Tasting

Thursday 21 April 2011

Aku@Komuniti Perdana College Heights



Aku di Perdana College Heights (atau PCH) ni lebih dikenali sebagai Che'gu Anuar bagi sapa yg mengenali aku. Sekarang, 2011, aku seperti insan lain yang tinggal di PCH. 2-3 tahun yang lalu aku seorang yang terover aktif di dalam komuniti hingga ada dikalangan insan yang kurang senang dengan aku. Takpa.. sebagai sebuah catatan.. aku aku menceritakan serba sedikit latar belakang aku di PCH..

Pada awal 2008, aku telah menyuarakan keinginan untuk berpersatuan penduduk di sini. Aku dgn jiranku, Mizi telah mula usahakan semua ni. Tujuannya cuma satu, bagi membantu mengeratkan perhubungan silaturrahim sesama penduduk. Aku mula memegang jawatan sebagai setiausaha (penaja) pada 2008. Aku telah mengusahakan untuk urusan pendaftaran pertubuhan. Mak aihh.. leceh betoi rasanya.. walaubagaimanapun, akhirnya berjaya juga Persatuan Penduduk Perdana College Heights didaftarkan di Jabatan Pedaftaran Pertubuhan pada Oktober 2008.

Selepas AGM pertama 2009 diadakan, aku terus kekal sebagai setiausaha PPPCH. Mmg jiwa aku ni suka dengan kerja2 kemasyarakatan. Ada saja yang terlintas di fikiran ttg taman aku, terus dail nombor2 tertentu.. bertanyakan ini.. itu dan sebagainya.. bil telefon tok sah nak kira laa... Mcm2 la aku dah usahakan untuk taman disamping sokongan kwn2 taman yang mmg selalu membantu aku. Ajak la ke mana saja.. boleh dikatakan menyokong!! Tkasih kwn2 PCH!!!

Apabila AGM 2010, aku telah dicalonkan sebagai Pengerusi dan seterusnya menang untuk sepenggal jawatan Pengerusi PPPCH. Tp, tugas aku dalam masyarakat aku rasakan masih sama masa aku jd S/Usaha.. aku terus berkhidmat dengan semampu yang mungkin. S/Usaha PPPCH masa ni Bro Zairol.. Ok.. kepala mmg baguih dok ada.. jadi, senang la keja kami.. sepanjang 2010-2011, mcm2 jugakla yang kami usahakan untuk penduduk PCH. Anda boleh masuk http://pppch.blogspot.com untuk melihat antara yang telah aku bersama AJK dah usahakan yang termampu...

Hari ini, aku telah melepaskan jawatan Pengerusi yang mana aku menang tanpa bertanding pada AGM 2011. Aku ingin menumpukan sepenuh perhatian aku pada masa depan aku dalam proses sambung belajaq aku.. Walaubagaimanapun, aku akan terus membantu memajukan PCH ni antara taman yang paling cepat dalam usaha pembangunan prasarana dan sebagainya.. InsyaAllah..

No comments: