Tasting

Wednesday 19 October 2011

Awatla hari ni buzy sangat..?

Salam semua blogger.. Apa kabo? 

Hari ni rutin harian agak padat sampai la ke malam hari.. Letih la badan ni.. Tapi sempat lagi berblogger.. Hahahaha.. Dari jam 6.00am ...



@Sekolah : 7:45am ,Awal pagi ada exam.. sibuk uruskan urusan dokumentasi lawatan ke Genting untuk dihantar ke PPD.. 6 set borang permohonan lengkap utk PPD.. Adoiii.. Tapi, hasil kerjasama dengan Fairuz Pot, urusan selesai.. Tepat jam 12.30pm, kerani aku dah hantar ke PPD. harap takdak masalah utk kelulusan...

@Sekolah : 2.00pm, Mesyuarat Guru Kali ke-3.. Mula jam 2.00pm sampai la jam 4.10pm.. Antara intipati mesyuarat GB menasihatkan guru2 supaya mengikut dasar2 yg telah kerajaan tetapkan.. Okey, takdak hal aku.. Aku ni mengikut saja la arahan.. Pasai Malam Anugerah Cemerlang yang diubah lokasi yang kebiasaannya dibuat disekolah diubah lokasi ke Dewan MPN.. Ada jugak chegu2 yang tak setuju.. Pandangan aku, takdak masalah buat dimana2.. Mungkin lebih happenning.. Kadang2 kita perlu membuat perubahan supaya kita tidak berada ditakuk yang lama.. MENDATAR saja.. hahahaha.. Kalau chegu2 yang baca ni, naya aku.. Kahkahkah...

@Perdana College Heights: 5.30pm - Bertemu  Mr.Gan di kedai makan depan taman. Ada perkara penting yang dibincangkan berkaitan persediaan menghadapi pilihanraya..

@Tabika KEMAS, 8.30pm - Mesyuarat AJK Tabika KEMAS PCH yang diadakan bertujuan sebagai persediaan Majlis Penyampaian Hadiah.. Aku takdak anak pun kat Tabika KEMAS ni.. Tapi dah dilantik AJK utk kuota masyarakat, aku terima saja laa.. Buat kerja-kerja amal...

@Home, 11.00pm - Apa lagi, berblogger laaaa...

Sekian utk hari yang penuh kesibukan..

No comments: