Tasting

Friday 29 July 2011

Komunikasi Berkesan, P & P Tak Membosankan..

Kumpulan BAMAK.. KL Gangster konon.. Chait!!!

Ni kumpulan Mamak kot.. Lupa la aku..



Gambar di atas ni sempena dengan persembahan ulangan untuk Johan & Naib Johan pertandingan lakonan mini budak2 kelas BM aku.. Masa persembahan betoi2 sehari sebelumnya, siap dengan kostum depa belasah bawak. Hahahaha... Kiranya boleh tahan jugak la depa ni berlakon.. Aku bagi masa persembahan selama 5 minit sahaja. Hadiah disediakan oleh aku... stok lama yg sedia ada.. -)

Adakalanya, dalam P&P perlu diselitkan aktviti persembahan sebegini sekurang2nya dapat mencungkil bakat terpendam disamping sesi pembelajaran yang tidak membosankan.

Nantikan 'KL Gangster 2' pada bulan November nanti.. Tunggguuuuuuuu!!!!!!!

Wednesday 27 July 2011

AnyWhere.. AnyHow.. AnyWhen.. U r the best my daughter!!


Kat mana2 saja, anak aku ni mmg celik internet.. bahaya jugak, tp masih dalam kawalan.. dalam kereta pun Dyna kalau borink2 mula nak layan games dia. 'didigames'.. hahahha.. Belasah je la adik!!!

Terima kasih....

Anak sapa la ni mmg baguih!!Salam cium tangan aku tu.. Meh tengok sikit, hahaha.. budak ni nama dia Harits anak Doktor Soraya yg mmg kawtim punya.. Utk makluman, gambar ni dishoot secara tak sengaja oleh kwn aku Anas.. Tapi, nampak Harits ni mmg sangat menghormati cikgu dia.. Ni kali kedua aku dapat hadiah dr Harits. Masa 16hb Mei, dia dah bagi aku dah.. tapi sekolah sambut lambat sikit, jadi sekali lagi bagi aku hadiah.. Terharu teman... Anyway, semoga anak didik aku sukses dalam kehidupan masing2..

Ramadhan Oh Ramadhan!!!!

Minggu depan 01.08.2011 bermula la bulan Ramadhan. Tahun ni adalah tahun yg ke-4 dan kali yg ke-5 aku berpuasa di PCH. So far sama saja berpuasa ni.. tak kisah dimana-mana... Yang penting, harus kita renungkan ialah KUALITI atau KUANTITI kita berpuasa? Jadi, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna serta mendapat barakhah daripada Allah S.W.T... 

Bercakap tentang bazar Ramadhan kat area Nilai ni, huh!!! mmg tak bertenaga langsung.. tahun 2010 dulu, sepanjang bulan puasa, aku rasa dalam 2-3 kali saja g bazar Ramadhan. Sebab apa, TAK SEDAP & MAHAL!!!.. Baik suruh bini aku masak lagi baguih.. lagi sedap.. lagi menyelerakan.. ikutkan penat memang la penat!Iya la, balik keja teruih masak.. Kesian jugak kat syg aku ni.. tapi, nak buat mcm mana, dah tak lalu makan luar.. kecuali la bukak posa kat luar.. Di Nilai ni kalau buffet Ramadhan yang agak harga berpatutan ialah Staffield Golf & Country Resort... jalan dari PCH nak ke Beranang.. Tahun 2010 buffet ramadhan kalau tak silap aku dalam RM32.00 untuk dewasa.. Boleh la layan... Tak pun, pi layan ikan bakar kat Bagan Lalang ok jugak..

InsyaAllah, semoga aku diberikan kekuatan untuk terus menambahkan amal ibadat sedia ada di bulan Ramadhan yang mulia ini.

"SELAMAT BERPUASA"