Ehsan Tuan Google - Gambar Hiasan Sahaja |
Salam blogger n sahabat2 yg dikasihi.. Mood nak berblogger semakin menurun nihh!! Emm..
Tugas aku sebagai Chegu Disiplin bermula.. 18.01.2012 yang pertama.. Ada sepasang ibu bapak ni mai buat report anak dia darjah 3 dipenaya kawan.. Ada ka patut budak sorang ni masukkan ubat pensel tekan kat dalam bekas air anak dia.. Pastu, anak dia pun minum air tu.. Apa lagi, rasa la ketajaman ubat pensel tu.. Mak dia mcm nak maghah jugak la.. Aku n bos bersama parent tu bincang la elok2.. Jam 10.30am aku turun buat siasatan.. (mcm CSI daaa).. Panggil suspek dan soal dia.. Mula2 mmg la tak mengaku, tapi kaedah pujuk aku agak menjadi jugak laa.. Last2 suspek kata kat aku .. "Chegu, kalau saya mengaku, chegu maghah tak?" Huh!! Dalam hati aku, tau takut.. Kahkahkah.. Aku tak sentuh lgsung budak ni.. Just tinggi suara sikit n amaran akhir la.. Akhirnya jam 11.23am tutup kes!! Satu salinan report aku diberi pada parent tu melalui anak dia.. dan aku jugak sms bgtau.. Selesai kes -1
Kes-2: 19.01.2012.. Ada sorang budak tahun 5 hilang kasut bola pada 18.01.2012... Esoknya aku buat siasatan jugak.. Sebab apa segera? Sebabnya, budak yg hilang kasut ni abg pada budak kes-1 aku.. Hahaha.. Kalau aku tak siasat, maybe lagi panas la mak ayah dia.. So, lepas perhimpunan, kwn aku Chegu Fairuz kumpul semua budak laki tahun 3,4,5,6.. Ramai jugak tu, rasa aku hampir 300.. Mcm mana aku nak detect pencuri ni..? Pening jugak.. 5 minit aku bertanya mangsa bila, dimana, dan sebagainya, aku dpt firasat budak kelas dia yang rembat.. Diringkaskan cerita.. Mangsa letak kasut bola dalam beg.. Pastu 'shock off' sikit kt kwn.. Hilang sebelum waktu Ko-Kurikulum petang.. So, dah pasti la budak kelas dia yg ambik.. Aku tarik keluar semua budak laki kelas dia.. ada la dalam 17 orang.. Sapa la yg aku nak gertak?? Adoiii.. Dgn kemahiran CSi yg ada, aku nak test market dulu.. aku panggil 4 org yg muka agak tak bole percaya laa.. Hahaha.. Dalam 4 yg aku tarik mmg mengena sorang.. Mat Sentul rupanya.. Mula2 tak mengaku, siap sumpah!! Kaedah pujuk lagi.. aku kata.. "Hang ckp la betoi2, kalau ambik bg la balik kat chegu, no rotan.. Chegu belanja hang makan lagi.. janji bgtau yg betoi n pulangkan kasut tu... Kalau hang tipu, 10 sebat aku bagi..."
Dia pikiaq panjang jugak.. Last2 dia kata dia ambik.. Dia kata ada kat beg dia kot.. Aku suruh ambik, cheh!! Kencing aku.. beg dia kosong.. Pastu dia kata, 'Eh chegu, sy letak bwh meja kelas.. Aku suruh dia pi, cheh!! Takdak la chegu... Dia kata.. Kena kencing aku kali ke-2.. Hampeh.. Licik betoi budak ni!!
Diringkas cerita, aku gertak dia suruh dia jwb elok2.. Aku bagi masa 5 minit suruh dia pikiaq.. Aku pi ambik angin dulu.. lepas 5 minit.. Dia kata.. "Ha chegu, dah ada jwpn.." apa? Sy minta maaf chegu.. sy yang ambik.. ada di rumah kasut tuuu.. Siap peluk aku.. Fuh.. itu yg tak tahan.. Aku tak marah dia, aku ajak dia balik ghumah dia pi ambik.. Bila sampai rumah dia, rumah kunci, mak dia takdak.. Aku suruh dia cerita dari mula mcm mana dia ambik.. Dia pun ceghitaa... Begini kesahnya..
Saya ambik dr beg dia, letak bwh meja dulu.. Habis KoKurikulum petang, dia ambik kasut tu.. masuk dlm plastik - gantung kat handle basikal.. Sampai rumah,, dia letih.. tidoq dulu.. dlm jam 6petang dia pi taman permainan dgn abg dia.. Dia test kasut tu.. BESAQ!!! Abg dia kata kasut tak ori, ko pi bagi balik la kat budak tu.. Dia bwk balik ghumah.. letak bwh katil.. Tpi hari ni dia lupa nak bwk mai sekolah... Itu la cerita dia...
Panjang sgt cerita.. letih laa.. Ringkaskan laa.. Akhirnya kasut tu dijumpai di sekolah.. Dia simpan kat satu kelas Tahun 3... Tuuuu diaaaaaaaaa... Hancing aku satu badan kena kencing dgn dia.. Ikut hati aku, mmg aku nak sebat jaa.. Tapi sebab mak dia pun dah mai sekolah.. So, siasatan aku selesai dalam masa 4 jam.. Fuh!!!! Lega aku... Tak sangka, dari 300 suspek.. bwk ke 17 suspek.. sampai dapat jugak si perembat ni!!!
2 comments:
cayaaa laar chegu...ade gaye nak korek rahsia...tp...kna kencing juga....budak2...ade cara utk mereka...smile yea chegu...
Hahaha.. semua kena kencing cik ain ooii.. dgn Guru Besaq pun sama.. Dia kata kt GB, "Kali ni saya cerita jujur..".. Kena jugak kencing.. Bg chance la kat budak ni.. Next time, pelempang ajo lee..
Post a Comment