Tasting

Friday 16 September 2011

Astro.. Astro..




ASTRO... mmg baguih ada Astro kat rumah ni atau di mana-mana laaa.. Salah satu sebabnya ialah TV kita akan clear.. Jelas nampak muka org, sampai bulu hidung depa pun boleh nampak.. Hahaha... Ialah.. dah berbayar kan?

Yang rasa terkilan sedikit sebabnya baru-baru ni bil astro dah naik. Sebelum naik bil Astro, kerajaan Malaysia minta dikaji dulu tentang kenaikan ni, tapi tup..tup.. sampai saja surat pemberitahuan yang bil Astro dah naik.. Mmg rasa tak patut jugak la sebab benda-benda mcm ni akan mempengaruhi golongan atas pagar yang 50-50 menyokong kerajaan sekarang. Kalau PM umumkan apa sekalipun keuntungan negara ka, pelaburan yang memberangsangkan ka atau berbilion-bilion keuntungan negara sekalipun, tapi kalau 'menekan' rakyat, bagi aku secara peribadi tak guna jugak. Harga barangan keperluan harian di mana rakyat kena berbelanja sepatutnya dikurangkan sedikit pun kira baik la. Sebagai contoh yang paling mudah, dulu kalau kita pi makan KFC / McD, cukai kerajaan yang KITA tanggung untuk bantu kedai makanan segera ni cuma 5%... tapi la ni dah naik 6%... Pikirla sendiri tengok...

Berbalik pada bil Astro aku la, dulu sebelum naik bil aku cuma RM49.90 ( TERMASUK CUKAI KERAJAAN)... Tapi la ni diasingkan cukai kerajaan yang 6% tu.. Sebagai contoh, bil terbaru aku la ni RM55.85 + cukai kerajaan 6% = RM59.30... Kiranya kenaikan aku sebanyak RM9.40.. Itu aku sorang... Berapa juta rakyat Malaysia yang ada Astro... Ntah laa.. kalau yang berpendapatan kecil, macam mana nooo? 

Akhir sekali semoga tiada kenaikan caj TELCO yang kata nak naikkan kos tambah nilai pra-bayar... PM dah bagi ingatan kepada TELCO.. Tapi tak tau kalau senyap2, kita pi kedai nak top-up RM10, kena bayaq RM10.50... naya kita!! Apapun, aku pakai postpaid..Ngeh,ngeh,ngeh... Oklaa... Setakat ni dulu ketidakpuasahatian terhadap ASTRO...

No comments: