Tasting

Tuesday, 27 December 2011

Aku... Pengerusi KRT Perdana College Heights


Suka ka Cuka?

2012 bakal tiba.. Amanah pertama di dalam komuniti.. Dilantik ssebagai Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di taman aku.. Ermm.. Suka? Sedih? Hampeh? Mcm mana nak kata.. Ntah laa.. Dlm satu majlis pemilihan Jawatankuasa KRT sesi 2012-2014, nama aku naik sebagai calon Pengerusi.. Last2 menang tanpa bertanding.. Kenapa aku? Sedangkan ramai lagi yang lebih layak.. Bagi aku, bukan ada apa pada jawatan tu kalau amanah yang diberikan tak dilaksanakan dgn betul.. 

2-3 hari sebelum majlis pemilihan tu, 4 orang otai2 la (umur 60 ke atas) mai jumpa aku.. Ni cerita betoi ni.. Bukan tambah Ajinomoto naaa... Depa dengan penuh pengharapan mahukan aku naik balik sebagai Pengerusi.. 2010 mmg aku Pengerusi Persatuan Penduduk, tapi masuk 2011 aku lepaskan dgn cara baik.. Bila sepanjang 2011, entah apa yang geng2 otai ni nampak, depa buat keputusan nak jugak aku jadi chairman.. Ermmm.. Hangpa rasa aku ni gila jawatan ndak? Aku dah puas menolak.. Aku cakap .. "Haji, sy ni kan dah lepaskan Persatuan Penduduk sy bgtau sy sambung belajaq.. Takkan saya nak ambik pulak jawatan ni... Kang masuk Sinar Harian pulak.. Saya akan bantu semampu yg boleh, tapi dari belakang.. yang bermaksud full support..." Depa kata apa.. "Kami nak hang jugak naik, kalau tak jaga hang..." Adusss!!! Sakit kepala... Last2, aku iyakan ja laaa... Aku amat menghormati sahabat warga emas aku yg begitu berharap.. Tkasih la wahai otai2 PCH.. Sy respect tuan2 semua!!!

Bagi aku, tak ada yg istimewa wpun aku ni Pengerusi KRT.. Selagi aku mampu menguruskan sesuatu, aku akan buat tanpa menyusahkan rakan2 AJK lain.. Walaubagaimanapun, kerja berpasukan amat diperlukan.. harap2 aku dapat melaksanakan amanah yg berat aku pikul ni utk memajukan masyarakat PCH yang terdiri daripada hampir 500 buah keluarga.. Ini la kerja2 sukarela tanpa gaji.. Harap2 ada la 'gaji' di akhirat nanti.. InsyaAllah...

Menu hari niii...

Yeahhhh.. nampak tak apo yg den nampak?

Kembang hidung anak aku nampak udang.. Huh!!
Hai blogger n pembaca setia (kalau ada laa... hahaha).. Sejak 7-8 menjak ni, aku dah maleh la rasa nak masuk post dalam blog ni.. Ntah laa.. Nak kata takdak mood, kdg2 tu bermood la jugak.. Tapi mmg dah sampai tahap maleh betoi... W/bagaimanapun, akan ku gagahi jugak utk mengupdate blog aku ni sebab ramai 'silent reader' yang ternanti2 apa la ceghita karut yg Che'gu Anuar ni nak bgtau.. Kahkahkah.. Anyway, thanks la pada kwn2 yg tak jemu2 menyokong, menjerit nama aku, tepuk sorak, fewwwiiiiiitttt utk aku supaya meneruskan perjuangan utk berblogger.. Ok.. i'm comingggg!!!

So, apa cer hari ni...? Nak cerita ttg makanan atau menu family aku hari ni ( Isnin - Cuti Keris Mes).. Semalam pi pasar, tup..tup..tup.. nampak udang laut.. Aduhhh.. My feverettt.. Sekilo RM49.90... Ada la 3 1/2 kali jugak dok pikiaq.. last2 belasah la jugak sebab dah lama tak beli.. Kalau aku balik Bagan Serai, mesti bwk tong ais.. Hari sebelum balik Nilai mesti pi beli 1-2 kg udang laut.. Kat Bagan Serai murah.. Kalau yg bersaiz XL tu, sekilo dalam RM30.00.. Ok laa.. So, cik puan aku buat masak ros.. aku panggil masak ros la.. hangpa panggil apa tak tau la aku.. Tengok saiz udang tu? Fuhhh.. Org penang kata "tu dia.. na'laaa.."... Hahahaha.. Syukur dapat makan rezeki yg Engkau berikan Ya Allah...

Sunday, 25 December 2011

Bersama Ahli Majlis ke Majlis Perkahwinan @ Putrajaya

Hai blogger.. sihat ke? La ni dah jarang2 dah nak masuk post.. Ontah la den...

Gambar atas bersama Ahli Majlis MPN ke Majlis Perkahwinan anak SB Kamal.. SB Kamal ni duduk setaman dgn aku dan bertugas sebagai SB Politik di Putrajaya.. Semoga perkenalan kita berterusan tuan.. hahaha.. Mr.Gan juga didoakan semoga dapat dicalonkan pada PRU ke-13 akan datang.. InsyaAllah...

Wednesday, 21 December 2011

Aku bersama Sahabat @ PCH




Aktiviti ni disekitar kawasan taman aku.. mcm ni laa.. kang ckp dikata riak, kalau tak ceghita mcm takdak benda nak cakap.. So, aku bercerita la sikit utk kenangan.. Program Majlis Silaturrahim & Komunikasi warga PCH bersama KRT & Persatuan Penduduk Perdana College Heights ni mmg dirancang oleh KRT.. Aku salah sorang drpd AJK nya laa.. Tapi, aku nak habaq mai, 75% kerja-kerja pengurusan program ni aku yang uruskan.. Aku bukan gila nama & kuasa..Cuma nak bagi jadi jugak ja majlis kali ni..  Utk makluman hangpa, sebelum ni dah 3 kali atur program dan tak jadi.. Last2 minit cancel.. Sebab apa? Sebab tak cukup persediaan.. So, kali ni aku cuba bantu yang terbaik la utk mnjadikan jugak satu program untuk KRT.. Apa yg aku buat? Antaranya, Flyers ( design, cetak, potong, edar ), Banner ( design - minta dato' K buat, tempah, ambik, gantung bersama kwn2 ), Hadiah cabutan bertuah ( beli , balut ), List pendaftaran penduduk, Kanopi ( minta tlg mizi uruskan ) dan ada la 2-3 benda lagi... Tapi, adakalanya pertolongan kita pun ada hadnya..

Aku dah pesan pada org penting KRT.. Semua urusan aku dah uruskan, hang cuma carikan pengerusi majlis, pendaftaran penduduk, bahagian borang BR1M, urusan susunan meja... Hangpa nak taw ndak.. Majlis bermula jam 8.30 malam... Tup..tup..tup jam 7.45mlm, abg Asmadi kol aku tanya majlis ni jadi ka tak jadi? meja belum susun, lampu takdak.. (abg asmadi ni yg uruskan makanan dan kanopi mmg pasang kat depan rumah dia..).. aku dgq dia kata lagu tu, hangin aku satu badan.. apa la depa ni.. mmg teruk betoi laaa....

Kalau tgk gambaq atas tu, mmg tengah hangin jugak.. malam pasang banner tu aku dah sms org penting KRT minta tlg sms 5-6 org kwn2 minta tlg pasang banner n kelip flyers.. haram tak sms pun.. aku jugak la yg sms.. dan banyak lagi yg mcm aku panazzzz... tapi iya laa, kwn2 setaman ni susah.. kang ckp msm muka pulak.. kan?

Banyak benda lagi yang tak sepatutnya berlaku malam tu.. maleh la aku nak ceghita... Cuma, kita ni kalau dah pikul amanah tu, tunaikanlah dengan sempurna.. jgn asyik nak lepaskan kat orang lain... Kdg2 aku pun tak paham dengan manusia ni... Apapun, thanks to sahabat yang bersama malam tu dan menjayakan majlis..

Kerja-Kerja Pembersihan Longkang kat ghumah..




Hai n salam buat teman2 blogger.. la ni walaupun cuti sekolah, aku ni amat2 la bzzz.. tak sempat lgsung nak masuk post kat blog.. Ok.. apa habaq oghang kampung?? Sihat kot semua nooo..

Ni entry nak ceghita sikit pasai pekerja SWM yang bersungguh-sungguh membersihkan longkang kat depan rumah aku.. Utk makluman, longkang kat ghumah aku ni dah lama tersumbat.. aku dah report MPN, depa reply surat yg berbunyi '... kerja-kerja pembersihan telahpun dijalankan...'.. PENIPU betoi laa depa ni.. Cukai pintu sampai RM294 setahun, tapi hampeh jugak laa.. cuba la jwb tu eok2 sikit.. Akhir sekali, aku pun minta la bantuan Mr.Gan.. Satu sms, esoknya, mai la backhoe, lori utk waterjack dan 6 pekerja SWM.. depa sampai jam 10am.. dan siap keja jam 4.30 petang... alhamdulillah.. dah tak tersumbat lagi.. Cuba hangpa tgk sampah dalam backgoe tu.. tu masa jam 12.00pm... Haa..

Anyway, thanks to SWM dan Mr.Gan atas bantuan...

Monday, 12 December 2011

This is MyTesis..


Wakakakaka.... Dah siap kajian den.. tapi dari bab 1 -3 ajooo.. ada 2 lagi smpai hujung tahun 2012... Huahuahuahua

Berbasikal@Putrajaya


Hallo blogger2 yg rajin dan tak rajin masuk blog aku ni.. Assalamualaikum... Dah lama rasanya aku tak update betoi2 blog ni.. Mmg tengah buzy dgn nak buat tesis dan jugak nak mengadap exam aku pada 14.12.2011 sampai 18.12.2011 nii.. Pening jugak kepala aku kalau nak pikiaq semua benda pasai study ni... Huahuahuahuahua

Baru2 ni sempat jugak aku bwk family aku pi Putrajaya.. Dina yang asyik dok minta nak pi main basikal kat situ (mentang-mentang dah dapat lesen P.. hahahaha)... So, bwk la pi sana.. Dari rumah aku nak ke Putrajaya bukannya jauh sgt.. dalam 35 minit sampai laaa... Punya la syok Dina main basikal tanpa gangguan kereta.. Kalau main kat ghumah, sat-sat keta lalu laa, motor lalu laa, lori lalu laaa... Haa.. Kat sini, berehhh... Manusia ja yg lalu-lalang...

Ok.. kpd para blogger yg selalu jengok blog aku ni mcm Cik Crab, BME, Ayu, dan semua laaa yg dok komen tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih la noooo... Bye..


Thursday, 8 December 2011

Moh kite pi Cameron Highland lagi...


Baru ni masa cik puan aku bukak web BPH, saja tgk ada kekosongan tak utk pi CH, alhamdulillah rezeki agaknya... Ada kosong 30.12.2011.... Selalunya nak guna Rumah Peranginan Persekutuan ni kena booked awai setahun.. tapi ni kira sgt2 rezeki laa.. Harga mmg terbaekkk la.. Satu malam RM25.00 sahaja... Amat murah la kiranya... Dok survey2 tgk mcm mana bilik dia, kira ok laa sgt.. So, jom la kita pi CH..

Ada nak kirim apa2 ka? -)