Tasting

Tuesday, 27 December 2011

Aku... Pengerusi KRT Perdana College Heights


Suka ka Cuka?

2012 bakal tiba.. Amanah pertama di dalam komuniti.. Dilantik ssebagai Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di taman aku.. Ermm.. Suka? Sedih? Hampeh? Mcm mana nak kata.. Ntah laa.. Dlm satu majlis pemilihan Jawatankuasa KRT sesi 2012-2014, nama aku naik sebagai calon Pengerusi.. Last2 menang tanpa bertanding.. Kenapa aku? Sedangkan ramai lagi yang lebih layak.. Bagi aku, bukan ada apa pada jawatan tu kalau amanah yang diberikan tak dilaksanakan dgn betul.. 

2-3 hari sebelum majlis pemilihan tu, 4 orang otai2 la (umur 60 ke atas) mai jumpa aku.. Ni cerita betoi ni.. Bukan tambah Ajinomoto naaa... Depa dengan penuh pengharapan mahukan aku naik balik sebagai Pengerusi.. 2010 mmg aku Pengerusi Persatuan Penduduk, tapi masuk 2011 aku lepaskan dgn cara baik.. Bila sepanjang 2011, entah apa yang geng2 otai ni nampak, depa buat keputusan nak jugak aku jadi chairman.. Ermmm.. Hangpa rasa aku ni gila jawatan ndak? Aku dah puas menolak.. Aku cakap .. "Haji, sy ni kan dah lepaskan Persatuan Penduduk sy bgtau sy sambung belajaq.. Takkan saya nak ambik pulak jawatan ni... Kang masuk Sinar Harian pulak.. Saya akan bantu semampu yg boleh, tapi dari belakang.. yang bermaksud full support..." Depa kata apa.. "Kami nak hang jugak naik, kalau tak jaga hang..." Adusss!!! Sakit kepala... Last2, aku iyakan ja laaa... Aku amat menghormati sahabat warga emas aku yg begitu berharap.. Tkasih la wahai otai2 PCH.. Sy respect tuan2 semua!!!

Bagi aku, tak ada yg istimewa wpun aku ni Pengerusi KRT.. Selagi aku mampu menguruskan sesuatu, aku akan buat tanpa menyusahkan rakan2 AJK lain.. Walaubagaimanapun, kerja berpasukan amat diperlukan.. harap2 aku dapat melaksanakan amanah yg berat aku pikul ni utk memajukan masyarakat PCH yang terdiri daripada hampir 500 buah keluarga.. Ini la kerja2 sukarela tanpa gaji.. Harap2 ada la 'gaji' di akhirat nanti.. InsyaAllah...

3 comments:

White_roses said...

itu namanya kepercayaan bro..galasla semampu dan seikhlas yang mungkin..

cik ketam said...

tahniah2 chegu..jalankan tugas anda dgn amanah!

Che'gu Anuar said...

WR: Thanks sebab motivasi mcm ni yang naik semangat ni.. hahaha.. Anyway thanks..

Cik ketam: Bereh!!! terus intai blog teman ni yeee utk update apa yang akan dibuat oleh teman & MyTeam.. InsyaAllah.. Go slow n steady Cik Crab..