Tasting

Monday 31 October 2011

Pulau Pinang Tetap Dihati..

Jambatan Pulau Pinang

Line Clear Nasi Kandar.. Sama dgn nama blog aku.. hahaha..

Kenangan lalu mgusik kalbu

Star Cruise.. View dari atas feri..

Bukit Bendera...

Ropewalk.. Tempat kesukaan aku bila hujung minggu..

Feri Pulau Pinang
Orang kata.. 'Hujan emas negeri orang.. Hujan batu negeri sendiri.. Lebih baik dok negeri sendiri".. Betoi ka? Buleh guna lagi ka peribahasa ni.. Hehehehe.. kalau dah hujan emas, takkan nak biaq kot..? Hahahaha... mmg betoi la.. mcm mana pun seronok kita dok merantau ni.. masih terkenang negeri asal tempat kita membesaq..

Mcm aku nih.. Dari Pulau Pinang, tiba2 dok di Nilai, NSDK.. pelik tp beno.. Dulu ada member kata kat aku.. 'Apa da hang pi beli ghumah kat Nilai tu... Kampung hang Utara.. Bini hang Tg. Malim.. apa pasai la hang pi beli ghumah kat Nilai... Hahahaha.. Mmg betoi kata kwn aku tu.. Gila ka apa aku beli ghumah kat Nilai.. Tapi kita hanya merancang, hanya Allah saja yang menentukan ke mana arah kita.. Walaupun di Nilai, setidak2nya aku dah ada ghumah utk aku & family aku berteduh dari hujan ka, paneh ka... Sekurang2nya bayaran rumah tiap2 bulan tu, hasilnya jadi milik aku jugak rumah tu.. Kalau menyewa, bayaq tiap2 bulan, ghumah tu bukan milik kita pun...

So, semua pic kat atas tu tempat2 menarik yg ada di Penang.. yang Bukit Bendera tu aku pun baru sekali naik keretapi.. Tu pun 10 tahun lepas daaa... Yang paling penting, LINECLEAR nasi kandaq.. Sampai nama blog aku pun 'lineclear2u' aku ambik atas nama nasi kandaq sempoi... Jadi, kpd blogger2 yang belum sampai Penang, jngan lupa pi pekena line clear naaa... Good nite!!!

Friday 28 October 2011

Balik ke Felda Soeharto

Dah tak tahan Dina ni nak makan rambutan

Dlm 2minggu lagi nih...

Nampak tu.. Mai la join wahai blogger!!!

Posing@depan rumah nenek Dina
Kalau nak makan buah rambutan 'segar dari ladang".. Bagitau cepat naaa...

Sungguh Tenang



Gambar sempat snap masa balik kampung aku.. Semuanya di Kuala Kurau, Perak.. Pernah sampai ka anda?

Sebelum 'retired'..

Patutkah aku dicalonkan dan bertanding utk jawatan Pengerusi KRT taman aku? Secaa ikhlas dan peribadi, bagi laluan kepada insan lain laa.. aku suka menolong secara dibelakang tabir saja... Tolonglah jangan calonkan aku wahai kwn2...

Dari Nilai ke Bagan Serai..

15.10.2011 - Balik ke Bagan Serai.. Mak aku masuk hospital.. La ni alhamdulillah dah sihat kembali.. Aku pun kadang2 kesian tgk mak aku ni.. Sihat pun mcm dah tak sihat.. Moga2 Allah berikan kekuatan kepada mak aku.. InsyaAllah....

Kat pekan Kampar, Perak

Masuk highway balik di Gopeng

Terowong Menora, Ipoh


Pada asalnya aku mmg nak balik tgk mak aku kat hospital.. Tapi kakak aku bagitau tak payah sebab mak aku katanya dah OK sikit.. Itu info ptg jumaat (14.10).. Malam tu mengetea dgn kwn2 sampai la jam 2.00am.. Balik rumah dok pikiaq nak balik ke ta payah.. Lagipun Sabtu Ustaz Ikmal Zaidi jiran aku ada buat kenduri pulak.. Serba salah jugak dibuatnya.. Takpa, aku try lelapkan mata dulu, tengok esok pagi mcm mana.. Aku kunci jam jam 5.00am untuk bangun buat keputusan.. Sementara nak tidoq malam tu, pi jugak pukui 3.00am baru mau terlelap...

Besaq sungguh signboard ni..
Pukui 5.00am bunyi jam, bangun teruih kejut cik puan aku suruh dia bubuh baju.. BALIK jugak aku akhirnya.. Bukan apa, mmg info kakak aku tu boleh pakai.. Tapi sebagai anak, perasaan tu rasa tak selesa bila tak tgk muka mak aku... Setidak2nya, balik tgk muka dia, puas hati.. Duit boleh dicari..(pening jugak la 'dicari' tu sebab 15hb... paham2 laaaa... Hahahaha..

La ni alhamdulillah, semuanya baik kembali!!! Syukur... Amin..

Pasar Budaya @ Central Market


Salam semua blogger2 yang dikasihi.. Akibat terlalu sibuk, dah jadi tak berapa nak lalu utk masukkan entry dalam blog ni... Tapi hari ni aku gagah kan jugak utk masukkan sikit entry.. 

Ada la dalam minggu lopeh, pi CM.. cadangnya nak buat button badge utk budak2 yang nak join lawatan pi Genting.. tp bila buat perkiraan detail, nampak gayanya tak dapat la nak buat sebab tak cover laa.. Itu la pasal akibat kesian kat budak2 n chegu, aku offer bas ke-4, akhirnya utk bas ke-4 cuma dapat 22 org murid sahaja.. Jadi, bas ke-4 bayar penuh jugak.. Dah berlaku kerugian disitu.. Jadi, button badges ni terpaksa la dibatalkan.. Sorry la buat pelajar2 ku yang join trip ke Genting ni.. Mungkin, tahun depan aku buat balik..

Walaubagaimanapun, CM ni mmg tempat yang amat berseni org2nya.. sampai ke toilet dia pun mmg canggih.. So, sapa yang belum sampai CM, mai la jalan2 makang2 angin... Takdak tourist guide takpa, aku boleh jadi 'teksi sapu'... hhahahahahaha...

Wednesday 19 October 2011

Awatla hari ni buzy sangat..?

Salam semua blogger.. Apa kabo? 

Hari ni rutin harian agak padat sampai la ke malam hari.. Letih la badan ni.. Tapi sempat lagi berblogger.. Hahahaha.. Dari jam 6.00am ...



@Sekolah : 7:45am ,Awal pagi ada exam.. sibuk uruskan urusan dokumentasi lawatan ke Genting untuk dihantar ke PPD.. 6 set borang permohonan lengkap utk PPD.. Adoiii.. Tapi, hasil kerjasama dengan Fairuz Pot, urusan selesai.. Tepat jam 12.30pm, kerani aku dah hantar ke PPD. harap takdak masalah utk kelulusan...

@Sekolah : 2.00pm, Mesyuarat Guru Kali ke-3.. Mula jam 2.00pm sampai la jam 4.10pm.. Antara intipati mesyuarat GB menasihatkan guru2 supaya mengikut dasar2 yg telah kerajaan tetapkan.. Okey, takdak hal aku.. Aku ni mengikut saja la arahan.. Pasai Malam Anugerah Cemerlang yang diubah lokasi yang kebiasaannya dibuat disekolah diubah lokasi ke Dewan MPN.. Ada jugak chegu2 yang tak setuju.. Pandangan aku, takdak masalah buat dimana2.. Mungkin lebih happenning.. Kadang2 kita perlu membuat perubahan supaya kita tidak berada ditakuk yang lama.. MENDATAR saja.. hahahaha.. Kalau chegu2 yang baca ni, naya aku.. Kahkahkah...

@Perdana College Heights: 5.30pm - Bertemu  Mr.Gan di kedai makan depan taman. Ada perkara penting yang dibincangkan berkaitan persediaan menghadapi pilihanraya..

@Tabika KEMAS, 8.30pm - Mesyuarat AJK Tabika KEMAS PCH yang diadakan bertujuan sebagai persediaan Majlis Penyampaian Hadiah.. Aku takdak anak pun kat Tabika KEMAS ni.. Tapi dah dilantik AJK utk kuota masyarakat, aku terima saja laa.. Buat kerja-kerja amal...

@Home, 11.00pm - Apa lagi, berblogger laaaa...

Sekian utk hari yang penuh kesibukan..

Tuesday 18 October 2011

Kembali 'buzzzzzzz'...

Huahuahuahuahuahaa.......

Hello & Salam semua blogger.. Aku la ni rasa mcm dah maleh nak masukkan entry.. Tak tau la pasai apa.. Maybe banyak sgt keja yg nak kena bereskan dalam bulan Oktober ni... Ni pun saja celah2 masuk sat tgk blog aku.. kesian jugak kat blog aku ni, agak ketinggalan.. Hahahha...

Bulan Oktober ni antara keja yg nak disetelkan :

1. Assigment aku.. Ada 3 semuanya.. Haram satu pun tak disentuh lagi.. Mcm mana nii.. Huhuhu

2. Uruskan Lawatan sekolah ke Genting Highland (9.11.11).. Leceh sebenonya buat lawatan ni.. 

3. Uruskan Perjanjian Pembiayaan antara aku dengan Kerajaan.. (org dah hantar bulan Ogos.. aku terhegeh2)

4. Kertas soalan budak2 aku nak exam PKSR 2.. 3 paper kena buat.. tp dah bereh!!

5. Sibuk berappointment dgn bakal calon BN DUN Nilai ( PRU ke-13 dah dekat)

Rasanya itu saja kot yg agak buzzzz utk bulan Oktober ni.. Blog aku ni pun rasa mcm ketinggalan zaman kalau nak dibandingkan dengan blogger2 muda yg lebih berbakar beso dalam mencantikkan blog depa.. aku salute abih la dgn blogger muda ni... nak tanya depa malu sebab aku dah 'lama'.. depa muda lagi... hahahha.. So, sebelum aku tido, THANKS buat pengomen2 entry aku yg sudi komen walaupun blog aku ni tak seGLAMOR blog2 yang sedia ada..
'GOOD NITE'

Thursday 13 October 2011

Nasi Kandaq Lawooood.. Hangat di Nilai!!

Nampak tak signboard nyaa..
Mcm kat Line Clear.. beratuq tuuu...
Menunya simple saja..Hari ni aku takdak selera.. Huahuahua..
Nasi Kandaq satuuuuu!!!!!! Peh.. aku mmg tak bole lepas nasi kandaq.. Kat Nilai ni byk Restoran mamak.. Tapi mmg tak best langsung, setakat boleh makan saja laa... Nasi kandaq ni yang specialnya lauk depa yang bubuh, bukan bagi nasi putih kita bubuh lauk sendiri.. Mana bestttt...

Cakap nasi kandaq kat Nilai ni, kalau belum pernah rasa dan rindukan nasi kandaq Penang, bolehla singgah mai Masi Kandar Lawood yang terletak di Tmn Desa Cempaka, Nilai.. Alaa.. 5 minit saja dari sekolah aku.. Mmmg power.. lauk yang ada pun simple saja.. Ayam goreng, sotong goreng kunyit, telur ikan, telur masin, dan sayur kubis gorang.. Utk set ayam penuh (1/4 ayam) + nasi + sayur = RM7.00.. Boleh la tu.. Ayam suku.. Yang sedapnya nasi lawood ni kuah dia.. memang likat,pekat, dan kain pelekat.. POWER!!!.. Ermm, cakap pun tak guna, kalau nak.. mai Nilai, aku boleh bagi plan.. Lawoooood Terbaek!!!

Wednesday 12 October 2011

Novel Besttttt!!!

Penuh keihlasan dalam gaya penyampaiannya..
Akhirnya berjaya jugak aku baca novel yang bagi aku amat menarik bagi yang berkerjaya dalam bidang pendidikan mcm aku ni haa... Mengisahkan seorang pengetua yang telah bersara menceritakan pengalaman bermula sebagai seorang pendidik sehingga menjdai seorang pentadbir... Kadang2 apa yang dikisahkan dalam buku ni sedikit sebanyak memberi impak kat aku dan mungkin juga chegu-chegu yang membacanya... Malu pun ada.. hahaha.. 

Sebagai contoh satu bahagian buku ini menceritakan tentang guru kaunseling.. Penulis sebagai pengetua bertanyakan guru kaunseling sekolahnya.. 'Cikgu Ana, adakah pelajar ada berjumpa kamu utk berkongsi permasalahan? ".. Cikgu Ana berkata setakat hari ni tiada.. Penulis hanya tersenyum lalu berkata.. "cikgu, bagaimana nak ada masalah sedangkan cikgu tak pergi mencarinya.. Sebagai guru kaunseling, cikgu kena mencari murid yang bermasalah dan menyelidik latarbelakangnya.. Baru la ada masalah.. Ini tidak mencari, mana nak ada masalah... "... Hahahahhaa... Betoi la ckp penulis, kalau guru kaunseling tu pi cari masalah murid, maka akan terbebanlah masalah kpd guru kaunseling tu... 

Menarik.. Memang menarik sehingga menarik perhatian rakan sejawat aku, Pak Din utk pinjam dan membaca buku nii.. Jadi, sapa yang berminat nak mengetahui isinya.. pi la beli.. Harga belakang buku RM43.00...

Hari Sukan Tahunan SK Desa Jasmin

Perbarisan Hormat

Ni la team 'QuarterMaster' aku.. Mmmg MANTOP!!!
Sabtu lepas (08.10.2011) sekolah aku telah mengadakan Hari Sukan Tahunan kali Ke-13 berlangsung di padang sekolah. Memang meriah!!! Dirasmikan oleh Ketua Unit Ko-Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Sehari sebelum Hari Sukan, uihhh.. hujan turun lebat betoi.. banjir jugak la padang sekolah aku ni.. Aku dok kata dengan 2-3 org yang balik lambat, 'esok ada satu acara tambahan.. Kuak dada 100m'.. Kahkahkahkah... Walaubagaimanapun, alhamdulillah semuanya lancar pada Hari Sukan (Sabtu)... 

Tengok gambaq atas yg pakai Jersi tu? Tu la team 'Quarter Master' atau lebih tepat lagi Pembantu Khas. Depa semua ni aku yang pilih.. Ada 11 orang semuanya.. Murid2 ni semua kelas yang aku ajar.. So, senang la nak minta tolong.. budak kelas aku ni mmg semangat membantu tinggi sangat...

Dina..Dina.. Hijau.. Hijau..



Ready.. One.. Two.. Three.. Four..
Pada hari sukan tu, anak aku Dina masuk acara persembahan senamrobik.. Hari-hari dok praktis kat sekolah dan balik ghumah, sambung praktis kat ruang tamu.. Mmg excited betoi anak aku ni.. Utk sukaneka, acara lari bawak bola dalam kon.. Dapat No. 3.. Oklaa.. Hadiahnya tupperware.. Huhuhu.. Pandangan aku, eloklah diberikan hadiah 'medal'.. Ada la jugak kenang-kenangan budak2 ni..  Tamat semua acara jam 2.00 petang.

Semoga Ibu Aku Cepat Sembuh...

Hari ni 3 malam mak aku masuk wad di Hospital Parit Buntar.. Masalah darah kurang.. Mcm mana boleh darah kurang pun aku tak tau.. Dan tekanan darah pun jadi rendah.. So terpaksa dimasukkan ke hospital.. Kesian mak aku.. Sebenarnya mak aku pun tak berapa sihat sejak kebelakangan ni.. Tahun lepas 10 July 2010, 3 bulan mak aku dok Hospital Taiping. 2 bulan lebih jugak dok ICU.. Masalah paru-paru tak kembang.. Seksa jugak la aku tgk.. Alhamdulillah dah OK.. Tapi Isnin lpas dah darah kurang... 

Setakat la ni masih stabil.. Kakak aku pun bgtau tak payah balik kampung.. Cuma aku sebagai anak kurang senang hati bila tak pi tengok dia.. Wife aku pun dah banyak kali suruh aku balik.. Errmm.. InsyaAllah Jumaat ni kalau masih tak keluaq wad, aku ingat nak balik la jugak kampung.

Semoga ibuku kembali seperti sediakala.. InsyaAllah..

Friday 7 October 2011

Bajet 2012.. Terbaik!!

 Bajet Terbaik!! Cayalah PM.. U mmg segak membentangkan bajet.. Aku cuma nak menghuraikan secara ringkas bajet 2012.. Nak hurai semua tunggu la aku update kemudian.. Antara terbaik utk rakyat :

MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI 
Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi
  • Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah
    dan IPTA
  • Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru
  • Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia
  • Program realiti dan dokumentari di media
  • Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)
  • Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil.
  • Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum

INSENTIF PERCUKAIAN
Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan

  • Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun,
  • Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan
    perjanjian perkhidmatan.
  • Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan
    Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai
    pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan
    perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
  • Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan
    penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk
    bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
  • Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas
    pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam
    Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
  • Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang
    francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid.
  • Industri Perhotelan
  • Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.
  • Lain-lain
  • Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah
  • Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
  • Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
  • Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
  • Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.

PENDIDIKAN

  • Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 bilion
  • Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah
  • Potongan cukai – kepada penderma program persekolahan (individu & syarikat)

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR

  • Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) – RM1 Bil
  • Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & S’wak
  • Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.
  • Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 juta)
  • Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan jalanraya)
  • Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta
  • Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
  • Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN
  • Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan
  • Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM

  • Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
  • Menambah baik struktur gaji penjawat awam- kenaikan antara 7 hingga 13 peratus
    - kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
  • Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base
    - Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16)
  • Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun
  • Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)
  • Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera

PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK

  • Pesara Kerajaan
    - menikmati pelarasan pencen
    - Melaksanakan kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji
  • Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
  • Program latihan khusus untuk pesara tentera bagi menceburi bidang perniagaan

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

  • Skim Rumah Pertamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
  • Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
  • Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah


"Jadi, dimana bumi dipijak, disitu lah langit dijunjung..."

Wednesday 5 October 2011

Jom join Lawatan Ke Genting Highland



Idea terkejut!! Hahahahaha... Hari ni siap semua urusan dokumentasi utk Projek Lawatan Sambil Belajar ke Genting Highland. Cuma nak tunggu Bos aku sain saja kalau dia bersetuju laa...


Borang satuuuuu!!!!


Destinasi pilihan kali ni.. GENTING HIGHLAND.. mmg dah lama aku, Fairuz dan 3-4 org cikgu lagi dok planning nak buat rombongan. Semangat rombongan ni mai lepas bulan Mei aritu, 4 buah bas kami angkut ke Petrosains & Pusat Sains Negara. Jadi, kali ni takdak la target sampai 4 buah bas. Dapat 2 buah pun kira OKlaa... Harga setelah berunding dengan Fairuz, kawtim RM90.00 seorang budak. Mmg berbaloi la bagi aku.. Pakej Genting bagi termasukla Indoor & Outdoor Theme Park, Snow World, Strawberry Park, Makan@First World Hotel dan Tambang kereta kabel.. RM90.00 tu jugak termasuk tambang sewa bas. Cuma aku tambah minum petang sebab takut budak2 lapo masa on the way balik Nilai... 

Customer belum tahu lagi.. Cuma tadi aku promote 2 buah kelas Tahun 4, mmg semangat nak pi tinggi.. Tanya itu, tanya ini.. Aku jawab, Tunggu!!!!! Aku bukak utk Tahun 5 & 6 dulu.. kalau ada kuota lebih, aku bukak Tahun 4...

Jom.. sapa nak ikut? Angkat tangan... - Hehehehehhe..

Program Score A PERCUMA..




Lama jugak tak berentry.. last entry Isnin lepas.. Hari ni Rabu, dah rasa lama kan?.. Itu la penangan bila berblogger.. Hahahaha...

Hari ni aku sibuk sikit.. Sibuk dengan urusan masyarakat taman aku.. Pertama aku uruskan hal Score A.. Program Score A ni mmg dah selalu kita dengaq.. Cuma yang specialnya, secara PERCuMA.. -).. Mcm ni, Mr. Gan (Pegawai penyelaras BN Kawasan Nilai-Mantin) yang offer aku.. Dia ada jumpa aku hari tu, dia tanya.. Mau ke Score A FREE? Isshhh.. kalau FREE sapa yang tak mau kan.. Aku kata OK laa.. Tapi dia bgtau hanya ada 3 kuota utk PCH.. Sebabnya aku masih Ketua UMNO Cawangan (Penaja- Yang tak approved lagi permohonannya).. Kuota ni hanya utk UMNO, MIC, MCA cawangan yang ada di DUN Nilai.. Mr Gan dapat 100 lot.. Jadi, ada 30 lebih cawangan utk komponen BN, terselitla jugak utk Perdana College Height atas dasar kawan2..  Alhamdulillah..

Bagi aku pulak, susah jugak nak pilih.. kiri kawan, kanan pun kawan.. last2 sekali, aku dah decide utk bagi pada 3 org penduduk yang aku rasa perlu (kroni2 tak main)...  Oleh yang demikian, kawan2 yang terpilih tu haruslah bersyukur dengan pemberian salah satu nikmat daripada Allah ini.. Bukan aku paksa utk sokong kerajaan memerintah, cuma ada kalanya perlu la difikirkan sejenak jasa2 kerajaan walaupun masih ada ketirisan.. Adatlah tu.. Bagi aku, satu kepuasan dpat membantu penduduk daripada belakang. Bukan murah nak beli program Score A.. Di pasaran RM596.00... 

So, jangan lupa 10.10.11 utk dengar taklimat tentang program ni..

Monday 3 October 2011

Susu 1Malaysia... Bagus tapi...

Terbaik utk murid sekolah.. PERCUMA
Susu 1Malaysia mmg baguih..  Satu usaha yang baik oleh kerajaan memerintah untuk anak-anak murid sekolah.. Di sekolah aku, Jumaat lepas semua murid dapat free sorang sekotak.. Hari ni pun semua murid dapat PERCUMA sorang sekotak.. Tapi, yang aku rasa kurang sempurna sikit adalah hanya utk Warganegara Malaysia.. Yess.. betoi la tu, utamakan rakyat kita.. Cuma bila aku berada di dalam sekolah, aku kesian tengok ada 4-5 budak yang bukan Warganegara tak dapat susu.. Depa ni terpaksa diasingkan.. Aduhai.. Pasai apa jadi begini? Apa la salahnya bagi saja la.. Walaupun nilai susu sekotak tak begitu tinggi nilainya, bagi sajalaaaa... Pihak kerajaan mmg perlu menggariskan panduan utk pemberian susu tu... Kalau aku laa, aku akan bagi jugak kat budak-budak bukan warganegara atas dasar 'BUDI BICARA' kemanusiaan..

Nilai, NS antara 4 'Bandar Beracun'..


 Ada baca paper hari ni? Nilai kat tempat aku ni dah diisytiharkan sebagai antara 4 'Bandar Beracun' selain Putrajaya, Shah Alam dan Tanjong Malim.... Cuba baca artikel dari Utusan Malaysia ni.. Wawawawa..

BANGI 2 Okt. – Penduduk di kawasan bandar di Malaysia kini berhadapan dengan ancaman pencemaran udara akibat pengeluaran asap kenderaan berlebihan yang menukarkan bandar selamat yang dihuni selama ini sebagai ‘bandar beracun’.Bandar-bandar yang dikesan mengalami fenomena ini ialah Shah Alam, Selangor; Putrajaya; Nilai, Negeri Sembilan dan Tanjung Malim, Perak.Bandar-bandar lain yang kini dikatakan berada di peringkat membimbangkan ialah Seberang Perai, Pulau Pinang; Kemaman, Terengganu dan Johor Bahru, Johor.

Sama ada ia dianggap keterlaluan, mencemaskan atau menakutkan, namun itulah realitinya.
Faktanya, kajian sekumpulan pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati, gas ozon permukaan di Lembah Klang mencatat 160 bahagian per bilion (ppb) berbanding 100 ppb seperti disarankan.Gas atau bahan kimia tersebut terhasil akibat kandungan udara dipenuhi nitrogen dioksida (NO2) bertindak balas dengan cahaya matahari.Lebih menakutkan, kajian perubatan menunjukkan pernafasan secara berterusan selama beberapa jam dalam kualiti udara sedemikian boleh mengganggu sistem pernafasan serta menghalang proses fotosintesis daripada berlaku.

Menurut Ketua Program Sains Sekitaran UKM, Prof. Madya Dr. Mohd. Talib Latif, gas ozon permukaan yang dicatatkan di Lembah Klang seringkali melebihi kadar disarankan Jabatan Alam Sekitar bermula dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.“Berdasarkan graf, ia bermula pukul 11 pagi dengan kadar bacaan 120 ppb. Bacaan tertinggi 160 ppb dicatatkan antara pukul 1 hingga 3 petang hinggalah kembali menurun kepada kadar normal pada pukul 8 malam.“Ini disebabkan jumlah kenderaan berganda di Lembah Klang dan asapnya memenuhi udara ketika itu.“Udara yang mengandungi bahan kimia beracun itu kemudiannya akan ditiup angin serta terkumpul di sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Putrajaya, Nilai dan Tanjung Malim,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, walaupun fenomena tersebut turut dihadapi oleh negara-negara maju, namun kebanyakan negara tersebut mempunyai iklim empat musim menyebabkan ia hanya berdepan masalah tersebut pada musim panas sahaja.“Sebaliknya, di Malaysia masalah ini akan berlaku sepanjang tahun dan tidak seperti negara-negara yang mempunyai empat musim.“Oleh itu, kerajaan perlu mengatur strategi yang berkesan untuk mengurangkan masalah gas ozon permukaan yang berpunca daripada kenderaan bermotor,” katanya.
Strategi tersebut katanya, termasuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di seluruh negara selain meningkatkan kualiti bahan bakar yang digunakan oleh setiap kenderaan.

Tegas Mohd. Talib, sekiranya tiada tindakan awal diambil, pencemaran baru seperti gas ozon permukaan itu akan merebak ke seluruh negara.

Jadi, aku ingat nak pindah laaaa pi dok tempat lain... 

Sehari@Ahad

Anak aku ni tengah praktis senamrobik
 Hari ni (Ahad).. Takdak program laa... Semalam sehari dari pagi sampai petang dah kurangkan berat rumah (rasanya kurang 15kg) sebab proses 'pengelearan' barang2 yang tak berguna lagi... Utk hari ni, yang ada program cuma ada satu jemputan kenduri kahwin anak Bang Baharuddin yang dok kat taman aku ni.. Jam 1.30pm pi makan kenduri... Pastu bosan2 teruih ke KL... saja pi jalan2.. nak shopping pun maybe belum masa yang sesuai kot.. 

Cantik ndak bendera Malaysia ni? Snap betoi2 celah Lorong Masjid India

Dah ke belum syg..?
Destinsinya apa lagi.. Jalan Masjid India.. Huahuahuahua.. Saja bagi cik puan aku suka sikit.. dia mmg syok mai Jalan Masjid India ni.. Last2, jalan punya jalan, dapatlah jugak baju 2 pasang.. Jadila.. Sebab ada bajet dari USIM yang kumpulan depa menang dalam Pertandingan Rekacipta.. ada la rezeki sikit... Belilah baju... Sampai rumah 6.30pm.. Habislah sesi jalan2 minggu ni.. Minggu depan dah takleh jalan lagi sebab aku dah mula Tutorial.. Huhuhuhu.. Bosan amat sangat!!!