Tasting

Friday, 16 September 2011

Ivory Villas@Perdana College Heights



Ivory Villas ni mmg bersebelahan sgt dgn kawasan perumahan aku. Lot banglo 2 unit berkembar dgn harga RM748,000.00 ++ rasa aku.. Terletak nun jauh keq atas bukit.. Rumah yang ni mmg 'class' laa... Ialah kan,, padan la dgn harga jualan. Projek ni masih dibawah pemaju Seri Pajam Development. Sapa yang rasa nak beli ghumah ni, bagitau la aku.. Boleh aku bagi special gift.. Hadiahnya aircond 1.0hp sebiji.. kalau melalui aku laa (siap promosi lagi tu, kahkahkah)...

Astro.. Astro..




ASTRO... mmg baguih ada Astro kat rumah ni atau di mana-mana laaa.. Salah satu sebabnya ialah TV kita akan clear.. Jelas nampak muka org, sampai bulu hidung depa pun boleh nampak.. Hahaha... Ialah.. dah berbayar kan?

Yang rasa terkilan sedikit sebabnya baru-baru ni bil astro dah naik. Sebelum naik bil Astro, kerajaan Malaysia minta dikaji dulu tentang kenaikan ni, tapi tup..tup.. sampai saja surat pemberitahuan yang bil Astro dah naik.. Mmg rasa tak patut jugak la sebab benda-benda mcm ni akan mempengaruhi golongan atas pagar yang 50-50 menyokong kerajaan sekarang. Kalau PM umumkan apa sekalipun keuntungan negara ka, pelaburan yang memberangsangkan ka atau berbilion-bilion keuntungan negara sekalipun, tapi kalau 'menekan' rakyat, bagi aku secara peribadi tak guna jugak. Harga barangan keperluan harian di mana rakyat kena berbelanja sepatutnya dikurangkan sedikit pun kira baik la. Sebagai contoh yang paling mudah, dulu kalau kita pi makan KFC / McD, cukai kerajaan yang KITA tanggung untuk bantu kedai makanan segera ni cuma 5%... tapi la ni dah naik 6%... Pikirla sendiri tengok...

Berbalik pada bil Astro aku la, dulu sebelum naik bil aku cuma RM49.90 ( TERMASUK CUKAI KERAJAAN)... Tapi la ni diasingkan cukai kerajaan yang 6% tu.. Sebagai contoh, bil terbaru aku la ni RM55.85 + cukai kerajaan 6% = RM59.30... Kiranya kenaikan aku sebanyak RM9.40.. Itu aku sorang... Berapa juta rakyat Malaysia yang ada Astro... Ntah laa.. kalau yang berpendapatan kecil, macam mana nooo? 

Akhir sekali semoga tiada kenaikan caj TELCO yang kata nak naikkan kos tambah nilai pra-bayar... PM dah bagi ingatan kepada TELCO.. Tapi tak tau kalau senyap2, kita pi kedai nak top-up RM10, kena bayaq RM10.50... naya kita!! Apapun, aku pakai postpaid..Ngeh,ngeh,ngeh... Oklaa... Setakat ni dulu ketidakpuasahatian terhadap ASTRO...

Tuesday, 13 September 2011

Mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri jiran PCH@ Pangsa Pajam

En. Zul (Pengerusi KRT Pangsa Pajam bersama En Hakim (Pegawai Perpaduan)
Sabtu lopeh, (10.09.2011), aku bersama Hj. Azmi, Bro Ashri, Amirul, Pak Hassan n Bang Masri telah mewakili PCH utk bersama-sama dalam Majlis Rumah Terbuka di Pangsa Pajam... Nampak meriah jugak majlis depa ni.. Ghamai penduduk Pangsa Pajam yg turun bersama-sama bergotong-royong memasak juadah utk majlis ghaya depa.

Bagi aku, hubungan antara aku dan AJK Pangsa Pajam takdak masalah. Kami agak mesra. Kalau minum2 di kedai Ani Tomyam, kami boleh minum sekali.. takdak hal punya... Dalam erti kata lain, kami boleh la bekerjasama antara satu sama lain.... Semoga hubungan ini teruih kekal.. InsyaAllah..

Monday, 12 September 2011

Bermula semester September 2011..

Ni gambar contoh je Modul OUM
Semalam, aku dah pi ambik modul aku untuk semester September 2011 OUM... Alamak!!! Bosan gila.. Nak kena mengadap assigment, exam, tutorial dan bla..bla..bla... lagi... Aku ni sejak dari mula masuk OUM, mmg pemalas nak pi tutorial.. Bukannya banyak kali kena pi pun, cuma 5 kali sja satu semester... tu pun pemalas.. Hahahha.. apa la nak jadi... Kadang2 tu, tak pernah pi langsung... Assgment pun hantar on-line.. so, tak payah pi laa... Ini la aku.. dah la tak berapa nak ceghedik.. pemalas pi kelas pulak.. Errmmmm...

Papan Tanda Baru@PCH

USIM.. belok kanan.. 8 KM
Tahniah buat pemasang papan tanda ni.. (rasanya sapa lagi kalau bukan MPN)... Sekurang-kurangnya ada penambahan papan tanda di PCH ni.. Kalau direnungkan betul2, papan tanda ni mmg berfokuskan kepada penghuni dari PCH yang mahu keluar ke arah kiri (ke Mantin ) atau kanan (Nilai).. Jadi, kita dapatla buat anggaran kilometer utk lokasi2 tertentu yang berada di persekitaran kawasan Nilai ni...

Jadi, kepada anda yg baru mengintai-intai utk beli rumah@PCH, inilah salah satu medium untuk perbandingan jarak di dalam kawasan Nilai.... Terima kasih kepada pihak berwajib!!

Friday, 9 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KEMAS Parlimen Seremban

Paling kanan: Hj. Azmi, Pak Rashid dan aku tak kenai sorang tu..
Terima kasih byk2 buat teman2 aku yg otai2 yg merupakan bekas AJK aku dulu... Semuanya mmg baguih.. Kalau ajak ke mana-mana sahaja, kalau 5 kali ajak.. 1 kali ja kot yg tolak atas ada urusan lain... Aku saluteeeeeee!!!!



Ni dia org2 kuek PCH : Kiri: Pak Rashid, Hj Azmi dan Dato Halim... Tkasih bro!!

SK Puchong Jaya Dalam Memori

Maafla kalau 3-4 entri sebelum ni dok berceghita pengalaman saja.. Bukan apa, kekurangan cerita baru.. Belum sampai masanya cerita menarik.. So.. Kali ni aku nak menceritakan sikit la pengalaman aku BERTUGAS di SK Puchong Jaya (sekolah pertama bertugas)... 18.06.2001.. Tarikh mula aku melaporkan diri di SK Puchong Jaya.. Untuk makluman hangpa semua, aku mai dari Pulau Pinang ke Puchong naik motor EX-5.. No Plat dia PDD8814 (kenangan gila tu)... Sebab apa mai naik moto.. Senang nak pi mana-mana pun.. Dengan beg besaq, radio dan segala mcm la ada dalam beg aku.. Sebelum bertolak, jumpa dulu awek aku (bini aku la skrg - hehehe).. "abg pergi dulu ye darling... nanti abg balik.." wawawaawa.. Berlakulah drama swasta.. Sedih jugak masa tu.. Tapi nak bt mcm mana.. Dah nak bertugas...

Sampai Puchong aku terus ke rumah sepupu aku@Puchong Perdana.. 3 hari ja aku dok ghumah dia.. seganla sebab dia pun dok rumah flat.. tak selesa kot.. jadi, aku ambik keputusan untuk pindah duduk di sekolah.. Sebelum tu aku dah kawtim dgn bos aku.. Dia kata OK.. Maka berpindah la aku dok di dalam sebuah bili di tingkat 3 blok B.. Cuba la hangpa bayangkan.. Aku dok sorang2 tak ada pengawal masa tu.. Huhuhu.. mcm2 perasaan la ada... Rasa mcm susah jugak la dok jauh dgn mak pak ni... Blik aku aku besaq jugak, tapi kosong ja la. Yg ada tilam, radia, almari plastik.. Itu saja... Maybe ada yg lebih sedih kot..

Selama 8 tahun di SK Puchong Jaya.. Mcm2 kenangan yg aku dapat.. Tapi kenangan yg indah bila aku jadi Pengerusi Kelab Guru sekolah pada 2007... Aku mmg giat tahap Gaban jugak laa.. ada la kutu yg nak kenakan aku.. Nah!!! Ambik.. Aku bg service baik punya.. Antara yg aku rasa berbaloi bila dapat 5 biji komputer sumbangan Petronas (KLCC).. Satu biji dok dlm stor sukan (pejabat aku)... Pastu yg paling baik punya.. Ermm.. mmg aku ni mungkin suka menggembirakan org lain.. Masa Annual Dinner.. Aku antara Pengerusi ke-2 yg buat jamuan di sekolah. Ada yg kata tak Class.. Lantak la.. Aku panggil kwn aku bukak stall Char Koay Teow, panggil stall cendol.. Makan mmg tak habihhh... Hadiah cabutan pulak? Utama -TV21 inci, DVD Player, HP Nokia, dan semua la peralatan eletrik.. Kak Ayu dapat TV.. Kak Fizah dpt Handphone.. Cuba tanya depa.. Seghonok tak? Semua hadiah tu aku beli sikit2 dari suku tahun 2007... Bila aku tgk ada offer, aku pun bwk la wife aku pi tgk & beli.. Wife aku mmg suka bab membeli n membalut.. Semua hadiah dia yg balut... Sebab tu aku syg sgt dgn wife aku (sapa tak syg bini oiiii)... hahahahhaha... Itu la antara pengalaman aku, kalau nak cerita mmg banyak lagi, next entri la pulak...

Tahun 2008, aku minta tukar ke N9. Dah tak tahan berulang dari Nilai ke Puchong.. Akhirnya, bermula 3.1.2009 brtugasla aku di SK Desa Jasmin, Nilai sampai ke hari ini....

Thursday, 8 September 2011

Pengalaman Awal panggilan Che'gu..

Saja aku nak berkongsi ceghita aku masa mula-mula jadi che'gu...

Mula masuk maktab 1998.. So, first praktikum aku bulan Januari 1999.. Aku memilih SK Sg. Gelugor sebagai destinasi pertama aku utk 2 minggu berkampung di SK Sg. Gelugoq.. Aku bukannya ditugaskan utk mengajaq pun.. Cuma buat la folio pasai sekolah tu.. Namun, dalam meeting pertama bersama G.Besar.. Rasa teruja jugak sebab selalunya di sekolah dengaq chegu kata.."Kamu duduk dalam kelas diam-diam, cikgu ada meeting"... hahahah.. Tapi kali ni aku sendiri yg meeting dgn GB.. Fuhhh.. Terujaa nyaa.... Ada satu hari aku kena gantikan sejam waktu cikgu yg tak mai sekolah... AAlamak... Mcm nak pengsan.. Berpeluh aku jaga 35 orang budak2.. Terpaksa roger kwn aku mai teman... AKu segan bila ada budak2 panggil aku cikgu... Pastu kelas bising gila.. Mcm market.. hahahha.. Poyo betoi... Tp mmg itu realitinya.. Aku tak sangka aku jd "chegu"...

@SK Sg Gelugor 1999 bersama Ezani (skrg Dato Ezani) n anak Pak Man ( Fahmi )


Sekolah kedua aku berpraktikum ialah SK Seri Permai, Bayan Baru, Pulau Pinang.. Di sekolah ni aku ada 6 minggu sahaja... Kali ke-2 masuk sekolah ni agak ok sikit.. Tapi hari mula masuk dah demam.. Berpeluh dahi.. Tak banyak kenangan sgt.. Cuma yg lawaknya cikgu2 laki sekolah di bilik guru dia bwh tangga.. Hahahha...

Praktikum aku yang terakhir masa Semester 6 (sem akhir).. Ni paling lama.. 5 bulan.. Sekolah pilihan aku ialah SK Sungai Korok, Balik Pulau... Sekolah ni mmg best laaa.. Suasana kampung.. Dkt sangat dengan laksa Pokok Asam (semnagkuk 50sen) ...Kali ni takdak masalah lagi utk mengadap budak2... Yg mana buat lecey, aku 'petik' ja.. Selama 5 bulan aku berulang saja dari rumah aku di Batu Maung.. Alaa.. Naik motor lebih kurang 40 minit sampai.. Lagipun jalan Balik Pulau ni mmg aku dah expert sebab 2 tahun dok berulang dari rumah ke SM Vokasional (masa tu) Balik Pulau.. Jadi, mana jalan yg kona-kona semuanya line clear.. Ramai member2 aku yg menyewa di Balik Pulau.. bagi aku buat apa nak menyewa.. Save bajet.. Hahahaha...


Kenangan masa di maktab.. Fanatik betoi dhn Penang FootBall team.. Hahaha

Wednesday, 7 September 2011

10 Tahun Berlalu...

Pada 01.07.2011 lepas, genaplah 10 tahun aku berkhidmat sebagai guru@ chegu.. Hahahha.. pejam celik dah sedekad jadi cikgu.. Alhamdulillah... Bagi geng-geng cikgu, bila dah capai 10 tahun saja, maka terblink la mentol di kepala sebabnya kenaikan gred secara 'time-based'... Kalau utk kakitangan awam lain, tak tau la pulak aku... Yg aku tau utk cikgu yg gred DGA29... bila dah cukup 10 tahun service, ada la anjakan gaji.. Banyak jugak la.. Kalau hangpa semua nak tau, kenaikan dalam RM424.00... Menjadikan RM2416.00... Kecik kan gaji cikgu??? Ni pun dah DG32, kalau DGA29, lagi la kecik.. Kalau masa aku mula-mula keja dulu lagi la.. RM862.40 gaji basic.. Pergghhh.. Merana la jugak dok kat Kolumpo niii...Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T setakat hari ni.. Alhamdulillah... Dapat jugak aku jadi cikgu dalam urusan penyampaian ilmu kepada anak-anak bangsa aku..

Hasil didikan chegu.. Cuba hangpa tengok murid aku ni? Berbaloi tak? -)
Kenangan Bekerja waktu Bersekolah..

Dulu, aku mmg tak suka bila dengar bapak & mak aku kata.. "minta la cikgu.. hang nak gheja apa lagi..?".. Uihhhhh... mmg menyampah sangat jadi cikgu... Aku ni datangnya bukanlah dari family yg senang... Tapi, aku ni jenis manusia yg tak suka menyusahkan mak bapak... Aku ingat dulu.. Waktu Tingkatan 1, aku dah mula bekerja part-time kat kantin Jabatan Perikanan (sebab aku dok kuaters).. Aku menolong Mat Zain meniaga kantin.. Hari-hari aku keja.. Pukui 7.00 pagi aku dah pi, balik pukui 11.30pagi mcm tu sebab masa Form 1, aku sekolah sessi petang.. Dapat gaji RM4.00 sehari.. bagi aku dah cukup besaqlaa tu.. Hahahha... 

Nak dijadikan ceghita, bisnes Mat Zain amat mendukacitakan sampai dia tarik diri daripada meniaga kantin sebab kurang mashuk betul.. mmg aku akuinya... Jadi, aku jd 'pengangur'... Tak lama kot lepas tu, masa Form 1 jugak, aku jadi assistant taukeh roti canai pulak. Kak Pah, jiran selang sebuah ghumah aku ni mula meniaga roti canai di Pekan Batu Maung. Dia minta tolong aku untuk bantu dia. Keja aku, bungkus roti, kuah, basuh pinggan, kadang-kadang cover jugak roti atas kuali leper dia tu.. Cuma ilmu tebar roti saja yg tak sempat aku belajaq... Hahahha.. Mcm biasa, jam 7.00am aku dah kayuh basikal ke Pekan Batu Maung.. Aku rasa la, tak banyak la budak Form 1 yg mcm aku sanggup tinggalkan katil utk pi keja... Gaji aku lebih sikit.. RM6.00 sehari.. sebelum balik mesti dapat upah... Syok oooo... Pi sekolah mmg mewah la membeli.. tapi ada jugak yg aku menabung.. Kadang-kadang barang sekolah yg urgent2 ni aku pakai duit tu saja... Lama jugak laa aku keja dgn kak Pah..

Lepas SPM..

Diringkaskan cerita, lepas SPM aku pernah bekerja di kilang Robert Bosch (tepi pantai Seagate).. Kilang ni buat lampu kereta Proton.. Aku bekerja di bahagian Laquer.. Mmg bau baik punya.. tak tahan jugak.. Gaji basic aku RM440.00 pada masa tu... Tup..Tup..Tup.. aku dapat offer Form 6.. Di Balik Pulau.. Aku malas jugak nak pakai uniform balik, tapi atas desakan orang tua aku, aku pi jugak laa... Tapi mmg tak syok betoi... Mcm hampeh... 

Sebelum pi Form 6, aku ada dapat temuduga bertulis cikgu. Utk makluman, semua urusan mohon jadi cikgu ni bapak aku yg uruskan.. Ambik borang - bagi aku borang - hantaq borang.. Semua dia buat.. Cuma dia bagi kat aku borang, dia kata 'Nuar, hang isi saja... siap isi bgi balik kat pak'.. sampai mcm tu sekali.. aku dengan malasnya isi la jugak dgn cara main2... dapat jugak panggil interview.. aku betoi2 frust.. Pasai apa panggil jugak ujian bertulis.. Aku pi buat ujian, selamba ja jawab soalan objektif.. Masa mmg tak cukup.. dengan harapan kantoi.. Punyala teruk aku ni masa tu... Last2 panggil jugak interview lisan.. Aku dapat temuduga di MPPPP, Gelugor.. mak pak aku punyala suka.. aku? menggigil nak pi inteview.. Akhirnya aku sendiri yg berdoa supaya permohonan masuk maktab aku dapat sebab masa tu dah menyampah dgn Form 6... Hari-hari tgk peti surat.. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku masuk maktab perguruan di Gelugor, MPPPP... Aku masuk maktab 02.07.1998 - 2001.... Batch ke-3 Diploma Pendidikan Malaysia..

Sekarang....
Aku amatlah berterima kasih kat mak pak aku yg bersusah payah nak aku menjadi seorang guru.. Nahh.. skrg aku dh jadi cikgu.. Kalau di kawasan Perdana College Heights ni, mmg semua kwn2 atau musuh2 aku tetap panggil aku 'Chegu Anuar'... Alhamdulillah...

Monday, 5 September 2011

Jamuan Hari Raya@147




Tahun ni, kami berjaya juga buat Jamuan Ghaya (segan nak panggil Open House sebab bt kecik2 ajo)... Aku buat jamuan ni pada Ahad Raya ke-5.. Aku cuma jemput kwn2 jiran yg terdekat saja.. nak panggil semua bajet pun kurang.. Tunggu la bulan November mungkin aku buat kenduri (sebab naik pangkat - hahahaha) InsyaAllah.. Kepada kwn2 yg aku tak jemput tu, jangan la kecik hati... Tapi kalau nak mai rumah aku bila-bila pun tak apa.. Takdak hal... 

Jamuan ghaya ni pun bukannya dirancang pun.. Sabtu malam mcm teringat pulak nak buat.. Ahad pagi teruih pi beli barang2.. Menu kali ni wife aku masak Mee Kari dan Meehon Goreng saja.. Yang lain2 tu biasa laa.. Kuih Raya, buah tembikai dan ayor oren terbaekkk!! Hahahaha.. Antara kawan2 jiran yg mai rumah aku.. Mula-mula Abg Kamal & Family, Hj Azmi, Bro Ashri & Family pastu Mahathir & Family.. Tu belah petang... Masuk lepas Maghrib.. Pak Rashid & Umi, Ustaz Ikmal Zaidi (Mursyid Imam Muda 2011) & Family, Amir & Family, Mizi & Family, Azmin Shah & Family, Amirul.. Boleh dikatakan semua yg aku jemput mai kecuali jiran aku Alias yg tak balik lg dari Pahang... Aku rasa happy sangat sebab boleh jemput kwn2 mai ghumah sambil ziarah sambil ramah-mesra... 

Lepas ni giliran aku pulak pi beghaya kat rumah kwn2@PCH pulak.. Tungguuuuu iyooooo!!!!!

Note: Sorry, gambar langsung tak sempat shoot sebab bz sangat.. I/m sorrrrrrryyyyyy!!!