Tasting

Thursday 8 September 2011

Pengalaman Awal panggilan Che'gu..

Saja aku nak berkongsi ceghita aku masa mula-mula jadi che'gu...

Mula masuk maktab 1998.. So, first praktikum aku bulan Januari 1999.. Aku memilih SK Sg. Gelugor sebagai destinasi pertama aku utk 2 minggu berkampung di SK Sg. Gelugoq.. Aku bukannya ditugaskan utk mengajaq pun.. Cuma buat la folio pasai sekolah tu.. Namun, dalam meeting pertama bersama G.Besar.. Rasa teruja jugak sebab selalunya di sekolah dengaq chegu kata.."Kamu duduk dalam kelas diam-diam, cikgu ada meeting"... hahahah.. Tapi kali ni aku sendiri yg meeting dgn GB.. Fuhhh.. Terujaa nyaa.... Ada satu hari aku kena gantikan sejam waktu cikgu yg tak mai sekolah... AAlamak... Mcm nak pengsan.. Berpeluh aku jaga 35 orang budak2.. Terpaksa roger kwn aku mai teman... AKu segan bila ada budak2 panggil aku cikgu... Pastu kelas bising gila.. Mcm market.. hahahha.. Poyo betoi... Tp mmg itu realitinya.. Aku tak sangka aku jd "chegu"...

@SK Sg Gelugor 1999 bersama Ezani (skrg Dato Ezani) n anak Pak Man ( Fahmi )


Sekolah kedua aku berpraktikum ialah SK Seri Permai, Bayan Baru, Pulau Pinang.. Di sekolah ni aku ada 6 minggu sahaja... Kali ke-2 masuk sekolah ni agak ok sikit.. Tapi hari mula masuk dah demam.. Berpeluh dahi.. Tak banyak kenangan sgt.. Cuma yg lawaknya cikgu2 laki sekolah di bilik guru dia bwh tangga.. Hahahha...

Praktikum aku yang terakhir masa Semester 6 (sem akhir).. Ni paling lama.. 5 bulan.. Sekolah pilihan aku ialah SK Sungai Korok, Balik Pulau... Sekolah ni mmg best laaa.. Suasana kampung.. Dkt sangat dengan laksa Pokok Asam (semnagkuk 50sen) ...Kali ni takdak masalah lagi utk mengadap budak2... Yg mana buat lecey, aku 'petik' ja.. Selama 5 bulan aku berulang saja dari rumah aku di Batu Maung.. Alaa.. Naik motor lebih kurang 40 minit sampai.. Lagipun jalan Balik Pulau ni mmg aku dah expert sebab 2 tahun dok berulang dari rumah ke SM Vokasional (masa tu) Balik Pulau.. Jadi, mana jalan yg kona-kona semuanya line clear.. Ramai member2 aku yg menyewa di Balik Pulau.. bagi aku buat apa nak menyewa.. Save bajet.. Hahahaha...


Kenangan masa di maktab.. Fanatik betoi dhn Penang FootBall team.. Hahaha

No comments: