Watak Abdul Rahman Limbong tengah training.. |
21.09.2011... Hari ni budak2 kelas aku 4 Satria berlatih satu drama tentang kemerdekaan sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada hari Selasa depan. Sebenonya, aku ni membantu saja anak murid aku. projek ni diilhamkan oleh bro Hamidi yang mmg otai dalam bab-bab persembahan. Kalau aku ni, mmg 'beku' dan 'kaku' kalau bab2 latih budak berlakon... So, hari ni latihan pertama.. 11 murid yang telah dipilih ni mmg mempunyai sifat keberanian utk tampil ke depan (hasil motivasi aku la ni.. Kahkahkah )..
Pagi tadi, lepas aku tgk depa buat latihan, aku dah buat beberapa adjustment yang aku rasa perlu laa... Kisah ni mengisahkan seorang tukang sapu muzium yang berjumpa satu tongkat sakti.. Bila dia sentuh tongkat sakti kat patung-patung tokoh2 kemerdekaan tu, watak patung tu hidup.. Patung tu akan menceritakan secara ringkas asal-usul dan pengorbanan utk Tanah Melayu masa tu... Ending dia, sama-sama la kita tunggu nooo...
Teruja aku tengok askar Komunis yang dok terbaring tu.. haiyaa!! |
Jadi, balik sekolah saja, aku buat skrip drama yang lengkap utk setiap watak depa.. Semua sekali ada 8 patung, 2 pembaca sajak dan seorang tukang sapu.. 11 dialog aku sediakan utk budak2 ni.. Jenuh jugak la menaip balik supaya budak2 ni senang baca... Tapi penulis asal skrip ni mmg hebat laa.. Aku mmg tak terpikiaq pun nak buat cerita mcm ni.. Bila aku tgk cerita budak2 aku ni, teringat aku filem "Night At the Museum"....
Skrip mula Tukang Sapu |
So, esok Khamis.. depa akan buat latihan lagi berserta dengan pemilihan costum yang sesuai masa hari persembahan. Anyway, aku ucapkan tahniah kat Cikgu Hamidi atas latihan yang diberikan kan budak2 4 Satria dan Tahniah jugak kat 11 peserta persembahan drama ' Semalam di Muzium Merdeka'...
4 comments:
wahh! teringat zaman sekolah dulu2... teringin pulak nak jadik cikgu
cikgu. macam mana nak follow ni. takde button pun
hehehe... tak leh follow? kenapa ye? nanti sy check tgk.. 'gadget follower saya tu mcm problem sikit rasanya.. Al-makumlaa.. buta IT.. Nanti dah ok, sy habaq lain naa.. Dulu2 awat tak mintak jadi chegu? -)
terbaek dato
terbaek dato
Post a Comment