Tasting

Thursday 29 September 2011

Relief

Bercakap mengenai 'relief'.. kalau di kalangan cikgu-cikgu maksudnya guru ganti yg 'cover' kelas guru yang bercuti sakit atau cuti rehat. Aku sebenarnya tak kisah sgt tentang nak masuk kelas sebagai guru ganti ni sebab adakalanya aku pulak cuti, depa jugak yg 'cover' kelas aku. jadi, setakat 30-60minit dalam sehari tu tak la jadi masalah sangat...

Tapi aku secara peribadi semenjak dua menjak ni, boleh dikatakan setiap hari dari Isnin - Jumaat ada saja 'relief'.. Kadang-kadang waktu kita free ni la nak semak buku budak, nak buat kerja-kerja yang tertangguh. Tapi disebabkan 'relief' ni, semua tugas utama aku akan tergendala. Bila masuk kelas ganti, cikgu diarahkan untuk mengajar sedikit dan berikan tugas ringkas kat murid. Dah bagi latihan, mestilah nak kena semak pulak.. Jadi, takkan waktu relief nak buat keja-keja kita sendiri... 

Aku la ni agak borink bab relief ni.. ntah la pasai apa? mcm aku kata di awal artikel aku, kalau 5 hari seminggu, aku dapat relief 3 kali ok la jugak.. Takdak hal.. Ni sampai setiap hari ada relief.. Cuba kita buat kiraan kasar (bagi aku yg tak reti ni..)... Katakanlah sehari 5 orang cikgu tak mai sekolah , setiap cikgu kita ambik purata 6 waktu mengajar ( 1 waktu = 30 min ), jadi.. ada 30 waktu.. yang bermaksud diperlukan 30 org cikgu sebab kebiasaannya 1 cikgu = 1 waktu relief.. Kalau hari ni ( contohnya Selasa ) aku tergolong dalam kumpulan yang kena relief, esoknya ( Rabu ) bagi la pulak kat satu kumpulan lagi yang ada lebih kurang 30 orang tu.. Cikgu sekolah aku ada 67.. Tolak GB, GPK 3 org, 2 guru PPKI dan tolak 5 orang cikgu yg tak mai = 56 orang cikgu lagi ada... Tapi, pusing-pusing pi mai kena muka yang sama jugak.. Nama aku mesti terselit jugakkk.. Pelik kan?

Ok.. mcm hari ni, ada 2 member aku yang bertugas di padang sebab ada Sukantara, patutnya depa ni kena buat relief.. Ni ndak, depa yang kena relief. depa dapat 3 tiket relief yang bermaksud 90 minit.. Sedangkan depa ni berpeluh bertugas di padang. Apa semua ni? Takdak sapa ka yang boleh 'cover' depa???? Aku awal pagi tadi pi la padang nak tolong kwn2.. kebetulan free waktu pagi. Baru 40 minit dok di padang, sampai relief.. 2 tiket.. Malas aku nak ckp banyak, terus pi saja la kelas relief tuuu... 

Kesimpulannya, apa yang aku tulis ni sekadar luahan rasa hati yang bagi aku perlu diperbetulkan keadaannya. Jadi, kalau sapa2 yang terbaca artikel di atas jangan la pulak nak terasa hati dan sepatutnya mngambil sebagai satu kelemahan diri kita sendiri dalam pengurusan kerja. Aku pun banyak jugak buat kesalahan dalam kerjaya aku. Cuma mengaku saja laa... Dan aku minta maaf la kalau ada yang terasa.. Cuma aku mengharapkan penambahbaikan pengurusan dalam pemberian jadual relief ni pada masa akan datang. Contohnya, buatlah satu Jadual Kekerapan Guru Yang Mengganti. Kalau guru A dah kena ganti hari ni, esoknya bagi la pulak kat cikgu B... Lusa bagi balik kat cikgu A.. Jadi lebih dapat melihat bersifat sama rata..

Sekurang-kurangnya lega hati aku bila dah luahkan dalam blog aku ni... Bagi aku baik aku luah begini daripada aku naik hangin kat sekolah.. lagi naya.. Walaubagaimanapun, sebagai kakitangan awam, aku akur dengan dengan arahan Ketua Jabatan aku.. Aku akan terus berusaha buat yang terbaik utk anak-anak bangsa aku...

No comments: