Tasting

Wednesday, 3 August 2011

Sedikit entry utk Komuniti Perdana College Heights

Hari ni genap 6 bulan aku tidak terlibat dalam J/Kuasa PPPCH... Lega mmg lega banyak.. Masa bersama keluarga banyak, kerja sekolah berjalan lancar, urusan OUM beres, bil telefon yg paling ketara jimatnya.. Kalau dulu sebulan bil aku cecah jugak RM150 tapi la ni RM60-70 saja.. Fuh!! Jimat bajet aku... -)

Di taman PCH ni ada KRT & PPPCH.. Kedua-dua pertubuhan ni aku la yg mula mengasasnya untuk masyarakat sini. Selepas KRT dapat suntikan bajet sebanyak dua kali iaitu RM6,000 (sep 2010) dan RM4,800 (April 2011).. Aku amat mengharapkan kekuatan dan kesepaduan dua pertubuhan yang aku mulakan ini dapat berganding bahu serta bekerjasama erat... Namun, apabila sebuah kapal mempunyai 2 nakhoda, ermm.. agak sukar jugak la untuk dikemudi... (cuma pandangan peribadi aku)

Didalam PPPCH sekarang aku cuma sebagai penasihat. Boleh memberikan pandangan serta idea (jika diminta) memandangkan senario penduduk PCH ni aku dpt jangkakan sebab selama 3 tahun aku bersama penduduk. Didalam KRT aku sebagai AJK biasa juga masih boleh memberikan pandangan serta bantuan. Tapi adakalanya aku agak gusar jugak untuk menyatakan pandangan kerana ada yang memandang serong terhadap cadangan aku.. Jadi, buat masa ini aku akan mengikut mana yang baik, dan cuba elakkan perkara2 yang tidak disenangi... Aku akan membantu Abg Masri selaku Pengerusi PPPCH kerana segala jasa dan bantuan Abg Masri pada ketika aku menjadi Pengerusi dulu tidak akan aku lupakan. Utk KRT, aku juga boleh membantu jika masih memerlukan pandangan dan idea yang aku ada.

No comments: