tau.. kalau kita tgk dari segi design, bagi aku ok laa.. proton buat produk sendiri.. Jenuh engineer Proton dok buat analisis dan kajian.. So, kita sebagai rakyat Malaysia, jangan la asyik dok hantam Proton.. Kalau Perodua lain, Perodua copy n paste produk yang sedia ada di Jepun.. Bak kata kwn aku, masa mula Myvi launching di Malaysia dia ke Jepun.. Mmg di Jepun dah ada kereta yang sebijik rupa Myvi... Jadi, Proton atau Perodua, kita patut la berbangga sebab kita mampu keluarkan kereta Produk Malaysia... Amin..

Mana yang lebih OK?

MYVI.. Ok?

SAGA Ok ka?

Kenari Ok tak?
Kalau anda boleh bg idea, ada kwn aku bertanya.. dia ada cadangan nak beli kereta yang atas ni.. Tapi utk second car dan dia nak beli pun yang seconhand saja.. Kalau ada pandangan, boleh la kwn blogger dan bukan blogger berikan.. nanti aku belanja minum teh 3 layer.. Ok..

Oh Kasut...!!

Aku mencari kasut sukan bukan main lama dah.. dulu masa kaki sukan takdak hal laa.. tapi sejak membina perut masa ni, mmg sukan terus hanyut.. Dlm erti kata lain, mmg tak pernah bersukan.. Tapi ada la pergerakan sikit2 bila ajaq budak2 aku Pendidikan Jasmani.. Tu pun selalu pakai remote.. hahahahaha...



Tadi kebetulan nak cari kasut wife aku.. Disebabkan kasut la wife aku dapat MC 3 hari sebab tergolek masa turun tangga kat opis dia.. Jenuh jugak la.. Masa ari pertama, nak bergerak pun susah.. Pastu aku bwk pi mengurut kat Bukit Inai dengan bidan Ju, alhamdulillah ok la sikit.. Tambahan nya, aku lah yang jadi tukang urut.. Tapi takdak masalah, urut bini, bukan urut orang lain.. Kan,, -)



Bercerita balik tentang kasut, pi Kajang wife aku dapat la beli sepasang kasut di kedai BATA. Sambil menunggu wife aku dok cuba kasut, saja la pi tgk kasut sukan.. bila aku tanya saiz paling besaq, maknya tu kata 'adaaa..' Saiz 11... Wowww.. aku bukan minta dia ambik kasut tu.. Test punya test,, Ngam!!! Kawtim.. Aku yang mengena.. Selalunya kasut aku saiz 10 atau 44.. Iyalah, tengok saizla dari atas sampai bawah.. Takkan nak pakai saiz 8.. Hahahahaha...  Tapi utk kasut sukan ni kadang2 saiz 10, tapi cutting kecik.. Tapi hari ni aku dah dapat apa yang dicari... Legaaa.. Harga pun baik punya RM59.99.. less 10%, aku bayaq RM54.00 + kasut wife aku RM63.00 after less...

Jadi, dapat la aku berkasut sukan nanti!!!

Sunday 18 September 2011

Majlis Kenduri Kahwin ANAK Hj. Azmi

Dok semeja dgn Ramzi & famili

Menu boleh tahan jugak.. Yg tak tahan tu beratuq panjang ambik lauk..

Semoga bahagia ke anak cucu cicit
Ghamai sungguh majlis kenduri Hj Azmi.. Maklumla, otai!!!
17.09.2011... Kami sefamili pi makan kenduri anak Hj. Azmi kahwin.. Ni kira kenduri last sebab anak hj paling bongsu... Lepas ni kalau ada pun, haji saja la yg naik pelamin... -).. Aku sampai tengah time kemuncak lebih kurang jam 1.30pm.. Masuk2, mak aihhhh.. ghamainya.... Cari tempat duduk saja ambik masa 9 minit.. Last2 dapat jugak duduk dengan Ramzi (geng setaman)... Pastu, beratuq nak ambik makanan saja ambik masa dalam 20 minit baru dapat pegang pinggan nasi... Mmg ramai sangat yang mai kenduri kali ni.. Opss.. Lupa nak bagitau, majlis kenduri ni diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Nilai... Siap ada aircond lagi.. mmg selesa... So, lepas makan, kami pun berangkatlah balik... Lupa nak snap gambaq haji yang pakai satu suit baju melayu siap bersampin lagi... Anyway, sekalung TAHNIAH diucapkan buat RusAzuan n pasangan.. Semoga pernikahan ini akan kekal bahagia sehingga anak cucu cicit hangpa naaa...

Selamat Hari Kemerdekaan & Selamat Hari Malaysia

Semangat TUUHHH!!! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Che'gu Anuar & co. mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 dan Selamat Hari Malaysia.. Semoga negara kita aman dan makmur. Di mana bumi dipijak, disitu la langit dijunjung...

"1Malaysia; Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

Bas Transnasional Kurang Ajaq!!!


 Ni nak habaq mai bas yang kurang ajaq kat area Melaka. Pasai apa kurang ajaq? 1. Bawak bukan main laju.. 2. Ikut rapat sangat belakang kita... 3. Keluaq lepas orang turun selamba ja tak peduli ada keta atau tak... 4. Elok luku kepala drebar diaaa... Pemandu mcm ni la yg buat nyawa penumpang bas dan pengguna jalan raya terancam!!!

Saturday 17 September 2011

@Zoo Melaka

Baru lepas tengok 'Orbit'

Posing atas Tram
Uihhhhh... Tingginya hang..
16.09.2011... Cuti Umum Hari Malaysia.. Tak ada nak ke mana. Open house pun takdak jemputan hari ni. Jadi, dok pikiaq2 nak pi jalan2 Bukit Tinggi, tapi rasa mcm boring pulak.. Last2 kesian kat Dina, aku n wife amik keputusan pi Zoo Melaka.. Lepas sembahyang Jumaat, kami pun gerak la ke Melaka. Nak kata jauh tu, tak la sgt kalau dr Nilai ni. Tol Nilai - Ayer Keroh RM12.40... Sampai Zoo dalam jam 4.15pm.. Tiket masuk utk dewasa = RM7.00 dan kanak-kanak 5-12tahun = RM4.00 saja. Oklaaa.. Masuk dalam rasa mcm letih jugak kalau berjalan kaki. So, tanya Dina dia kata nak naik tram (kereta api).. Legaaaa aku.. Kalau tak, berpeluh la satu badan.. Hahahhahaa.... Lepas sejam setengah dalam zoo, apa lagi, balik la kami ke Nilai. Janji dah bagi entertainment kat puteri aku tu... Suka sgt la dia sebab dah lama tak pi zoo...

Harga tiket masuk Zoo, dan naik keretaapi
Balik ikut highway tapi turun kat Simpang Ampat (Alor Gajah)... Ingat nak makan kat kedai dekat2 bulatan lepas tol. Tapi tgk mcm tak best saja. Teruskan perjalanan sampai kat kawasan Rembau, ada satu kawasan yang dinamakan Chembong. Aku tgk ada deretan kedai makan. Aku pilih kedai makan Salmi Corner sebab nampak mcm best ja. Order plzzz... kami order Nasi Goreng Pataya Seafood, Nasi Goreng Udang, Nasi Putih + paprik Seafood , Chicken Chop dan air laaa... Semuanya RM26.50... tapi bagi kami bertiga ni.. masakan mmg power jika nak dibandingkan kedai2 makan yg ada kat Nilai. Licin semua kami sapu.. Hahahaha... InsyaAllah lain kali boleh mai pekena lagi.

Bertolak balik, dalam jam 9.30malam sampai la kat ghumah...

Kedai Nasi Lemak Hj Noor@Mantin

Ini kedai makan Haji Noor yang makanannya agak kekampungan dan sedap. Aku cuma kdg2 saja melawat kedai makan Hj Noor ni sebab kadang-kadang tu wife aku masak sendiri je. Lagi sedap... Hahahaha....

Kedai makan Hj Noor cuma terletak lebih kurang 6km daripad Perdana College Heights.. Makanan yang best hangpa kena try nasi lemak + ayam goreng dia... Mak Aih!!! Sedapnyaaaa... Biasanya kalau  nasi lemak lauk aku cuma ambik nasi lemak + sambai + paling best pun cuma ikan sardin... sebab kuah sardin Hj Noor mmg semmmmmmpoiiii!!! Podeh.. Podeh.. Tapi power...