Tasting

Saturday 30 April 2011

Oh Exoraku!!!

Inilah semangga keta yang kami ada. Oh Exora... semangat mu mmg kental!!!! Hahaha.. bukan apa, puji sikit.. 20hb Mei ni genapla setahun aku guna Exora ni.. sepanjang setahun ni, dah merata jugak la dia bwk kami sekeluarga. Lepas sebulan lebih dia keluaq, mak aku sakit. Boleh dikatakan tiap2 minggu balik kg selama dua bulan. Pastu, Melaka dah sampai... Kelantan dah sampai... Pahang dah sampai... Genting Higland 2 kali dah sampai... Cameron Highland 2 kali dah sampai... Lumut dah sampai.... KL-Selangor tak payah ceghita laa... hehehe... Tkasih wahai EEEEEXXXXXOOOORRRRAAAA ku...!!!

Semalam@Cameron Highland

Anak den tengah buat PROMOSI!!!

Mari..Mari..Mari!!!!
Hari ni aku sefamili balik ke Felda Soeharto sebab dah sebulan setengah tak balik. Lagipun ada cuti 3 hari sempena Hari Pekerja. Jadi, bolehlah langkah panjang sikit. Tup..Tup..Tup teringin rasanya nak bermalam di Cameron Highland.. Sebabnya cuaca kat bwh ni mmg panas sangat pada masa la ni. Jadi  rasanya ada la dalam 20-25 hotel aku try call.. hampeh.. semuanya fully booked!! Dari hotel yang 5-star sampai la hotel Cap Ayam.. pun penuh. Selepas buat panggilan ke 26, dapatlah satu hotel ni. Nama hotelnya Hotel Wira Awan. Harga boleh tahan.. RM150 semalam dengan bilik 2 katil queen. Jadi, lepas survey tgk ghupa hotel ni, aku belasah sajalah... janji lepas hajat nak bermalam di CH... Cadangan asalnya nak p dgn kakak2 aku ( k.milah & k.ina), tapi tak jadi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan...

Sabtu jam 11am, bertolak dari Felda Soeharto.. Teringin rasanya nak ikut laluan Simpang Pulai. Ada kwn2 bagitau jalan besar dan selesa. Cuma jauh sikit saja... So, aku pun try la.. sampai kat Pekan Tapah, aku tgk papan tanda Brinchang lagi 64km.. aku nak try buat perbandingan antara ikut Simpang Pulau & Tapah kalau kita dari arah KL. Rupa2nya.. sangkaan aku ternyata amat meleset!!!! dari Tapah ikut Simpang Pulai utk ke Cameron Highland milegenya sampai 128km untuk sampai Brinchang. Mak Aihhhhh!!! Mmmg tak berbaloi.. Tapi nak bt lagu mana... dah sampai.. okla.. aku sampai kat hotel jam 3.05 petang. Dengan jln jem sgt. Maklumlah cuti umum.

5.00pm kami bergerak ke Pasar Malam. Punya la syok beli-belah kat Pasar Malam ni... Murah2 la jugak dan byk yang segar2. Contohnya, aku beli jagung yang saiznya XL, 8 batang = RM10.00, sayur fresh 8 paket = RM10.00... My wife amat teruja dgn rasa strawberry cokelat.. sedap betul katanya.. tp, aku x minat sgt...

Tido malam sejuk betoi... menggigil dibuatnya... syok betoi la sapa yang dok kat CH ni..

Tuesday 26 April 2011

Aku bersama JKKK Kg. Batang Benar

   
                                   Bersama dgn AJK JKKK
Terima kasih kepada Ketua Kampung aku iaitu En. Mohd. Salleh ( lebih glamor dgn Angah Salleh) yang memberikan aku peluang serta ruang untuk bersama-sama menyertai AJK JKKK Kg. Batang Benar. Masuk June 2011 ni genapla 2 tahun aku bersama JKKK Batang Benar.

Monday 25 April 2011

45min@IKEA

Anak den tongah pura2 menulis kod barang..hehehe

IKEA.. bagi aku bukanlah sesuai dengan jiwa aku sebab selama 45 minit kt dalam IKEA tu takdak la benda yang dapat menarik perhatian aku.. Ntah laa.. Maybe bg sesetengah orang IKEA ni tempat yang agak menarik.. tp bg aku agak ekslusif...

Urut badan @ Ogawa Tesco

Anakku.. anakku..
Amboi Dina.. sedap betoi urut badan yee.. bolehla.. RM1.00 untuk 3 minit... Kalau nak, silakan ke Tesco Semenyih, masuk ja pintu Tesco.. dah nampak dah mesin nyeee... Selamat Mencoba!!!

Sunday 24 April 2011

Kamek@Kuching, Sarawak

Standby nak naik sampan penambang

Kenangan bersama 'geng'
Lega ghasa sebab dah complete seMalaysia dah dijelajah. Destinasi kali ni ke Kuching, Sarawak. 24-27 Feb mmg dah cukup lama kalau p Kuching ni. Tak macm masa ke KK 2010. Tak cukup hari rasanya. Sebabnya Kuching tak banyak tempat menarik untuk dilawati.

Setibanya di Kuching Airport, Bro Zulhaji dah standby bwk kami ke Tune Hotel untuk check-in. Tune Hotel ni bagi aku mmg berbaloi laa.. Bayangkanla.. 3 malam cuma RM187.00.. termasuk aircond. Okla laa.. kita g melancong buka utk tido.. balik hotel untuk mandi & rest saja. Jd, bagi aku sekeluarga, ok.. hotelnya bersih, kemas dan selesa.. cuma ruangnya kecik sikit laa..



Masa 1st day, kakak aku sampai dulu dr Penang. Petang tu, kami try naik bot penambang dulu utk ke Kg. Boyan. Tambangnya cuma RM0.50 seorang. Bolehla.. lagipun dekat ja..




So, malas la pulak nak cerita panjang2... tgu la bila teman ghajin, teman ceghita lagi.. ok..

Saturday 23 April 2011

Motor EX-5 ku

Pokok Limau Lipis kat Rumah



Bulan Feb lepas, aku dapat sepasang pokok limau nipis. FREE lagi tu!!! Sumbangan drpd Jabatan Pertanian. Yg menariknya, aku antara yang terpilih untuk terima daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan. Tok Mat kata dgn aku.." Nuar, tanam elok2.. sampai maso den nak tgk pokok ekau.." .. 

Tapi tanaman aku kali ni luar biasa sikit. Selalunya, tanam apa pun tak pernah menjadik. Tp, kali ni dah berbuah.. My wife seghonok sgt tgk ketumbuhan yang subur pokok limau tu.. semoga pokok kami ni teruih membesaq dan dapat kami meghasanyaa...

Thursday 21 April 2011

Aku@Komuniti Perdana College Heights



Aku di Perdana College Heights (atau PCH) ni lebih dikenali sebagai Che'gu Anuar bagi sapa yg mengenali aku. Sekarang, 2011, aku seperti insan lain yang tinggal di PCH. 2-3 tahun yang lalu aku seorang yang terover aktif di dalam komuniti hingga ada dikalangan insan yang kurang senang dengan aku. Takpa.. sebagai sebuah catatan.. aku aku menceritakan serba sedikit latar belakang aku di PCH..

Pada awal 2008, aku telah menyuarakan keinginan untuk berpersatuan penduduk di sini. Aku dgn jiranku, Mizi telah mula usahakan semua ni. Tujuannya cuma satu, bagi membantu mengeratkan perhubungan silaturrahim sesama penduduk. Aku mula memegang jawatan sebagai setiausaha (penaja) pada 2008. Aku telah mengusahakan untuk urusan pendaftaran pertubuhan. Mak aihh.. leceh betoi rasanya.. walaubagaimanapun, akhirnya berjaya juga Persatuan Penduduk Perdana College Heights didaftarkan di Jabatan Pedaftaran Pertubuhan pada Oktober 2008.

Selepas AGM pertama 2009 diadakan, aku terus kekal sebagai setiausaha PPPCH. Mmg jiwa aku ni suka dengan kerja2 kemasyarakatan. Ada saja yang terlintas di fikiran ttg taman aku, terus dail nombor2 tertentu.. bertanyakan ini.. itu dan sebagainya.. bil telefon tok sah nak kira laa... Mcm2 la aku dah usahakan untuk taman disamping sokongan kwn2 taman yang mmg selalu membantu aku. Ajak la ke mana saja.. boleh dikatakan menyokong!! Tkasih kwn2 PCH!!!

Apabila AGM 2010, aku telah dicalonkan sebagai Pengerusi dan seterusnya menang untuk sepenggal jawatan Pengerusi PPPCH. Tp, tugas aku dalam masyarakat aku rasakan masih sama masa aku jd S/Usaha.. aku terus berkhidmat dengan semampu yang mungkin. S/Usaha PPPCH masa ni Bro Zairol.. Ok.. kepala mmg baguih dok ada.. jadi, senang la keja kami.. sepanjang 2010-2011, mcm2 jugakla yang kami usahakan untuk penduduk PCH. Anda boleh masuk http://pppch.blogspot.com untuk melihat antara yang telah aku bersama AJK dah usahakan yang termampu...

Hari ini, aku telah melepaskan jawatan Pengerusi yang mana aku menang tanpa bertanding pada AGM 2011. Aku ingin menumpukan sepenuh perhatian aku pada masa depan aku dalam proses sambung belajaq aku.. Walaubagaimanapun, aku akan terus membantu memajukan PCH ni antara taman yang paling cepat dalam usaha pembangunan prasarana dan sebagainya.. InsyaAllah..

Perkahwinan Abang Acoy


Abang ipar aku Abg Acoy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan Nurul Azilah. Semoga berbahagia dan kekal ke anak cucu.. Amin..

Thursday 14 April 2011

Hari Keempat di Sabah




Hari ni hari terakhir kami di Negeri Di Bawah Bayu. Aku akan bertolak pulang dulu sebab flight kakak aku delay. Jadi depa minta extend sehari. Bagi aku, 4 hari 3 malam tak cukup untuk menjelajah seluruh Kota Kinabalu. Hari ni tempat terakhir aku ialah pegi shopping kat Pasar Filipino. Pasar ni besar sangat. Tak laghat nak berjalan. Mcm-mcm ada....

Hari Ketiga di Sabah


Kat atas Jambatan Tamparuli

Satu pemandangan berlatarbelakang Gunung Kinabalu

Tengah pikir nak naik gunung atau tak?
@Taman Kinabalu!!

Sabah Tea.. Kat Giant/Tesco pun banyak..-)
Pagi ni kami akan bergerak ke Kundasang. Perjalanan dari KK nak ke Kundasang ambik masa dalam 3 jam. Man kwn setaman dgn aku akan bwk kami p sana. Destinasi pertama hari ni ialah Taman Kinabalu iaitu tempat trek untuk pendaki-pendaki gunung. Mmg sejuk betoi kat atas tu. Belum lagi sampai puncak. Tp, aku ghasa aku mmg tam berdaya naik gunung tu. Sebab muatan beghat!! Hahahahha...

Sepanjang perjalanan dr KK ke Taman Kinabalu ni, aku tgk begitu banyak gereja.. iya la kot.. ghamai yg menganut agama Kristian kat area ni. Selepas berposing kat Taman Kinabalu, kami terus g Air Panas Poring. Tempatnya biasa saja. Masuk tak kena bayar. Pastu terus bergerak ke Ladang Sabah Tea. Orang kata, nak cukupkan syarat. Kalau ikutkan Teh Sabah ni kat Giant dan Tesco pun banyak. hahahah..

Destinasi terakhir sebelum balik KK, kami ke Kg. Luanti untuk berjinak2 dengan ikan Kelah. Ikan2 kat sungai ni mmg 'sporting' abis.. manja sangat.. habis kaki kami digigitnya.. bayaran masuk RM5.00 seorang tapi berbaloi. nak kata ikan ni dibela, tak jugak sebab takdak nampak pun ada pasang jaring. Walaupun dalam sungai, ikannya tak lari. Mungkin dah sebati dengan penjaganya.

Hari Kedua di Sabah

Naik bot dr Jesselton Point ke Pulau Manukan

Kenangan di Pulau Sapi
Kakak aku tgh sibuk memilih rantai..


Pagi-pagi lagi kami dah gerak. Destinasi kami ialah menjelajah pulau2.....Bermula di Jesselton Point, naik bot ke Pulau Manukan dulu. Tambangnya kira pakej.. tapi tak ingat dah aku harganya. Tp berbaloi laa.. Orang yg bwk bot kami.. mak aihhh.. laju betoi.. Perjalanan dalam 20min sampai la kat pulau Manukan.. Kat jeti lagi dah nampak ikan berenang.. Ya Allah.. sungguh besarnya ciptaanMu.. Kami tak lepaskan peluang utk diving.. Tp diving ala budak-budak laa... mmg cantik betoi bila tgk ikan berenang depan mata...

Habis Manukan.. bergerak pulak ke Pulau Sapi.. pulau ni byk biawak komodo... org melayu ada la 3-4 family.. yang lainnya semua mat salleh & korea ka jepun ka.. tp, pulau Sapi tak secantik pulau Manukan. Kami dok sat ja kat Sapi.. pastu roger driver ambik kami...

Malamnya kami ke bandar KK utk beli ikan bilis, ikan terubok masin dan batu mutiara... Harganya mmg ok dan berkualiti bagi ikan bilis.. Terubok masin ada yang Sabah & ada yang Sarawak.. tp kalau nak beli elokla yang Sarawak punya.. nampak elok sikit.. 6 ekor RM20.00... Tp jenuh jugak kena kawtim dgn penjual tu..

Hari Pertama di Kota Kinabalu

Lego den.. sampai jugak KK!! Alhamdulillah
Lepas rindu Dina dgn geng2 dia..

Mac 2010 aku & family bersama family kakak aku telah terbang ke Kota Kinabalu. Kami berlepas dr LCCT dan kakak2 aku berlepas dr Bayan Lepas Airport. Inilah pengalaman pertama aku, isteriku dan anak aku naik flight. Bg Dina okla sebab umur 6 tahun dpt dah meghasa naik flight. Bg aku & sayangku... aduh dah masuk umur 30-an baru la ada chance naik flight. Hahahahaaa....

Wednesday 13 April 2011

Sefamili @ Genting Highland



  Genting Highland bagi aku & isteri kesayangan amat sinonim dgn kehidupan aku sekeluarga. Kenapa? Sebab first dating aku dgn mama adalah kat G.Highland masa tahun 1999. 12 tahun yg lepas laa.. Sebab tu bila dah ada Dina, kami selalu g G.Highland walaupun tak tido sana. Tp, G.Highland ni mempunyai memori istimewa buat aku dan mama. Srkg ni, termasuklah Dina.. dan kali terakhir aku ke G.Highland pada 03.04.2011. Tp kali ni p stay one night kat First World. RN108.00 untuk Standard Room termasuk B/Fast. Tp, breakfast dia mmg paling hebat. Menimbun!!!! Makan le sampai ghase tak mau makan dah!!.. 

Tapi, kalau booking on-line check-in Ahad, harganya cuma RM48.00 termasuk b/fast. Mmg berbaloi laa.. tapi kena la ambik cuti Isnin nye..

Jom Makan Ikan Bakar @ Aroma Ikan Bakar, Jeram

Ermmm.. RM96.00 untuk 4 orang makan
Aroma Ikan Bakar ni tempatnya di Pantai Remis, Jeram, Selangor. Bagi aku, tempat makan ikan bakar kat sini agak ok dan harganya pun boleh la tahan. Kalau ikan siakap bakar tu dalam RM20.00 seekor. Tp bg aku, sotong masak cili dia yg paling best. Ermmm.. meleleh ayor liur teman..

Tp, walaubagaimanapun, Ikan Bakar kat Three 'N' Penang jugak yang terbaik. Kalau ayaq asam dia, mak aihh.. mmg power... Tp, kedai Three N ni dah tutup!!! Kat mana la depa meniaga??? Apapun, selamat mencoba Ikan Bakar@Aroma Ikan Bakar, Jeram.

Segulung "IJAZAH" dalam genggaman

Mama & adik@SK Desa Jasmin
Ini masa puteri kesayangan aku, Dina ambik ijazah Pra-sekolah dia pada hujung 2010. Sekarang dah darjah satu. Dah beso dah anak aku... Gambar ni pose istimewa bersama Mama... Semoga suatu hari nanti, ceghah masa depan anak den!!! Amin

Tuesday 12 April 2011

"Perdana College Heights" teratak idaman

Ni masa 2008
Tanggal 30hb Julai 2007, kami sekeluarga telah mula menetap di Perdana College Heights, Mantin, NSDK. Kawasan kediaman kami terletak di satu kawasan yang amat damai dan tenang kerana agar jauh dari bandar. Bandar yang terdekat adalah bandar Nilai yang jaraknya lebih kurang 4-5km dan perjalanan dengan kereta mengambil masa dalam 6-7 minit sahaja.

Jika aku nak sebut Mantin, agak tak 'glamor'.. jadi kalau orang bertanya, jawapannya 'Aku tinggal di Nilai' sebab Nilai ni amat sinonim dgn Nilai 3. Mmg tak jauh pun kalau dari rumah nak ke Nilai 3. Kalau ikut jalan belakang, lebih kurang 10minit sahaja.

Untuk makluman juga, aku ni di antara penduduk yang terawal pindah la sebab lepas dpt kunci, 2-3 bulan terus pindah dan perumahan aku ni antara Fasa 1 projek yang pemajunya bernama Seri Pajam Development.
Harga rumah masa aku beli dulu okla (2006).. baru RM131,100. 1560sqf. Rumah teres 2 tingkat. Okla kot.

Salam Seirama Pembuka Kata

Salam ini ditujukan kepada semua yang melayari blog ini. Cerita suka duka kehidupan berkeluarga, masyarakat, politik dan sebagainya.