Tasting

Wednesday, 7 September 2011

10 Tahun Berlalu...

Pada 01.07.2011 lepas, genaplah 10 tahun aku berkhidmat sebagai guru@ chegu.. Hahahha.. pejam celik dah sedekad jadi cikgu.. Alhamdulillah... Bagi geng-geng cikgu, bila dah capai 10 tahun saja, maka terblink la mentol di kepala sebabnya kenaikan gred secara 'time-based'... Kalau utk kakitangan awam lain, tak tau la pulak aku... Yg aku tau utk cikgu yg gred DGA29... bila dah cukup 10 tahun service, ada la anjakan gaji.. Banyak jugak la.. Kalau hangpa semua nak tau, kenaikan dalam RM424.00... Menjadikan RM2416.00... Kecik kan gaji cikgu??? Ni pun dah DG32, kalau DGA29, lagi la kecik.. Kalau masa aku mula-mula keja dulu lagi la.. RM862.40 gaji basic.. Pergghhh.. Merana la jugak dok kat Kolumpo niii...Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T setakat hari ni.. Alhamdulillah... Dapat jugak aku jadi cikgu dalam urusan penyampaian ilmu kepada anak-anak bangsa aku..

Hasil didikan chegu.. Cuba hangpa tengok murid aku ni? Berbaloi tak? -)
Kenangan Bekerja waktu Bersekolah..

Dulu, aku mmg tak suka bila dengar bapak & mak aku kata.. "minta la cikgu.. hang nak gheja apa lagi..?".. Uihhhhh... mmg menyampah sangat jadi cikgu... Aku ni datangnya bukanlah dari family yg senang... Tapi, aku ni jenis manusia yg tak suka menyusahkan mak bapak... Aku ingat dulu.. Waktu Tingkatan 1, aku dah mula bekerja part-time kat kantin Jabatan Perikanan (sebab aku dok kuaters).. Aku menolong Mat Zain meniaga kantin.. Hari-hari aku keja.. Pukui 7.00 pagi aku dah pi, balik pukui 11.30pagi mcm tu sebab masa Form 1, aku sekolah sessi petang.. Dapat gaji RM4.00 sehari.. bagi aku dah cukup besaqlaa tu.. Hahahha... 

Nak dijadikan ceghita, bisnes Mat Zain amat mendukacitakan sampai dia tarik diri daripada meniaga kantin sebab kurang mashuk betul.. mmg aku akuinya... Jadi, aku jd 'pengangur'... Tak lama kot lepas tu, masa Form 1 jugak, aku jadi assistant taukeh roti canai pulak. Kak Pah, jiran selang sebuah ghumah aku ni mula meniaga roti canai di Pekan Batu Maung. Dia minta tolong aku untuk bantu dia. Keja aku, bungkus roti, kuah, basuh pinggan, kadang-kadang cover jugak roti atas kuali leper dia tu.. Cuma ilmu tebar roti saja yg tak sempat aku belajaq... Hahahha.. Mcm biasa, jam 7.00am aku dah kayuh basikal ke Pekan Batu Maung.. Aku rasa la, tak banyak la budak Form 1 yg mcm aku sanggup tinggalkan katil utk pi keja... Gaji aku lebih sikit.. RM6.00 sehari.. sebelum balik mesti dapat upah... Syok oooo... Pi sekolah mmg mewah la membeli.. tapi ada jugak yg aku menabung.. Kadang-kadang barang sekolah yg urgent2 ni aku pakai duit tu saja... Lama jugak laa aku keja dgn kak Pah..

Lepas SPM..

Diringkaskan cerita, lepas SPM aku pernah bekerja di kilang Robert Bosch (tepi pantai Seagate).. Kilang ni buat lampu kereta Proton.. Aku bekerja di bahagian Laquer.. Mmg bau baik punya.. tak tahan jugak.. Gaji basic aku RM440.00 pada masa tu... Tup..Tup..Tup.. aku dapat offer Form 6.. Di Balik Pulau.. Aku malas jugak nak pakai uniform balik, tapi atas desakan orang tua aku, aku pi jugak laa... Tapi mmg tak syok betoi... Mcm hampeh... 

Sebelum pi Form 6, aku ada dapat temuduga bertulis cikgu. Utk makluman, semua urusan mohon jadi cikgu ni bapak aku yg uruskan.. Ambik borang - bagi aku borang - hantaq borang.. Semua dia buat.. Cuma dia bagi kat aku borang, dia kata 'Nuar, hang isi saja... siap isi bgi balik kat pak'.. sampai mcm tu sekali.. aku dengan malasnya isi la jugak dgn cara main2... dapat jugak panggil interview.. aku betoi2 frust.. Pasai apa panggil jugak ujian bertulis.. Aku pi buat ujian, selamba ja jawab soalan objektif.. Masa mmg tak cukup.. dengan harapan kantoi.. Punyala teruk aku ni masa tu... Last2 panggil jugak interview lisan.. Aku dapat temuduga di MPPPP, Gelugor.. mak pak aku punyala suka.. aku? menggigil nak pi inteview.. Akhirnya aku sendiri yg berdoa supaya permohonan masuk maktab aku dapat sebab masa tu dah menyampah dgn Form 6... Hari-hari tgk peti surat.. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku masuk maktab perguruan di Gelugor, MPPPP... Aku masuk maktab 02.07.1998 - 2001.... Batch ke-3 Diploma Pendidikan Malaysia..

Sekarang....
Aku amatlah berterima kasih kat mak pak aku yg bersusah payah nak aku menjadi seorang guru.. Nahh.. skrg aku dh jadi cikgu.. Kalau di kawasan Perdana College Heights ni, mmg semua kwn2 atau musuh2 aku tetap panggil aku 'Chegu Anuar'... Alhamdulillah...

2 comments:

mashukkk said...

Terbaek..panjang jalannya sblm bergelar che'egu..mak pak ang mmg dh nmpk dr awai apa yg terbaik utk ang..

Che'gu Anuar said...

Itu la Bro Mashukkk... Dah rezeki jd chegu.. Tp pilihan mak pak aku mmg tepat.. Tak dpt dinafikan laaa...