Tasting

Monday, 5 September 2011

Menerima Kunjungan Ahli Majlis MPN

Bergambar kenangan bersama bakal Calon PRU-13 DUN Nilai

Hamper hadiah daripada Mr.Gan Chee Biow
Hari Sabtu pagi (Raya ke-4), kami sefamili terima kunjungan pertama utk raya ni. Kunjungan pertama ni daripada Mr. Gan Chee Biow bersama 2 org rakannya. Aku rasa berbangga jugak di atas kunjungan beliau. Mr Gan ni juga antara 2 org calon Barisan Nasional yg berkemungkinan ada harapan untuk dicalonkan pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan dtg untuk kerusi N.10 DUN Nilai. Kehadiran dia adalah untuk melengkapkan kunjungan raya beliau ke rumah2 pemimpin2 masyarakat disekitar Nilai. Aku kata dgn Mr.Gan.. 'I bukan lagi pengerusi Persatuan Penduduk di PCH..'... Hahahaha... Dia kata sebab dia dah lama kenal aku.. jadi, walaupun aku dah tak pegang apa2 jawatan lagi, dia still dtg rumah. Mungkin ada sesetengah kata, dia mai sebab nak melobi pilihanraya.. bagi aku, dia bukan mai utk melobi sahaja, sebagai mengekalkan hubungan yg sedia ada.. Aku senang berurusan dengan Mr.Gan.. 




Walaupun PCH kawasan baru, tapi aku berjaya memasukkan beliau ke PCH.. Sebelum ni walaupun dia Ahli majlis MPN, dia tak pernah masuk PCH... Sebagai wakil utk MPN, dia dah banyak membantu aku sepanjang 2-3 tahun aku meneraju Persatuan Penduduk PCH.. Khemah? Kalau nak sewa RM170 seunit.. Kalau satu program 3 khemah dan RM500... kan membazir.. Dengan bantuan Mr.Gan, semuanya FOC.. Masalah-masalah yg ada di PCH pun dapat diselesaikan walaupun bukan semua. So, apa lagi nak komplen2.. Boleh komplen, tapi gunakanlah peribahasa melayu.. "Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut kita dapat, tepung tak berselerak"....

Anyway, terima kasih Mr.Gan di atas kunjungan raya ke rumah saya!! Walaupun makan kuih ghaya sahaja sebabnya stok barang makan belum beli lagi... hahahahaha...

Kunjungan Budak2 Beghaya


@Rumah nenda Felda Soeharto


Hari Raya ke-3, aku n family pi la beraya kat rumah nenek wife aku.. Gambaq atas ni la rumah nenda.. Masih mengekalkan rumah kekampungan.. sejuk saja masa lepak kat sini.. Masa kami pi beghaya, semua makcik2 wife aku dah balik.. cuma yg ada Cik Dah (Puchong)... Duduk borak2 dengan Cik Man, okla.. Cik Man ni mmg insan yg berinformasi sebab ghajin membaca.. Habis bab Mat Sabu semua keluaq.. bagi aku pulak, lebih suka mendengaq pandangan orang dan buat la penilaian sendiri...

Singgah ke SMK Kuala Kubu Baru


SMK Kuala Kubu Bharu adalah sekolah wife aku. Dulu dia dok asrama.. Sebab tu la maybe banyak nostalgia waktu zaman-zaman remaja dulu kot...  Kebetulan on the way balik ke Nilai, singgah sat kat Kuala Kubu Bharu ni. Kalau hangpa mai KKB ni, mmg ayok.. Pekan dia mmg koollll gila... Kalau la ada peluang dan ruang, aku pun rasa mcm nak duduk kat belah area KKB ni... Dengan redup kawasan pekan.. tak sesak.. mmg best la senang cerita...


Bila dengaq lagu Sudirman, 'kalau pergi Kuala Kubu.. Tulis nama atas batu'... teringat msa bercinta dulu....

Saturday, 3 September 2011

Kebesaran Allah S.W.T

Unik sungguh ciptaan Yang Maha Esa

Gambar ini di jalan masuk Felda Soeharto
Sebenarnya masa gambar ini diambil masa nak keluar ke pasar.. Nampak mcm unik sungguh gambar awan ni.. Tu yg terus shoot gambaq... Ntah la secara kebetulan ka.. atau apa2 saja fakta.. Tp, yg jelasnya bagi aku awan ni mmg sesuatu yang lain daripada yang lain. Wallahualam...

@Felda Soeharto

Dina di kedai Pak Ngahnyee..

Apa mau beli kak?

Ini la dia ghupe kedai abg leja

Boleh tahan biz...
Bermain bunga api di rumah nenek Dina.. jaga-jaga adik..
Raya kedua kami sampai di rumah mentua aku @ Felda Soeharto.. Aktiviti aku rehat sahaja sebab badan dah lotih.. malamnya layan Dina main bunga api dan terus pi kedai Abg Leja untuk beraya dengan dia.. Sempat shoot gambaq kedai abg leja.. Nampak gaya biz abg Leja ok.. Dah maju setapak sebab dah mula meniaga top-up.. Malam tu aku lepak kedai abg Leja sampai jam 1.30am pun masih ada customer yg ketuk pintu nak beli top-up.. Ok la tu...