Tasting

Saturday, 30 April 2011

Semalam@Cameron Highland

Anak den tengah buat PROMOSI!!!

Mari..Mari..Mari!!!!
Hari ni aku sefamili balik ke Felda Soeharto sebab dah sebulan setengah tak balik. Lagipun ada cuti 3 hari sempena Hari Pekerja. Jadi, bolehlah langkah panjang sikit. Tup..Tup..Tup teringin rasanya nak bermalam di Cameron Highland.. Sebabnya cuaca kat bwh ni mmg panas sangat pada masa la ni. Jadi  rasanya ada la dalam 20-25 hotel aku try call.. hampeh.. semuanya fully booked!! Dari hotel yang 5-star sampai la hotel Cap Ayam.. pun penuh. Selepas buat panggilan ke 26, dapatlah satu hotel ni. Nama hotelnya Hotel Wira Awan. Harga boleh tahan.. RM150 semalam dengan bilik 2 katil queen. Jadi, lepas survey tgk ghupa hotel ni, aku belasah sajalah... janji lepas hajat nak bermalam di CH... Cadangan asalnya nak p dgn kakak2 aku ( k.milah & k.ina), tapi tak jadi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan...

Sabtu jam 11am, bertolak dari Felda Soeharto.. Teringin rasanya nak ikut laluan Simpang Pulai. Ada kwn2 bagitau jalan besar dan selesa. Cuma jauh sikit saja... So, aku pun try la.. sampai kat Pekan Tapah, aku tgk papan tanda Brinchang lagi 64km.. aku nak try buat perbandingan antara ikut Simpang Pulau & Tapah kalau kita dari arah KL. Rupa2nya.. sangkaan aku ternyata amat meleset!!!! dari Tapah ikut Simpang Pulai utk ke Cameron Highland milegenya sampai 128km untuk sampai Brinchang. Mak Aihhhhh!!! Mmmg tak berbaloi.. Tapi nak bt lagu mana... dah sampai.. okla.. aku sampai kat hotel jam 3.05 petang. Dengan jln jem sgt. Maklumlah cuti umum.

5.00pm kami bergerak ke Pasar Malam. Punya la syok beli-belah kat Pasar Malam ni... Murah2 la jugak dan byk yang segar2. Contohnya, aku beli jagung yang saiznya XL, 8 batang = RM10.00, sayur fresh 8 paket = RM10.00... My wife amat teruja dgn rasa strawberry cokelat.. sedap betul katanya.. tp, aku x minat sgt...

Tido malam sejuk betoi... menggigil dibuatnya... syok betoi la sapa yang dok kat CH ni..

1 comment:

_killer_ said...

ada harapan nak dpt baby baru next year tu bro..almaklumlah..sejuk2 gitu....wakakakakaaa