Tasting

Wednesday, 27 July 2011

Ramadhan Oh Ramadhan!!!!

Minggu depan 01.08.2011 bermula la bulan Ramadhan. Tahun ni adalah tahun yg ke-4 dan kali yg ke-5 aku berpuasa di PCH. So far sama saja berpuasa ni.. tak kisah dimana-mana... Yang penting, harus kita renungkan ialah KUALITI atau KUANTITI kita berpuasa? Jadi, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna serta mendapat barakhah daripada Allah S.W.T... 

Bercakap tentang bazar Ramadhan kat area Nilai ni, huh!!! mmg tak bertenaga langsung.. tahun 2010 dulu, sepanjang bulan puasa, aku rasa dalam 2-3 kali saja g bazar Ramadhan. Sebab apa, TAK SEDAP & MAHAL!!!.. Baik suruh bini aku masak lagi baguih.. lagi sedap.. lagi menyelerakan.. ikutkan penat memang la penat!Iya la, balik keja teruih masak.. Kesian jugak kat syg aku ni.. tapi, nak buat mcm mana, dah tak lalu makan luar.. kecuali la bukak posa kat luar.. Di Nilai ni kalau buffet Ramadhan yang agak harga berpatutan ialah Staffield Golf & Country Resort... jalan dari PCH nak ke Beranang.. Tahun 2010 buffet ramadhan kalau tak silap aku dalam RM32.00 untuk dewasa.. Boleh la layan... Tak pun, pi layan ikan bakar kat Bagan Lalang ok jugak..

InsyaAllah, semoga aku diberikan kekuatan untuk terus menambahkan amal ibadat sedia ada di bulan Ramadhan yang mulia ini.

"SELAMAT BERPUASA"

No comments: