Tasting

Friday 7 October 2011

Bajet 2012.. Terbaik!!

 Bajet Terbaik!! Cayalah PM.. U mmg segak membentangkan bajet.. Aku cuma nak menghuraikan secara ringkas bajet 2012.. Nak hurai semua tunggu la aku update kemudian.. Antara terbaik utk rakyat :

MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI 
Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi
  • Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah
    dan IPTA
  • Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru
  • Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia
  • Program realiti dan dokumentari di media
  • Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)
  • Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil.
  • Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum

INSENTIF PERCUKAIAN
Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan

  • Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun,
  • Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan
    perjanjian perkhidmatan.
  • Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan
    Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai
    pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan
    perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
  • Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan
    penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk
    bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
  • Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas
    pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam
    Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
  • Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang
    francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid.
  • Industri Perhotelan
  • Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.
  • Lain-lain
  • Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah
  • Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
  • Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
  • Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
  • Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.

PENDIDIKAN

  • Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 bilion
  • Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah
  • Potongan cukai – kepada penderma program persekolahan (individu & syarikat)

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR

  • Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) – RM1 Bil
  • Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & S’wak
  • Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.
  • Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 juta)
  • Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan jalanraya)
  • Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta
  • Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
  • Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN
  • Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan
  • Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM

  • Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
  • Menambah baik struktur gaji penjawat awam- kenaikan antara 7 hingga 13 peratus
    - kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
  • Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base
    - Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16)
  • Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun
  • Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)
  • Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera

PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK

  • Pesara Kerajaan
    - menikmati pelarasan pencen
    - Melaksanakan kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji
  • Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
  • Program latihan khusus untuk pesara tentera bagi menceburi bidang perniagaan

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

  • Skim Rumah Pertamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
  • Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
  • Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah


"Jadi, dimana bumi dipijak, disitu lah langit dijunjung..."

1 comment:

Che'gu Anuar said...

Latest: Bonus 1/2 bulan gaji atau minima RM500.. tambah yg dulu sebelum ghaya dapatlah sebulan gaji.. Okla tu... Alhamdulillah.. Boleh melancong.. hahahahaha