Tasting
Thursday, 23 June 2011
Wednesday, 22 June 2011
Isteriku@ Kursus Sulaman Manik & Labuci anjuran MPN
Tuesday, 21 June 2011
Friday, 17 June 2011
Ruang Hiburan Dyna..
SpongeBob adalah kartun kegemaran anak aku Dyna.. Kalau 18x layan episod yg sama pun takpa.. aduhh!! Remote kdg2 dikawalselia dgn bijak.. Tak apalaa... janji puteri aku yg soghang ni mau belajaq udah lee... Anyway, TAHNIAh buat Dyna sebab PKSR 1 Mei lalu dpt No. 2... Hadiah pun dh bagi.. Semoga next exam dapat 1st!!!.. Come on my daughter... u can do it!!!
Friday, 10 June 2011
Memori Daun Pisang @ Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 PCH
Tengah bersantai.. Hj Azmi, Pak Sharip, Azmin & Mahathir |
Menyambut Mr Gan sebagai tetamu VIP malam tu.. |
Antara hamper dan hadiah Cabutan Bertuah |
Tengah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w |
Aku amat seronok melihat program masyarakat yang atas ni.. Ramai tetamu yang terdiri daripada penduduk PCH yang datang.. Satu kepuasan.. Bagi aku, bukan mudah untuk melaksanakan program sebegini.. Mungkin bagi orang yang tidak menguruskan tiada apa-apa.. Tp, bagi aku dan kwn2 AJK mmg penat nak menggembirakan hati orang lain.. sebab tu aku suka dgn Program Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 niii.. Pelbagai bangsa yg datang.. Isteri aku pun sama bertungkus-lumus membalut semua hadiah untuk abutan bertuah tu dan mcm2 lagi pertolongan. Jefri sanggup menaja MERCUN yang aku punya anggaran mau jugak RM200-RM300... Bro Ashri sanggup berpanasan membakar lemang.. Hj. Azmi, Pak Sharip, Pak Hassan, Mizi, Azmin, Halim, Amir, dan lain2 yang tak disebut nama.. TERIMA KASIH banyak2.... Semoga 2011 ni akan diadakan pengajuran program sebegini dengan lebih hebat dan meriah lagi... InsyaAllah...
Semalam@i-City Shah Alam
Bertolak dr Nilai bersama kakak2 aku jam 3.00 petang. Mula2 pi Jalan Masjid India dulu.. depa nak p beli baju ghaya sikit2.. Pastu pi la i-City kat Shah Alam.... Bagi aku tempat ni agak kejam jugak laa pengurusannya.. ada ka patut parking kereta depa tekan sampai RM10.00 sekali masuk? Hati aku mula2 dah panas dah.. tp tak apa laa.. Pastu jalan2 kat situ, Dina rasa nak buang air kecik... nak buang ayaq saja RM1.00 seorang.. Mak Aihhh.. teruk betoi.. pastu, tak boleh flash pulak.. apa punya tur daaaaaaaa... Tp iyalah.. tandas ni kedai2 yang dok berjuai yg sediakan.. tu yg depa tekan harga.. tp awatla pihak PBT tak sediakan tandas awam? Apa daaaaaaaaaa.........
So far, kawasan kat i-City ni mmg la cantik dgn lampu yang terang-benderang.. Pastu nak masuk rumah salji RM25.00 (Dewasa) dan RM20.00 (Kanak2)... Bolehla harga dia.. tp aku dgn family aku tak masuk pun.. sebab apa? save bajet.. hahahah.. lagipun rumah salji kat Genting dan 3 kali masuk.. Jadi, bagi chance la kat kakak2 aku masuk dgn anak2-anak depa...
Malam tu jam 12.00 baru balik dan dekat2 jam 1.00am baru sampai ghumah... Pastu.. zzzzzzzzzzzzzzzz!!!!
Wednesday, 8 June 2011
Genting Highland bersama Keluarga Besar
Ahad 5.6.2011 family aku, kakak milah, kakak ina, nazri bertolak ke Genting Higland. Kakak2 aku mmg dah plan nak p GH. Jadi aku bwk la depa. Sambil2 tu, anak aku Dina dapatla jugak bergumbira dgn sepupu2 dia.. Betolak agak lewat (9.30am).. sampai di Taman Melati, Gombak jam 11.15am.. Mak bapak aku nak duduk rumah saudara aku sementara kami p GH. Jadi, kami tinggalkan mak bapak aku dok bersembang2 dgn saudara dia. Kami sampai di Skyway GH jam 12.45pm. Tgk keadaan mcm tenang. Tp, rupanya mak aihhhhh… ghamai gila dok beratur nak naik skyway. (lihat gambar).. Tiket RM10.00 dua hala. Dewasa & kanak2 sama saja harga. Okla tu.. Sampai di puncak, kasut Dina pulak putus. Aduhhh… mama dina dah mcm nak maghah la sebab awal2 lagi suruh pakai kasut lain, tp Dina pakai kasut selipar tu jugak. Nasib baik kat atas tu ada kedai juai kasut. Kena RM15.00… nasib baik la ada jugak kasut. Kalau tak, mesti mood tak syok punya..
Turun p makan dulu kat FirstWorld Indoor Game. Org punya la ramai.. Pening kepala aku.. Nak bagi main kat budak2 pun mcm tak sesuai. Beratur nak main indoor game saja adala kena tunggu 70-80 orang. Tp last2 beli jugak tiket untuk satu game saja. Aku yang beli utk 8 orang. RM64.00 sebab satu game satu orang RM8.00… Bila nak p main, tu diaaaaa… ramai.. lepas satu tempat, p tempat lain … sama jugak.. last2 ambik keputusan juai balik tiket tu.. tapi tak mau nya diaa.. aku dgn kak ina tunggu la dalam 10 minit untuk juai kat org2 yang beratur nak main. Dapat jugak balik RM64.00.. hehehehe...
Sehari@Kuantan
Pada 04.06.2011 (Sabtu), family aku dari kampong ajak aku p kenduri kahwin saudara aku di Kuantan. Kalau nak diikutkan, aku malas nak pegi salah satu sebabnya kat Batang Bona ada satu kenduri dan yang keduanya bajet laa… hahaha.. Jauh jugak Kuantan tu.. Tapi last2 minit aku & sayang aku ambik keputusan untuk p la. Saja seghonok2 dengan adik-beradik. Pukui 10.45am baru bertolak. Masa aku bertolak, rombongan kakak aku dr kg dah ada disekitar KKB. Aku bajet bila depa masuk Genting Sempah aku pun boleh sampai. Tapi, sangkaan aku meleset. Sampai di sekitar Kepong, jalan jem tahap kritikal. Ramai pulak org nak menuju ke Pantai Timur hari ni.. Sejam lebih jugak aku merangkak sementara nak sampai ke Tol Gombak tu.. masa tu aku kol kakak aku depa dah sampai di Lentang. Taka pa la.. aku bgtau depa jalan dulu…
Masuk highway Gombak tu tgk kilometer ke Kuantan 233KM… Aduhhh… Jauhnyaa… Taka pa laa..aku teruskan perjalanan… Sepanjang perjalanan di LPT (Lebuhraya Pantai Timur) amat membosankan. Kiri kanan hutan saja… kalau nak kira tol sehala, boleh tahan jugak. Highway Karak saja dah RM8.00 sehala. Tambah Tol LPT RM19.60 turun Kuantan. Tambah tol Plus Nilai-Sg. Besi RM4.70. Jumlah Tol sehala saja RM32.30.. Pi balik dah RM64.60. Petrol mau jugak hampir RM100.00. Kalau awal lagi, mmg aku ikut jalan bawah. Boleh pandang kampong, Bandar dan sebagainya… Jam 4.05 petang baru sampai di Felda Bukit Goh, Kuantan. Dah makan semua, kakak aku pada asalnya nak tidoq di Kuantan tak jadi sebab Kuantan takdak apa pun.. Baik lagi pekan Nilai. Kahkahkah.. Jgn marah naa org Kuantan.
Akhirnya kami p jalan2 sekejap di Pantai Teluk Cempedak. Takdak apa.. Huhhh.. bosan saja.. Pukui 7.00malam kami sampai balik di rumah kenduri untuk jemput mak bapak aku utk bertolak balik rumah aku. Dalam jam 11.00 malam baru sampai Pajam. Badan mmg letih sangat… Masa aku sampai, adik aku Nazri dah sampai rumah aku. Nasib baik aku teringat nak tinggal kunci kat dia. Kalau tak nayaa… Hahahah.. Jadi akhirnya, kami berempat beradik dapat la berkumpul di rumah aku. Bak kata ayang aku, “kasih dah berputik kembali”… hahahhaa…
Subscribe to:
Posts (Atom)