Tasting

Wednesday, 4 July 2012

Tolonggg wahai rakan blogger..



KENAPA BLOG AKU NI KE BLOCK?????

Amat tidak paham.... Masalahnya, kalau taip nama blog aku kat Google.. memang tak dapat.. kena taip kat URL.. Hadoiii.. Sebab tu dah lama maleh nak berblogger..

Sapa boleh tolong, Rm2.00 aku belanja.. Hahahaha

Tuesday, 8 May 2012

Majlis Tahlil & Doa Selamat Merangkap HariJadi Dina








Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana pada 28.04.2012 yang lalu, aku sekeluarga telah mengadakan Majlis Tahlil & Doa Selamat serta jamuan Hari Jadi puteri kami...

Terima kasih kepada sahabat2, jiran2 yang telah hadir ke majlis kami.. Juga terima kasih byk buat Ustaz Ikmal Zaidi ( Mursyid Imam Muda-2) yang membawa majlis tahlil nii...

Wednesday, 4 April 2012

AKu, NasyA & First Kick Football Academy

Pendaftaran.. Mari..mari.mari..

Antara Coach First Kick Nilai

Warming up

Mr.Gan & Mr. Ridzuan Abu Shah ( Big Boss )

Alhamdulillah.. sungguh tak kusangka


Sokongan dr geng2 taman aku
Ikon kami.. Mazlan Wahid ( bekas penjaga gol kebangsaan )
Selesai sudah PERASMIAN.. Bermula la episod mendidik, mengasah bakat anak2 di sekitar Nilai dalam permainan bolasepak.. Alhamdulillah.. Pertemuan aku dgn Nasya berjaya membuka lembaran baru aku dalam memperbesarkan empayar kami @ Negeri Sembilan dalam dunia bolasepak...

Pada 01.04.2012, kami berjaya mengendalikan Klinik Bolasepak PERCUMA anjuran First Kick Football Academy.. Apa tu First Kick???? Sat aku ceghita laaa.. nak masuk kelas... byeeee

@Kingdom Hall City, Seremban bersama MB





Thursday, 1 March 2012

My New Identity.. Hehehe..

Salam semua.. Ghasanya dah lama sgt dah tak update blog aku ni.. Bukan apa.. Malas sebab blog aku ni dah tak boleh bukak melalui Google atau Mozilla.. Tak tau pasai apa.. huh!!!

Apapun, 2-3 minggu kebelakangan ni aku mmg buzy tahap "Satria Baja Hitam".. Blog terpaksa lupakan seketika la noooo.. Cuma aku sentiasa mendoakan kebahagian setiap drpada hangpa yg sudi visit blog nii.. Entry kali ni nak habaq mai aku on the way dapat ID Kad baru.. Terbaek!! Bukan apa, payah sgt nak dpt diskaun utk hotel2 terpilih.. Takkan pulak nak bwk pi surat sah jawatan pulak nooo.. Hahahaha.. Kami ni chegu2 sekolah semua benda-benda ni kena buat sendiri.. Kalau agensi gomen lain, semua dibuatkan.. Iya laa.. Chegu mmg mcm ni.. Semua buat sendiri.. Huhuhu.. Oklaa.. Mau tido laa.. Bye

Nite!!

Monday, 13 February 2012

Sehari@PCH - Gotong-Rotong & Pelancaran Jiran Wanita KRT PCH

    
Bergambar Kenangan bersama YB Dato Senator
Tarikh : 12.02.2012
Masa : 8.00am
Tempat : Jalan PCH 14

1..2..3.. Tokan YB..



Tq bos..


Jgn lupo dtg lagi YB..


Terima kasih YB Senator Dato' Dr. Yeow Chai Tiam, AHLI DEWAN NEGARA merangkap Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Sembilan yang sudi hadir bersama Mr.Gan Chee Biow selaku Ahli Majlis, MPN serta En.Mohd Hakim Pegawai Jabatan Perpaduan serta semua penduduk@PCH yang menyokong usaha KRT Perdana College Heights.

*Selesai sudah satu perkara, assigment udah memanggil2 aku.. Huh!! Hati mula susah nii..

Saturday, 28 January 2012

Nak beli buku.. Nak beli buku, Nak beli buku..Nak beli buku..



Hello blogger n kwn2 yang dihormati, dikasihi, diingati,, Apa habaq hangpa semua....?

Semalam dah pi ambik Baucer Buku 1Malaysia.. Sapa tak ambik, ghugi laaa.. Sapa nak bg RM200? Hahaha.. Kerajaan BN kalau org nak kata pancing undi, terpulang laa.. Bagi aku, yang terbaik utk pelajar U dan rakyat.. Kalau kita sendiri la jadi pemerintah, rasanya tak mustahil kita berbuat sedemikian rupa untuk meningkatkan rating kerajaan kita.. Kan?

Bila dah dapat, first baucar RM50.00, aku pi Popular dekat Giant Nilai. Dah mmg bukan ulat buku, taktau nak beli apa.. jadi, main ambik ja laaa... Ada la 4-5 buku dan alat2tulis sikit.. Masa nak bayar, malu pun ada.. Yang beratuq panjang yang guna baucar ni semua student u (yang umuq 18tahun - 20tahun kot).. Maksudnya muda lagi laa.. Mai tang aku, pelajar tua nak bayaq.. Hahahaha.. Selamber ajo leee...


Tahun ni tahun akhir aku sebagai pelajar tua.. Mmg mencabar jugak laa.. Hujung2 nanti kena study mcm budak SPM balik laa sebab topik aku Mathematics In Form 5 and Form 6.... Cara-cara mengajar.. Bukan belajar.. Sebab tu la ada terselit buku SPM... Hehehehe... Anyway, a lot thanks to kerajaan diatas pemberian BB1M... Syukur alhamdulillah.... Rezeki Allah S.W.T,,,

Friday, 27 January 2012

Mesyuarat AJK KRT PCH Bil 02/2012




Terima kasih kepada 23 orang  AJK KRT PCH yang baru dilantik utk sama-sama berkhidmat di Perdana College Heights.. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan Allah S.W.T.. InsyaAllah...

Disini aku mengucapkan jutaan terima kasih banyak2 buat S/U aku, Tuan Zairol yang berkerja kuat untuk mengaktifkan KRT PCH sessi 2012-2014.. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi tuan.

Bercakap mengenai harapan... Sebagai Pengerusi, aku amat berharap agar semua AJK dapat bekerja dengan hati yg senang dan terbuka demi merealisasikan segala perancangan yang telah dicadangkan pada malam tersebut.. Sekali lagi TAHNIAH dan terima kasih buat semua AJK KRT PCH ...

Wednesday, 25 January 2012

Dah besaq anak aku nih!!!


Sayang anak abah.. My lovely daughter.. Tukang massage hebat!!! Hehehe..

Buku Lawatan Polis pun Kena Rembat..


Hati paneh la jugak.. Bulan ni saja dah 2 kali buku lawatan polis dah hilang.. Sapa yang merembat??? Bab beli buku baru takdak hal.. Cuma rekod lawatan tu penting.. So, aku kol balai, jawapannya balai tak ambik.. Huh!! Terpaksa maklumkan pada Ketua Balai, utk makluman dia sebagai ketua balai.. Bukan apa, aku takmau buku tu dieksploitasi pulak...

Anyway, thanks buat anggota polis yang kerap meronda ke kawasan PCH.. Jasamu dikenang!!

Tuesday, 24 January 2012

Cuti Gong Xi Fa Choi..

Cuba kesan.. ada ke pic aku n Dina?


Firstly.. Gong Xi Fa Choi buat semua kaum Cina yg sambutnya.. Pada yg tak sambutnya, Happy Holiday laa... 

Kali ni tak pi bercuti ke mana pun.. Balik Felda Soeharto utk baiki laptop yg dah semakin tenat.. Nampak gaya mcm kena beli baru la.. Tapi, bajet pun kurang.. So, tangguh dulu laa.. Guna la laptop ni sampai tiba 'masanya'... 

So, dah terlanjur ke Tg Malim, lajak la nak pi mandi sungai.. Mula2 plan nak ke Sungai Klah, Sungkai.. Sampai ja kat situ, tu diaaa.. Punya la ghamai manusia.. So, cancel.. Tapi kesian la kat budak2 ni ( anak aku n anak buah aku).. Lajak la ke Tapah ke Kuala Woh.. Ingatkan takdak org, tapi ramai la jugak.. Enjoy la bebudak ni.. Gambar atas tu la yg sempat snap kat Kuala Woh...








Next destination, on d way balik Nilai, naik ke Fraser Hill.. Boleh tahan jugak jalan dia.. Dalam 35km dari Kuala Kubu Bharu.. Sampai atas ingatkan sejuk, paneh jugak laa.. Sja nak tunaikan permintaan Dina yg teringin nak tgk Bukit Fraser.. Mmg takdak apa.. Naik - 30 minit - turun balik.... Masa balik dalam pertengahan jalan bengkang-bengkok tu, nampak ayaq terjun.. Apa lagi.. singgah la sat....


Gggrrrrrrrrr.., Yehaaaa!!!!!

Saturday, 21 January 2012

Selesai sudah 2 kes..

Ehsan Tuan Google - Gambar Hiasan Sahaja
 Salam blogger n sahabat2 yg dikasihi.. Mood nak berblogger semakin menurun nihh!! Emm..

Tugas aku sebagai Chegu Disiplin bermula.. 18.01.2012 yang pertama.. Ada sepasang ibu bapak ni mai buat report anak dia darjah 3 dipenaya kawan.. Ada ka patut budak sorang ni masukkan ubat pensel tekan kat dalam bekas air anak dia.. Pastu, anak dia pun minum air tu.. Apa lagi, rasa la ketajaman ubat pensel tu.. Mak dia mcm nak maghah jugak la.. Aku n bos bersama parent tu bincang la elok2.. Jam 10.30am aku turun buat siasatan.. (mcm CSI daaa).. Panggil suspek dan soal dia.. Mula2 mmg la tak mengaku, tapi kaedah pujuk aku agak menjadi jugak laa.. Last2 suspek kata kat aku .. "Chegu, kalau saya mengaku, chegu maghah tak?" Huh!! Dalam hati aku, tau takut.. Kahkahkah.. Aku tak sentuh lgsung budak ni.. Just tinggi suara sikit n amaran akhir la.. Akhirnya jam 11.23am tutup kes!! Satu salinan report aku diberi pada parent tu melalui anak dia.. dan aku jugak sms bgtau.. Selesai kes -1


Kes-2:  19.01.2012.. Ada sorang budak tahun 5 hilang kasut bola pada 18.01.2012... Esoknya aku buat siasatan jugak.. Sebab apa segera? Sebabnya, budak yg hilang kasut ni abg pada budak kes-1 aku.. Hahaha.. Kalau aku tak siasat, maybe lagi panas la mak ayah dia.. So, lepas perhimpunan, kwn aku Chegu Fairuz kumpul semua budak laki tahun 3,4,5,6.. Ramai jugak tu, rasa aku hampir 300.. Mcm mana aku nak detect pencuri ni..? Pening jugak.. 5 minit aku bertanya mangsa bila, dimana, dan sebagainya, aku dpt firasat budak kelas dia yang rembat.. Diringkaskan cerita.. Mangsa letak kasut bola dalam beg.. Pastu 'shock off' sikit kt kwn.. Hilang sebelum waktu Ko-Kurikulum petang.. So, dah pasti la budak kelas dia yg ambik.. Aku tarik keluar semua budak laki kelas dia.. ada la dalam 17 orang.. Sapa la yg aku nak gertak?? Adoiii.. Dgn kemahiran CSi yg ada, aku nak test market dulu.. aku panggil 4 org yg muka agak tak bole percaya laa.. Hahaha.. Dalam 4 yg aku tarik mmg mengena sorang.. Mat Sentul rupanya.. Mula2 tak mengaku, siap sumpah!! Kaedah pujuk lagi.. aku kata.. "Hang ckp la betoi2, kalau ambik bg la balik kat chegu, no rotan.. Chegu belanja hang makan lagi.. janji bgtau yg betoi n pulangkan kasut tu... Kalau hang tipu, 10 sebat aku bagi..."

Dia pikiaq panjang jugak.. Last2 dia kata dia ambik.. Dia kata ada kat beg dia kot.. Aku suruh ambik, cheh!! Kencing aku.. beg dia kosong..  Pastu dia kata, 'Eh chegu, sy letak bwh meja kelas.. Aku suruh dia pi, cheh!! Takdak la chegu... Dia kata.. Kena kencing aku kali ke-2.. Hampeh.. Licik betoi budak ni!! 

Diringkas cerita, aku gertak dia suruh dia jwb elok2.. Aku bagi masa 5 minit suruh dia pikiaq.. Aku pi ambik angin dulu.. lepas 5 minit.. Dia kata.. "Ha chegu, dah ada jwpn.." apa? Sy minta maaf chegu.. sy yang ambik.. ada di rumah kasut tuuu.. Siap peluk aku.. Fuh.. itu yg tak tahan.. Aku tak marah dia, aku ajak dia balik ghumah dia pi ambik.. Bila sampai rumah dia, rumah kunci, mak dia takdak.. Aku suruh dia cerita dari mula mcm mana dia ambik.. Dia pun ceghitaa... Begini kesahnya..

Saya ambik dr beg dia, letak bwh meja dulu.. Habis KoKurikulum petang, dia ambik kasut tu.. masuk dlm plastik - gantung kat handle basikal.. Sampai rumah,, dia letih.. tidoq dulu.. dlm jam 6petang dia pi taman permainan dgn abg dia.. Dia test kasut tu.. BESAQ!!! Abg dia kata kasut tak ori, ko pi bagi balik la kat budak tu.. Dia bwk balik ghumah.. letak bwh katil.. Tpi hari ni dia lupa nak bwk mai sekolah... Itu la cerita dia... 

Panjang sgt cerita.. letih laa.. Ringkaskan laa.. Akhirnya kasut tu dijumpai di sekolah.. Dia simpan kat satu kelas Tahun 3... Tuuuu diaaaaaaaaa... Hancing aku satu badan kena kencing dgn dia.. Ikut hati aku, mmg aku nak sebat jaa.. Tapi sebab mak dia pun dah mai sekolah.. So, siasatan aku selesai dalam masa 4 jam.. Fuh!!!! Lega aku... Tak sangka, dari 300 suspek.. bwk ke 17 suspek.. sampai dapat jugak si perembat ni!!!

Thursday, 12 January 2012

Sejarah telah tercatat..

video

Salam blogger's.. Entry ni bagi aku, sejarah peribadi aku dan cukup bermakna.. Mana tak bermakna, majlis yg aku sangkakan santai, telah diadakan di luar jangkaan aku.. Aku dijemput utk merasmikan Majlis Makan Malam BBQ Suria Residence @ Perdana College Heights. Suria Residence ni merupakan satu kawasan di bwh pentadbiran KRT Perdana College Heights. Tetamu aku rasa ada la lebih kurang 70 - 80 orang.. kalau bg hangpa sikit, bg aku dah mcm 500 orang.. Hahaha.. Siap ada 2 kanopi, hadiah, P.A sistem, ada rostrum.. Huh.. Mmg rasa nak terkucil jugak dibuatnya..

Tak pernah2 aku dijemput merasmikan satu majlis, tiba2 dijemput mcm ni.. pertama terasa diri dihargai la.. tkasih buat J/Kuasa yg menjemput.. Keduanya, aku bukanla pandai nak bercakap depan org ramai.. Lebih2 lagi depan penduduk yg bg aku mmg kelas atasan.. Malu + segan + sakit perut dan sebagainya.. Kalau hangpa dengaq aku ckp pun, mcm tak tentu hala.. Kan? Kan?.. Walaubagaimanapun, mohon maaf la video yg diambik di guna video amatur saja.. (anak aku yg senyap2 record).. 

Tuesday, 10 January 2012

Akhirnya.. Tercapai jugak.. Ngeh..Ngeh..Ngeh..

Alhamdulillah, dengan izin-Nya.. Saga FLX - Auto jadi jugak dibelinya walaupun dalam geran memang HakMilik Bank.. Huahuahuahua... Kereta ni aku beli utk Cik Puan aku yg aku sayang.. Nak beli Mini Cooper tak mampu, Saga pun ok laa.. Kan..



Dulu aku tidoq sorang2 kat luar ni.. la ni dah berteman.. Bestnye!!!

Tinted gelap nihh!! Janji murah.. hahaha

Proses bertinted!! Hitam.. 80%.. Dapat JPJ, cornfirm...

jauhilah diriku dari JPJ..