Tasting

Sunday 21 August 2011

Jom Beli Barang.. Pilihan Di Tangan Kita!!



 Setiap bulan, kita mestila wajib membeli barangan ghumah bagi yang berkeluarga. Kalau bujang pun, ghasanya perlu juga membeli barangan keperluan ghumah. Di musim perayaan ni, tambah2 dah dekat nak ghaya, pasaraya2 besar masing-masing bersaing hebat menawarkan pelbagai tawaran harga yang selalunya depa kata depa la pembekal barang termurah.. Kita sebagai pengguna, berhak untuk menilai yang mana satu KEPERLUAN atau KEHENDAK yang nak kita utamakan.

Kalau di sekitar Nilai ni, ada 2 buah pasaraya besar yang ada iaitu TESCO & GIANT. Pasaraya Giant yang telah mula beroperasi di Nilai ni dan Tesco baru saja menjalankan perniagaannya kalau tak silap aku mulai Februari 2011 yang lalu. Jarak dari rumah aku nak ke kedua-dua pasaraya ni tak la jauh sangat. Lebih kurang 8km saja. Nak bercakap tentang harga, bagi aku sebenarnya sama saja. Sebagai contoh, kalau di Tesco, Sabun Pencuci Breeze dijuai RM20.99(5L), Giant juai RM26.79... Maknanya Tesco lagi murah... Tapi di Giant pulak harga jualan contohnya Susu Pekat Manis F&N RM2.39, diTesco pulak RM3.19... Maknanya masing-masing bersaing untuk menarik pelanggan. Terpulang kepada kita untuk nak pi beli-belah sama ada di Giant atau Tesco atau Mini Market yang berdekatan dengan rumah kita. Kalau di Nilai ni ada kedai kecik2 yg juai lebih murah drpd Tesco/Giant. Contohnya Kedai Rezki (berdekatan dgn Shell berkembar Nilai), Pasaraya CT Extra dan kalau nak murah sikit, try pi Mydin Nilai...

Cuma aku nak berpesan la di atas pengalaman aku... Kalau pi beli-belah di Pasaraya Tesco, bila dah bayar tu, cuba check resit.. Aku dah 4-5 kali terkena dgn penipuan yang tak disengajakan/disengajakan oleh pihak Tesco. Contohnya kita beli Shampoo harga kat rak RM10.89... Tapi bila kita bayar, cashier scan RM13.99... Kalau kita tak check resit betoi2, maknanya kenyang la RM3.10 bg pihak Tesco.. Cuba bayangkan.. itu baru aku sorang.. dalam sehari kalau 500 pelanggan berjaya dikencing sebegini, sebulan dah berapa keuntungan yang tak disengajakan ini. Boleh membeli-belah di Tesco ni, cuma kita perlu semakan yang lebih detail lagi.

'SELAMAT MEMBELI-BELAH SEMPENA HARI GHAYA'

No comments: