Tasting

Tuesday 29 November 2011

PM.. Keluarkan Senarai Calon Sekarang..

Bergayanya bersama PM - Gambar ehsan FB Zul Subang
Hari ni nak ceghita sikit bab politik...

Sekadar berkongsi idea daripada pakcik wife aku (pakcik aku jugak la kan..) - Dato' Zulkifli Nordin @ Zul Subang.. Seperti dalam FBnya, pakcik aku menyarankan supaya Dato' Seri Najib mengeluarkan nama calon2 untuk bertanding PRU ke-13 sekarang kerana khuatir akan berlaku usaha lobi melobi dan akan menjahanamkan BN sendiri. Bila kita dah tau calon, senang nak menggerakkan jentera parti. Itu pandangan pakcik aku nooo..

Pandangan aku pulak, sama dan amat setuju la dgn pandangannya. Mmg beto PM patut dah keluarkan senarai nama calon la ni.. Tak payah tunggu lagi seminggu nak menamakan calon, baru nak keluar. Hal mcm ni akan mengecewakan penyokong serta calon yang tidak disenaraikan kelak.. Sebagai contoh yg dekat dgn aku ni, la ni Nilai dibwh ADUN DAP. Kuota BN adalah utk MCA. ada dua calon yang disenarai pendek. Kedua-duanya tengah hebat melobi dikwsn masing-masing. Kalau bagi aku, mesti la ada calon feveret aku laa.. Cuba la kita bayangkan, bila salah satu tak dicalonkan.. Mestila kecewa walaupun dalam statement akan diberikan, 'Saya akan menyokong beliau..." mana main maaaa... Hahahaha..

So, harap PM dapat mentranformasikan dalam pemilihan calon dan senaraikan lebih awal..  Okey..

No comments: