Tasting

Tuesday, 9 August 2011

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG @ PCH






 Merdeka!Merdeka!Merdeka!... Walaupun dilahirkan selepas Merdeka, jiwa cintakan negara amat kuat dalam diri aku.. Kesinambungan dari itu, aku telah merencanakan satu aktiviti dgn rakan2 @ PCH untuk bersama 'KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG'... Aku telah mendapat tajaan 20 helai bendera Malaysia bersaiz 3'X6' sejumlah 20 unit. Abg Masri sebagai pengerusi PPPCH pula mendapat lagi 20 helai bendera tajaan juga. Semuanya 40 helai.

Hari Ahad malam lpas, aku roger kwn2 yg boleh bantu.. (Halim, Bro, Razak, Man, Abg Masri, Pak Rashid, Amirul).. kami sama-sama menaikkan bendera Malaysia ni. Cuma 12 helai berjaya digantung sebab tiang ada 12 sajo... Sampai jam 12.45am jugak laaa... pastu sambung pi minum pulak... Esok atau lusa sambung lagi.... Thanks buat semua kwn2 yg membantu....

Anyway, projek menaikkan Jalur Gemilang ni adalah idea spontan aku masa minum2 lepas metting PPPCH ttg jamuan ghaya Jumaat lalu. Sabtu esoknya dah siap beli bendera. Aku mmg suka berfikir bagaimana nak letak PCH ni didepan.. Bila aku tgk Taman Mulia & Pangsa Pajam belum pasang, sebab tu terdetik hati aku untuk MENZAHIRKAN kempen kibarkan bendera ni... Cuma adakalanya kita perlukan kekuatan rakan2 untuk membantu!! Tanpa rakan2 kita tak dapat menjayakan sebarang aktiviti...
Malam ni (Selasa - 9.8.11), aku akan cuba untuk menghello rakan2 untuk membantu menaikkan lagi 28 helai bendera jalur Gemilang untuk kita terus memeriahkan PCH dengan kibaran bendera kebanggaan kita ini...

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN"

*Gambar ehsan dari: FB Perdana College Heights

No comments: