Tasting

Monday 2 May 2011

Semalam@Cameron Highland Part 2

Inilah di antara sayuran & buahan2 yang aku dgn mak mentua aku beli… Yang syoknya, aku ni tak makan sayur, tapi amat berminat dgn kesegaran sayur2 kat CH ni.. 
8 paket = RM10.00

Lobak putih.. RM1.00 sebatang

Kobis.. RM2.00 sebiji..

RM5.00 sepaket

Jagung.. RM10.00 = 8 batang

Dari segi makan pulak, kat CH ni harga masih terkawal dan bagi aku, okla..  kalau nasi goring pataya seafood tu dijual dgn harga RM4.50.. Malam tu kami makan 4 orang RM22.00 termasuk air. Takdakla depa tekan harga sempena cuti UMUM..

Errrmm.. sedapnya sayang...
Ghupa cantik.. tp masam!!! huahuahua


Padi Ahad, kami check-out jam 9.00am sebab rasanya masih nak berjalan2 lagi.. Menuju sekali lagi ke tapak Pasar Malam. Tp tak la dipanggil pasar malam sebab waktu pagi. Tp, yang menjualnya takla seramai yang jual kat pasar malam. Wife aku kata, kalau nak beli sayur atau apa2 pun, baik p Pasar Malam. Sebab harga di pasar malam jauh lebih murah. Sebagai contoh, 8 pek sayur RM10.00(pasar malam)… tp 6 pek RM10.00 (pasar pagi)… Ok.. Jadi, pandai2 la memilih…Masa balik, singgah sekojap di Tanah Rata ke Ladang Strawberry Al-Mashoor… malangnya buah strawberi tak bole petik sebab masih muda. Dina betoi2 frust.. hehehe.. kesiannya anak abah ni!!! Kat sini, wife kesayangan aku dihidangkan lagi dgn strawberi coklat idamannya.. takpa, abg belanja.. hahahaha…

No comments: