Tasting
Tuesday, 29 November 2011
PM.. Keluarkan Senarai Calon Sekarang..
![]() |
| Bergayanya bersama PM - Gambar ehsan FB Zul Subang |
Hari ni nak ceghita sikit bab politik...
Sekadar berkongsi idea daripada pakcik wife aku (pakcik aku jugak la kan..) - Dato' Zulkifli Nordin @ Zul Subang.. Seperti dalam FBnya, pakcik aku menyarankan supaya Dato' Seri Najib mengeluarkan nama calon2 untuk bertanding PRU ke-13 sekarang kerana khuatir akan berlaku usaha lobi melobi dan akan menjahanamkan BN sendiri. Bila kita dah tau calon, senang nak menggerakkan jentera parti. Itu pandangan pakcik aku nooo..
Pandangan aku pulak, sama dan amat setuju la dgn pandangannya. Mmg beto PM patut dah keluarkan senarai nama calon la ni.. Tak payah tunggu lagi seminggu nak menamakan calon, baru nak keluar. Hal mcm ni akan mengecewakan penyokong serta calon yang tidak disenaraikan kelak.. Sebagai contoh yg dekat dgn aku ni, la ni Nilai dibwh ADUN DAP. Kuota BN adalah utk MCA. ada dua calon yang disenarai pendek. Kedua-duanya tengah hebat melobi dikwsn masing-masing. Kalau bagi aku, mesti la ada calon feveret aku laa.. Cuba la kita bayangkan, bila salah satu tak dicalonkan.. Mestila kecewa walaupun dalam statement akan diberikan, 'Saya akan menyokong beliau..." mana main maaaa... Hahahaha..
So, harap PM dapat mentranformasikan dalam pemilihan calon dan senaraikan lebih awal.. Okey..
Monday, 28 November 2011
Misteri Sang Buaya@Putrajaya
| Ni info kepercayaan masyarakat Orang Asli tentang buaya |
| Replika buaya Puchong |
1. Pameran ni di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya
2. Bayaran masuk RM2.00 utk dewasa dan RM0.00 utk kanak2.
3. Boleh bwk masuk kamera utk snap berapa banyak yg hangpa mau..
4. Selain buaya, ada juga pameran haiwan2 lain yang telah diawet.
Layanzzzzzzzz nooo..
Sunday, 27 November 2011
Adakah satu keperluan atau kehendak?
Ekslusif daripada Maxis buat anda yang terpilih... Fuyooo.. Baik punya ayat dr Maxis.. Teruja aku!!
Jumaat lepas, dpt surat dr Maxis.. Disebabkan aku n cik puan aku pakai Maxis Postpaid, so ditawarkan kepada aku telepon bimbit (henpon laa) secara PERCUMA!!! FREE tuuuu... Mmg FREE pun.. Tapi org biz, nak bg free pun dia akan make sure dia pun kaut untung jugak..
Mcm ni cerita dia.. Dia offer Handphone FREE, pilih antara satu HTC ada 2 jenis, NOKIA ada, Samsung Nexus ada.. dengan syarat kena ambik pakej Mobile Internet dgn bayaran bulan RM78 utk kuota 3GB.. Pastu ada kontrak 24 bulan pulak tu.. So, mula-mula agak teruja la sebab hp aku la ni mmg baru tapi kalau hangpa tgk.. mseti gelak punya.. Nanti kat bwh sikit hangpa tgk hp aku nooo... Bila dipikir2, ambik la sebab HP mmg Maxis bagi FREE, pastu RM78 sebulan tu kira save RM10 sebab yang biasa pakej utk Mobile Internet RM88 utk 3GB.. Jdi aku byr pun utk aku yg guna internet jot telepon.. Adil la kan... Ada la 83 kali dok pikiaq nak ambik ka tak mau..
Petang td, aku pun pi la Alamanda Putrajaya.. Pi Maxis Center tanya lanjut.. Ternampak pulak iklan FREE henpon utk Kakitangan Kerajaan bila daftar Broadband.. Sekali lagi teruja.. Pakej tu RM50 utk kuota 3GB B/band.. Murah laa... La ni aku pakai RM68 utk 3GB.. Save RM18 sebulan.. Dpt Balckberry FREE pulak.. Bila ditanya lanjut, ada kontak utk B/band 12 bulan dan Postpaid aku akan dijatuhkan hukuman kontrak 24 bulan kalau aku setuju... Bila dikaji2, mcm nak kencing aku ja si Maxis niii... Dgn perasaan haghu-biru, kami pun start enjin kegheta, blah laaa.... CANCEL!!!!
Kesimpulannya, sebenarnya Handphone FREE tu cuma satu KEHENDAK saja BUKAN KEPERLUAN pun.. Kalau ikutkan hati, mmg nak ambik.. Tapi kalau kwn2 blogger laa.. apa tindakan hangpa semua? Cer ceghita..Cer ceghita sikit... Sebelum tu, ni la handphone terbaeeekkk pernah aku guna.. Jeng..jeng..jeng...
^
^
^
^
^
![]() |
| Sedap ja si Pooh tengah bergayut sampai tertidoq.. Hahahahaha |
Bercakap tentang Nilai..
Nilai.. Kalau org tanya.. 'Hang dok mana la ni..?".. aku pun jawab la.. Dok kat Nilai.. Uihhh!!! Dekt la dgn Nilai 3... Kan? Iyooooo... Ha.. Nilai ni mmg terkenal dgn Nilai 3 laa.. Kalau sapa2 kwn2 blogger belum pernah mai Nilai 3, kalau nak mai, habaq kat cek noo.. 5 minit ja dr rumah aku..
![]() |
| Huhhh.. Ada bau sikit la adik.. belum mandi daaa!! hahahaha |
La ni kat Nilai ni daah aada Dataran Nilai.. Kalau kat KeyEL ada Dataran Merdeka, mai Nilai ada Dataran Nilai.. Kira maju la setapak lagi.. Tahniah buat MPN selaku pihak berkuasa tempatan (PBT).. Tapi kan, bagi aku, Nilai ni amat2 memerlukan 2 lagi agensi kerajaan yang mmg penting.. iaitu HOSPITAL & Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai... Mengapa hospital? Sebabnya Hospital Kerajaan yang terhampir ialah Hospital Tunku Jaafar, Seremban.. Kalau hangpa nak taw, HTJ tu mmg padat sgt... Dato' MB,, mmg perlu hospital di Nilai ni.. Masa bajet 2011, ada disebut kerajaan akan mendirikan 12 buah hospital di seluruh negara.. Tapi ada ka?
IPD pulak kenapa? Di Nilai ni masih megharapkan IPD Seremban.. Kalau berlaku sebarang kejadian contohnya pecah rumah, tu diaaaa.. nak tunggu Pegawai Penyiasat mai dari Seremban.. Naya oiiiii!! Mcm kes negro baru2 ni kat taman aku.. anggota polis biasa takdak kuasa nak masuk rumah negro tu,,, kena la tunggu IO (in-charge officer) dariIPD Seremban.. Tak ka nayaaaa...? Kerajaan tulung la ambik 'action' sikit kat keperluan 2 agensi ni utk kepentingan masyarakat.. Kalau hospital takdak masalah, USIM ( Universiti Sains Islam Malaysia) ada Fakulti Perubatan yang masih berpusat di Pandan Indah la nii.. Pindahkan depa.. Tanah USIM dah ada.. Cari bajet utk mendirikan bangunan.. ( hahaha.. senang kan aku ckp)..
So, kalau Dato' Seri Najib atau MB Tok Mat baca artikel ni, intai2 la kami@Nilai ni.. Ok..
Thursday, 24 November 2011
Majlis Malam Gemilang SK Desa Jasmin
15.11.2011... Berlangsung Majlis Malam Gemilang SK Desa Jasmin yang pertama kali diadakan di luar kawasan sekolah iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Nilai... Memang meriah!! Kalau ada kecacatan, itu biasala.. Dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Rusdi dan juga turut dihadiri Mr.Gan Chee Biow selaku Ahli Majlis MPN...
Anak aku pun dapat jugak anugerah pada malam tu.. Dina dapat Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 1 ( Bahasa Melayu Pemahaman ).. Dalam kelas Dina dapat no.4.. Kecewa betoi dia.. Takpa la Dina, kebetulan masa exam tu pun dia demam.. Tapi kalau dalam tahun 1 keseluruhan, kiranya Dina ni antara top-10 daripada 200 lebih budak.. Kira hebat jugak la kalau dibandingkan dengan aku dulu masa sekolah.. Hehehehe...
![]() |
| Tima kacih Mr.Gan.. |
![]() |
| Terbaikkk wahai Dina... |
Makan Malam @ Mantin
![]() |
| Kos khemah saja RM10,000.. |
![]() |
| Dari kiri : Halim, Ramzi dan Pak Sharip |
![]() |
| Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Wee Ka Siong pun mai.. |
Jemputan Majlis Makan Malam di Mantin oleh Ahli Majlis, Mr.Gan Chee Biow.. Pi bersama 3 org kwn Halim, Ramzi, Pak Sharip.. Sampai pekan Mantin, tengok dr table belakang, semua kaum Cina.. Aku kata kalau semua cina, kasi u-turn balik, blah laaa.. Hahahha... Sampai depan kat pentas, baru nampak kwn2 melayu termasuk Ketua Kampung aku Tok Salleh.. Apalagi.. Belasah ja laa.. Ada 4 table utk org melayu yg dilayan oleh caterer melayu.. Errrghghhh.. Poghut dah konyang.. apo lagi, balik laaa...
Wednesday, 23 November 2011
Header Baru Tapi...
Header baru tapi mmg nampak mcm hampeh.. Aku mmg teruja la tgk adik2, kakak2, makcik2, blogger yang aku selalu BW and follower blog aku punya header.. Mmg canggih tahap Gaban & Kampung Boy.. Yang bermaksud sungguh hebat.. Mungkin hangpa semua ada background Sains Komputer ka IT kaa.. Aku ni hapa pun takdak.. Habuk ada laa.. Apa yang aku buat utk blog aku mmg luruih bendoi punya.. Yang penting isi hati tertunai dalam artikel / n3... So, kwn2 blogger yang dikasihi, bolehlah kalau nak tepuk dahi ka, nak senyum ka, nak gelak ka bila tgk header aku niii.. Yang penting, hati bahagia..
Monday, 21 November 2011
Negro oh Negro @ Perdana College Heights
![]() |
| Dah kurang ajaq negro ni... |
Salam buat semua pembaca blog lineclear2u yang dikasihi.. Aku nak bercerita tentang kes negro kat taman aku semalam ( 20.11.2011)... Jam 4.45pm aku terima satu kol dr sorang ustazah yang dok dlm taman aku ni.. Aku pulak biasanya hari minggu hp merata2 tempat.. Tak perasan laa.. Jam 5.10 baru aku perasan.. Aku kol balik.. dan aku dimaklumkan negro jiran depan rumah dia buat kacau...
Dengan pantas aku roger 2-3 org kwn aku dan bergegas aku ke rumah dia. Sampai rumah tengok rumah negro tu mcm lineclear ja yg bermaksud takdak org.. tp pintu terbuka sikit.. Aku pun dijemput masuk ke rumah ustazah berkenaan.. Lalu suaminya pun berceghita laa.. Cerita dia mcm ni...
Jam 1.30pm dia balik dr Seremban bawak 3 org anak dia lepas hantar isteri dia exam. Sampai depan pintu pagar, dia pun keluar dari kereta nak bukak pintu pagar rumah yang berkunci.. Dalam proses dia nak bukak pintu pagar, negro yang dok depan rumah dia jalan dengan laju dan terus masuk kereta dia yang enjin masih hidup lagi dan ketiga-tiga anak dia masih ada dalam kereta. Bila si suami ni perasan negro tu dah masuk kereta, maka dengan pantas dia ke arah negro ygduduk dlm kereta bahagian pemandu lalu bergelut nak ambik kunci kereta.. BERJAYA ambik.. Negro ni hangin la badan dan keluar dr kereta.. Suami ustazah ni terus masuk dalam kereta lalu nak cabut. Negro tu datang kat dia dan cuba buat sesuatu, namun berjaya dipecutnya kereta... Alhamdulillah.. Maka selamat la kereta dan paling penting 3 org anak dia tu...
Aku suruh si suami pi buat report polis tp dia takut ancaman akan dtg.. Setelah dinasihat oleh ramai penduduk yang datang, akhirnya aku bwk dia ke Balai Polis Mantin utk buat report.
Kesimpulannya, mmg dah melampau si 'black' ni.. dalam Perdana College Heights saja setakat hari ni dah 3 unit rumah disewa depa ni.. Yang mangkuknya, si owner pun pasai apa la sanggup bg sewa kat geng negro ni.. Tp ada makluman, sewa kat negro ni dapat payment setahun terus.. Tu yg depa bagi kot...
Subscribe to:
Posts (Atom)


























