Tasting

Saturday 7 May 2011

Antara Realiti & Fantasi

 Aku satu ketika pernah difitnah oleh salah seorang rakan yang bagi aku seorang rakan yang boleh dibuat kawan dan dipercayai... Mmg tak pernah aku sangka dia sanggup membuat fitnah ttg satu usaha yang pada peringkat awalnya aku yang memulakan. Aku tak perlu bercerita apa yang dah berlaku pada diri aku. Yang nyata, berlaku didalam kehidupan bermasyarakat aku di kawasan perumahan aku... Aku amat yakin dgn ketentuan Allah S.W.T akan kebenarannya.. Semoga ditunjukkan jalan yang lebih mulia kepada kawan aku ini.. Mungkin, dia bercita-cita untuk mendapatkan sebarang jawatan utama dalam komuniti? Wallahualam..  aku amat suka dan alu-alukan. Usaha aku didalam memajukan taman aku amat tulus & ikhlas.. hanya isteri aku sahaja yang memahami apa yang ada didalam benak pemikiran aku.. Terpulangla.. Kini, aku bebas,, Tiada berjawatan lagi.. hanya mengikut apa yang dirancang.. semoga Allah memberkati segala apa yang aku usahakan..

Wahai rakan2, mari kita renung-renungkan...


Memfitnah: Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah;

والفتنة أشد من القتل
Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.

Antara sebab-sebab berlakunya perbuatan keji ini;

  1. Wujudnya sifat iblis dan syaitan dalam diri manusia yang tidak senang hati apabila saudara mereka mendapat kesenangan bahkan merasa terhibur apabila saudara mereka ditimpa musibah dan derita.
  2. Makhluk terkutuk sahaja yang tergamak melakukan perbuatan tersebut akibat perasaan iri hati dan hasad dengki (sifat syaitan laknatullah) yang melampau terhadap kelebihan yang ada pada orang lain.
  3. Manusia seperti ini juga mempunyai perasaan takut (pengecut) untuk bersaing dalam menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan cabaran dan halangan, serta memastikan hanya golongan mereka sahaja yang layak berada di tempat teratas.
Akibat mengumpat dan memfitnah;
  1. Hubungan silaturrahim akan terputus, masyarakat kucar kacir, negara tidak akan makmur seperti sebelumnya. Ingatlah barang siapa memutuskan hubungan silaturrahim tidak akan masuk syurga.
  2. Berlaku permusuhan dan huru hara, hidup akan menderita di dunia dan yang tentunya tidak akan terlepas dari azab neraka yang amat pedih di akhita kelak.
  3. Membuka jalan kepada musuh-musuh Islam menghapuskan syiar dan umat Islam.

No comments: