Tasting

Tuesday 12 April 2011

"Perdana College Heights" teratak idaman

Ni masa 2008
Tanggal 30hb Julai 2007, kami sekeluarga telah mula menetap di Perdana College Heights, Mantin, NSDK. Kawasan kediaman kami terletak di satu kawasan yang amat damai dan tenang kerana agar jauh dari bandar. Bandar yang terdekat adalah bandar Nilai yang jaraknya lebih kurang 4-5km dan perjalanan dengan kereta mengambil masa dalam 6-7 minit sahaja.

Jika aku nak sebut Mantin, agak tak 'glamor'.. jadi kalau orang bertanya, jawapannya 'Aku tinggal di Nilai' sebab Nilai ni amat sinonim dgn Nilai 3. Mmg tak jauh pun kalau dari rumah nak ke Nilai 3. Kalau ikut jalan belakang, lebih kurang 10minit sahaja.

Untuk makluman juga, aku ni di antara penduduk yang terawal pindah la sebab lepas dpt kunci, 2-3 bulan terus pindah dan perumahan aku ni antara Fasa 1 projek yang pemajunya bernama Seri Pajam Development.
Harga rumah masa aku beli dulu okla (2006).. baru RM131,100. 1560sqf. Rumah teres 2 tingkat. Okla kot.

No comments: