Kenangan Dina 3 tahun |
Hari ni 21 hari umat Islam berposa.. cuma lagi 8 hari untuk mengakhiri Ramadhan 1432H ni.. sebabnya rata-rata yang aku dengar, tahun ni posa cuma 29 hari dan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 30hb Ogos iaitu hari Selasa. Tak sabo juga nak balik kg... Tahun ni perancangan awal kami sefamily akan beraya dulu di Felda Soeharto rumah mentua aku... Tapi last minit ubah sikit plan sebab Kakak Milah aku kata dia nak beraya dulu di Bagan Serai sebab adik-beradik Abg Z balik Sg Siput raya ke-2. Aku follow kakak aku bukan apa, sebab kalau depa takdak, kesian Dina, tak ada kawan masa ghaya tu.. Boleh juga Dina pi beraya dengan sepupu dia.. Syawin, Danish, Faris, Najwa, Alya... Semua tu geng-geng Dina laaa... hehehe.. Tahun lepas banyak jugak Dina bwk balik 'harta' ghaya.. Bukan apa, sekurang-kurangnya ada juga budak2 ni merasa kenikmatan berhari raya.
Hari ni juga sakit aku ni agak ok la sikit.. sebenarnya daripada semalam lagi sepatutnya kami dah sampai Jalan Masjid India nak tengok kemeriahan ghaya dan nak beli-belah sikit lagi.. Banyak dah settle sebelum posa lagi dah.. Jln Masjid India ni mmg tiap2 tahun tak pernah lagi kami tak pi. Lokasi wajib setiap tahun!!! Tahun lepas 3-4 kali juugak turun KL dari Nilai ni. Tahun ni saja sekali pun tak sempat lagi nak pi sebab aku sibuk sgt dgn aktiviti OUM. Sampai naik bosan aku. Tak dapat pi mana langsung setiap hujung minggu. La ni yang agak free sikit.. Bila dah free, aku pulak kena sakit ......... Huh!!! Nak buat mcm mana... sabo ajo laaa...
Petang ni mungkin kami akan ke Jalan Masjid India.. Dan beli-belah sikit.. baju mak & mak mentua dah beres.. Cuma nak beli baju bapak aku saja lagi.. Pastu nak beli kuih ghaya sikit, baju blaus wife aku, air minuman ghaya utk bwk balik kg, dan 3-4 jenis benda lagi.. ( banyak jugak noooo)..
Anyway, thanks a lot buat wife aku yg dah merawat aku dengan baik sepanjang 4 hari aku tak dapat bergerak banyak. Bukan demam.. bukan sakit perut, bukan sakit kepala.. Aku berbangga sebab wife aku mau merawat aku... Thanks sayanggg!!! Tkasih juga buat Dr. Faizal ( Hospital Pakar An-Nur) yang telah memberikan rawatan kat aku.
"Jom pi Jalan TAR"
No comments:
Post a Comment