Tasting

Monday 5 September 2011

Menerima Kunjungan Ahli Majlis MPN

Bergambar kenangan bersama bakal Calon PRU-13 DUN Nilai

Hamper hadiah daripada Mr.Gan Chee Biow
Hari Sabtu pagi (Raya ke-4), kami sefamili terima kunjungan pertama utk raya ni. Kunjungan pertama ni daripada Mr. Gan Chee Biow bersama 2 org rakannya. Aku rasa berbangga jugak di atas kunjungan beliau. Mr Gan ni juga antara 2 org calon Barisan Nasional yg berkemungkinan ada harapan untuk dicalonkan pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan dtg untuk kerusi N.10 DUN Nilai. Kehadiran dia adalah untuk melengkapkan kunjungan raya beliau ke rumah2 pemimpin2 masyarakat disekitar Nilai. Aku kata dgn Mr.Gan.. 'I bukan lagi pengerusi Persatuan Penduduk di PCH..'... Hahahaha... Dia kata sebab dia dah lama kenal aku.. jadi, walaupun aku dah tak pegang apa2 jawatan lagi, dia still dtg rumah. Mungkin ada sesetengah kata, dia mai sebab nak melobi pilihanraya.. bagi aku, dia bukan mai utk melobi sahaja, sebagai mengekalkan hubungan yg sedia ada.. Aku senang berurusan dengan Mr.Gan.. 




Walaupun PCH kawasan baru, tapi aku berjaya memasukkan beliau ke PCH.. Sebelum ni walaupun dia Ahli majlis MPN, dia tak pernah masuk PCH... Sebagai wakil utk MPN, dia dah banyak membantu aku sepanjang 2-3 tahun aku meneraju Persatuan Penduduk PCH.. Khemah? Kalau nak sewa RM170 seunit.. Kalau satu program 3 khemah dan RM500... kan membazir.. Dengan bantuan Mr.Gan, semuanya FOC.. Masalah-masalah yg ada di PCH pun dapat diselesaikan walaupun bukan semua. So, apa lagi nak komplen2.. Boleh komplen, tapi gunakanlah peribahasa melayu.. "Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut kita dapat, tepung tak berselerak"....

Anyway, terima kasih Mr.Gan di atas kunjungan raya ke rumah saya!! Walaupun makan kuih ghaya sahaja sebabnya stok barang makan belum beli lagi... hahahahaha...

1 comment:

Anonymous said...

cheap tramadol tramadol buy - safest place buy tramadol online