Tasting

Tuesday 29 November 2011

Santai@Rumah Water Park






Santai la Si Dina ni dgn air.. Nak pi water park pun cuaca tak menentu.. Water Park ajo la kat ghumah.. Ngeh..ngeh..ngeh..

PM.. Keluarkan Senarai Calon Sekarang..

Bergayanya bersama PM - Gambar ehsan FB Zul Subang
Hari ni nak ceghita sikit bab politik...

Sekadar berkongsi idea daripada pakcik wife aku (pakcik aku jugak la kan..) - Dato' Zulkifli Nordin @ Zul Subang.. Seperti dalam FBnya, pakcik aku menyarankan supaya Dato' Seri Najib mengeluarkan nama calon2 untuk bertanding PRU ke-13 sekarang kerana khuatir akan berlaku usaha lobi melobi dan akan menjahanamkan BN sendiri. Bila kita dah tau calon, senang nak menggerakkan jentera parti. Itu pandangan pakcik aku nooo..

Pandangan aku pulak, sama dan amat setuju la dgn pandangannya. Mmg beto PM patut dah keluarkan senarai nama calon la ni.. Tak payah tunggu lagi seminggu nak menamakan calon, baru nak keluar. Hal mcm ni akan mengecewakan penyokong serta calon yang tidak disenaraikan kelak.. Sebagai contoh yg dekat dgn aku ni, la ni Nilai dibwh ADUN DAP. Kuota BN adalah utk MCA. ada dua calon yang disenarai pendek. Kedua-duanya tengah hebat melobi dikwsn masing-masing. Kalau bagi aku, mesti la ada calon feveret aku laa.. Cuba la kita bayangkan, bila salah satu tak dicalonkan.. Mestila kecewa walaupun dalam statement akan diberikan, 'Saya akan menyokong beliau..." mana main maaaa... Hahahaha..

So, harap PM dapat mentranformasikan dalam pemilihan calon dan senaraikan lebih awal..  Okey..

Monday 28 November 2011

Misteri Sang Buaya@Putrajaya



Ni info kepercayaan masyarakat Orang Asli tentang buaya



Replika buaya Puchong
Informasi :

1. Pameran ni di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya

2. Bayaran masuk RM2.00 utk dewasa dan RM0.00 utk kanak2.

3. Boleh bwk masuk kamera utk snap berapa banyak yg hangpa mau..

4. Selain buaya, ada juga pameran haiwan2 lain yang telah diawet.

Layanzzzzzzzz nooo..

Sunday 27 November 2011

Adakah satu keperluan atau kehendak?


 Ekslusif daripada Maxis buat anda yang terpilih... Fuyooo.. Baik punya ayat dr Maxis.. Teruja aku!!

Jumaat lepas, dpt surat dr Maxis.. Disebabkan aku n cik puan aku pakai Maxis Postpaid, so ditawarkan kepada aku telepon bimbit (henpon laa) secara PERCUMA!!! FREE tuuuu... Mmg FREE pun.. Tapi org biz, nak bg free pun dia akan make sure dia pun kaut untung jugak..




Mcm ni cerita dia.. Dia offer Handphone FREE, pilih antara satu HTC ada 2 jenis, NOKIA ada, Samsung Nexus ada.. dengan syarat kena ambik pakej Mobile Internet dgn bayaran bulan RM78 utk kuota 3GB.. Pastu ada kontrak 24 bulan pulak tu.. So, mula-mula agak teruja la sebab hp aku la ni mmg baru tapi kalau hangpa tgk.. mseti gelak punya.. Nanti kat bwh sikit hangpa tgk hp aku nooo... Bila dipikir2, ambik la sebab HP mmg Maxis bagi FREE, pastu RM78 sebulan tu kira save RM10 sebab yang biasa pakej utk Mobile Internet RM88 utk 3GB.. Jdi aku byr pun utk aku yg guna internet jot telepon.. Adil la kan... Ada la 83 kali dok pikiaq nak ambik ka tak mau.. 

Petang td, aku pun pi la Alamanda Putrajaya.. Pi Maxis Center tanya lanjut.. Ternampak pulak iklan FREE henpon utk Kakitangan Kerajaan bila daftar Broadband.. Sekali lagi teruja.. Pakej tu RM50 utk kuota 3GB B/band.. Murah laa... La ni aku pakai RM68 utk 3GB.. Save RM18 sebulan.. Dpt Balckberry FREE pulak.. Bila ditanya lanjut, ada kontak utk B/band 12 bulan dan Postpaid aku akan dijatuhkan hukuman kontrak 24 bulan kalau aku setuju... Bila dikaji2, mcm nak kencing aku ja si Maxis niii... Dgn perasaan haghu-biru, kami pun start enjin kegheta, blah laaa.... CANCEL!!!!

Kesimpulannya, sebenarnya Handphone FREE tu cuma satu KEHENDAK saja BUKAN KEPERLUAN pun.. Kalau ikutkan hati, mmg nak ambik.. Tapi kalau kwn2 blogger laa.. apa tindakan hangpa semua? Cer ceghita..Cer ceghita sikit... Sebelum tu, ni la handphone terbaeeekkk pernah aku guna.. Jeng..jeng..jeng...
^
^
^
^
^
Sedap ja si Pooh tengah bergayut sampai tertidoq.. Hahahahaha

Bercakap tentang Nilai..

Nilai.. Kalau org tanya.. 'Hang dok mana la ni..?".. aku pun jawab la.. Dok kat Nilai.. Uihhh!!! Dekt la dgn Nilai 3... Kan? Iyooooo... Ha.. Nilai ni mmg terkenal dgn Nilai 3 laa.. Kalau sapa2 kwn2 blogger belum pernah mai Nilai 3, kalau nak mai, habaq kat cek noo.. 5 minit ja dr rumah aku..



Huhhh.. Ada bau sikit la adik.. belum mandi daaa!! hahahaha

La ni kat Nilai ni daah aada Dataran Nilai.. Kalau kat KeyEL ada Dataran Merdeka, mai Nilai ada Dataran Nilai.. Kira maju la setapak lagi.. Tahniah buat MPN selaku pihak berkuasa tempatan (PBT).. Tapi kan, bagi aku, Nilai ni amat2 memerlukan 2 lagi agensi kerajaan yang mmg penting.. iaitu HOSPITAL & Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai... Mengapa hospital? Sebabnya Hospital Kerajaan yang terhampir ialah Hospital Tunku Jaafar, Seremban.. Kalau hangpa nak taw, HTJ tu mmg padat sgt... Dato' MB,, mmg perlu hospital di Nilai ni.. Masa bajet 2011, ada disebut kerajaan akan mendirikan 12 buah hospital di seluruh negara.. Tapi ada ka? 

IPD pulak kenapa? Di Nilai ni masih megharapkan IPD Seremban.. Kalau berlaku sebarang kejadian contohnya pecah rumah, tu diaaaa.. nak tunggu Pegawai Penyiasat mai dari Seremban.. Naya oiiiii!! Mcm kes negro baru2 ni kat taman aku.. anggota polis biasa takdak kuasa nak masuk rumah negro tu,,, kena la tunggu IO (in-charge officer) dariIPD Seremban.. Tak ka nayaaaa...? Kerajaan tulung la ambik 'action' sikit kat keperluan 2 agensi ni utk kepentingan masyarakat.. Kalau hospital takdak masalah, USIM ( Universiti Sains Islam Malaysia) ada Fakulti Perubatan yang masih berpusat di Pandan Indah la nii.. Pindahkan depa.. Tanah USIM dah ada.. Cari bajet utk mendirikan bangunan.. ( hahaha.. senang kan aku ckp).. 

So, kalau Dato' Seri Najib atau MB Tok Mat baca artikel ni, intai2 la kami@Nilai ni.. Ok..

Thursday 24 November 2011

Majlis Malam Gemilang SK Desa Jasmin

15.11.2011... Berlangsung Majlis Malam Gemilang SK Desa Jasmin yang pertama kali diadakan di luar kawasan sekolah iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Nilai... Memang meriah!! Kalau ada kecacatan, itu biasala.. Dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Rusdi dan juga turut dihadiri Mr.Gan Chee Biow selaku Ahli Majlis MPN... 




Anak aku pun dapat jugak anugerah pada malam tu.. Dina dapat Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 1   ( Bahasa Melayu Pemahaman ).. Dalam kelas Dina dapat no.4.. Kecewa betoi dia.. Takpa la Dina, kebetulan masa exam tu pun dia demam.. Tapi kalau dalam tahun 1 keseluruhan, kiranya Dina ni antara top-10 daripada 200 lebih budak.. Kira hebat jugak la kalau dibandingkan dengan aku dulu masa sekolah.. Hehehehe...

Tima kacih Mr.Gan..


Terbaikkk wahai Dina...

Makan Malam @ Mantin

Kos khemah saja RM10,000..

Dari kiri : Halim, Ramzi dan Pak Sharip

Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Wee Ka Siong pun mai..

Jemputan Majlis Makan Malam di Mantin oleh Ahli Majlis, Mr.Gan Chee Biow.. Pi bersama 3 org kwn Halim, Ramzi, Pak Sharip.. Sampai pekan Mantin, tengok dr table belakang, semua kaum Cina.. Aku kata kalau semua cina, kasi u-turn balik, blah laaa.. Hahahha... Sampai depan kat pentas, baru nampak kwn2 melayu termasuk Ketua Kampung aku Tok Salleh.. Apalagi.. Belasah ja laa.. Ada 4 table utk org melayu yg dilayan oleh caterer melayu.. Errrghghhh.. Poghut dah konyang.. apo lagi, balik laaa...

Wednesday 23 November 2011

Header Baru Tapi...

Header baru tapi mmg nampak mcm hampeh.. Aku mmg teruja la tgk adik2, kakak2, makcik2, blogger yang aku selalu BW and follower blog aku punya header.. Mmg canggih tahap Gaban & Kampung Boy.. Yang bermaksud sungguh hebat.. Mungkin hangpa semua ada background Sains Komputer ka IT kaa.. Aku ni hapa pun takdak.. Habuk ada laa.. Apa yang aku buat utk blog aku mmg luruih bendoi punya.. Yang penting isi hati tertunai dalam artikel / n3... So, kwn2 blogger yang dikasihi, bolehlah kalau nak tepuk dahi ka, nak senyum ka, nak gelak ka bila tgk header aku niii.. Yang penting, hati bahagia..

Monday 21 November 2011

Negro oh Negro @ Perdana College Heights

Dah kurang ajaq negro ni...
Salam buat semua pembaca blog lineclear2u yang dikasihi.. Aku nak bercerita tentang kes negro kat taman aku semalam ( 20.11.2011)... Jam 4.45pm aku terima satu kol dr sorang ustazah yang dok dlm taman aku ni.. Aku pulak biasanya hari minggu hp merata2 tempat.. Tak perasan laa.. Jam 5.10 baru aku perasan.. Aku kol balik.. dan aku dimaklumkan negro jiran depan rumah dia buat kacau... 

Dengan pantas aku roger 2-3 org kwn aku dan bergegas aku ke rumah dia. Sampai rumah tengok rumah negro tu mcm lineclear ja yg bermaksud takdak org.. tp pintu terbuka sikit.. Aku pun dijemput masuk ke rumah ustazah berkenaan.. Lalu suaminya pun berceghita laa.. Cerita dia mcm ni...

Jam 1.30pm dia balik dr Seremban bawak 3 org anak dia lepas hantar isteri dia exam. Sampai depan pintu pagar, dia pun keluar dari kereta nak bukak pintu pagar rumah yang berkunci.. Dalam proses dia nak bukak pintu pagar, negro yang dok depan rumah dia jalan dengan laju dan terus masuk kereta dia yang enjin masih hidup lagi dan ketiga-tiga anak dia masih ada dalam kereta. Bila si suami ni perasan negro tu dah masuk kereta, maka dengan pantas dia ke arah negro ygduduk dlm kereta bahagian pemandu lalu bergelut nak ambik kunci kereta.. BERJAYA ambik.. Negro ni hangin la badan dan keluar dr kereta.. Suami ustazah ni terus masuk dalam kereta lalu nak cabut. Negro tu datang kat dia dan cuba buat sesuatu, namun berjaya dipecutnya kereta... Alhamdulillah.. Maka selamat la kereta dan paling penting 3 org anak dia tu... 

Aku suruh si suami pi buat report polis tp dia takut ancaman akan dtg.. Setelah dinasihat oleh ramai penduduk yang datang, akhirnya aku bwk dia ke Balai Polis Mantin utk buat report. 

Kesimpulannya, mmg dah melampau si 'black' ni.. dalam Perdana College Heights saja setakat hari ni dah 3 unit rumah disewa depa ni.. Yang mangkuknya, si owner pun pasai apa la sanggup bg sewa kat geng negro ni.. Tp ada makluman, sewa kat negro ni dapat payment setahun terus.. Tu yg depa bagi kot...

Nasi Daging & Ayaq Asam..



Ni la menu Ahad semalam.. Terbaeekkk dari cik puan sayang.. Nasi Daging + Dalca + Ayaq Asam.. Simple but sempoi...  Kalau nak try, mai la ghumah... -)

Monday 14 November 2011

Second Time Di 'Tag'



Salam blogger yang dikasihi.. Kali ni kali ke-2 kena tag.. Maybe ni yg last kot sebab segala  11 perkara tentang diri aku dah siap utk Cik Crab..  kalau campur 11 dah 22... Kira banyak la yg u'oll taw.. Hahahha.. 

Kali ni di 'tag' oleh Cik Puan Ros Putih ataupun WhiteRoses.. First thanks la kat cik puan Ros Puteh sebab sudi tag 'lineclear2u'.... Untuk tak menghampakan, aku akan ceritakan la serba sedikit ttg aku (lebih2 tak boleh nooo)..

11 perkara tentang aku...


1. 'Aku' anak ke-3 daripada 4 adik-beradik..
2. 'Aku' suka buat keja last minute yang kdg2 boleh memeningkan kepala aku sendiri.. hahaha
3. 'Aku' ni suka melayan kalau org tengah syok berceghita.. ( kasi pump lagi )
4. 'Aku' amat jarang nak marah org...
5. 'Aku' che'gu yang suka buat kelakar dlm kelas ( kelakar tu dtg nya sendiri.. Auto)
6. 'Aku' suka membuat org gembira ( contohnya belanja kwn2 makan bosa kalau berjaya sesuatu event.. janji depa happy)
7. 'Aku' selalu kata 'Sedap.. Terbaik..' kalau wife aku tanya masakan dia sedap atau tak? ( hehehe)
8. 'Aku' tak suka tengok rumah berselerak.. ( nak bgtau ghajin mengemas la nii)
9. 'Aku' selalu kata ' Isteriku la yang tercantik dan terbaek' .. ( puji sikit.. )
10. 'Aku' teringin nak melancong ke Over The Sea...
11. 'Aku' teringin blog aku mendapat komen sampai 15 komen dlm satu entry.. 


Okeh.. Itu je la yg dpt den pikir kan utk 11 perkara tentang aku....


 Sekarang nak jawab pulak pertanyaan Cik Puan Ros Puteh... Ready ye Ros..

1. Bila korang start blogging?
    Dah lama dah sebenonya.. tp dulu hnya aktifkan blog persatuan penduduk ai.. tp blog peribadi ni mula April 2011

2. Korang minat buat entry pasal apa? 
    Masukkan entry tentang aktiviti family, makanan menarik, hal2 perjalanan karier aktivis masyarakat, sekolah dan lain2 laaa...

3. Mana dapat ilham untuk buat posting di blog?
   Tak kira ilham... kalau tak bz, mmg belasah ja masuk entry..

4. Apa yang mendorong korang untuk blogging?
    Satu medium utk meluahkan pandangan secara peribadi yg dorong ai..

5. Pasangan/kawan-kawan/sedara mara korang tau ke pasal blog korang?
    Wife i ada blog, tapi akibat bz, dah tak aktif.. kwn2 no.. saudara mara pun no...

6. Pasangan/kawan-kawan/sedara-mara korang ada blog sendiri ke? Kalau ade..sila nyatakan
tajuk blog diaorang setakat yang korang mampu atau korang ingat. satu pun takpe..hihihi
   Nahi.. nahi.. ( sekali hindustan daaa...)

7. Apa yang membuatkan korang follow sesuatu blog?
    Selalu ada ja entry yg bermaksud aktif la blog dia.. mcm cik ros ni.. ( up sikit..)

8. Apa yang paling korang boring/fenin bila review sesuatu blog?
   Kalau terlalu semak dengan bahan-bahan disekeliling muka blog...

9. Nama blog yang paling korang suka?
    Yang ni blog ok laa.. nama blog dia http://lineclear2u.blogspot.com.. hahahaha.. Gurau je.. Rasanya semua yg rajin komen dlm entry blog saya, i likeeee....

10. Korang tengok maharaja lawak mega tak?
     Rasanya tengok TV pun seminggu 2 jam ja kot..

11. Siapa peserta yang paling korang minat?
     Errmmm... nanti la noooo bgtau...

Sekian sahaja, harap cik puan ros putih berpuas hati... Segala kesulitan amatlah dikesali.. Ok yeee..



Sunday 13 November 2011

Biar Bulan Bicara..

When things in your life seem , almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his ...... class
... And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill
it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the
jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a
unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and
poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

'Now,' said the professor, as the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life.

The golf balls are the important things - family,
children, health, Friends, and Favorite passions –
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life
would still be full.


The pebbles are the other things that matter like your job, house, and
car.


The sand is everything else --The small stuff.


'If you put the sand into the jar first,' He continued, 'there is no room
for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So...

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

'Take care of the golf balls first --
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'


One of the students raised her hand and inquired what the coffee
represented.

The professor smiled.
'I'm glad you asked'.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

@Pizza



Thursday 10 November 2011

Rombongan Chegu Anuar ke Genting Highland

Semalam 9.11, alhamdulillah selamat aku bersama 136 murid bersama 12 org kwn2 chegu yg mengiringi murid aku telah selamat pi dan selamat pulang dlm program Lawatan Ke Genting Highland... Kat sini aku nak berceghita la serba sedikit program sepanjang hari semalam..

@Outdoor..



@SK Desa Jasmin - 6.15am
Aku sampai.. budak aku nampak ada la dalam 20 org.. kwn2 aku yg dr Seremban dah sampai.. Pak Din, Araf, Bro Hamidi.. Budak makin ramai.. bas janji aku 6.30am sampai.. Last2 kena kencing jugak laa.. Pukui 7.20am baru sampai.. Aku target nak bertolak jam 7.15am paling lewat. Dah jadi bertolak jam 7.45am.. Aku dah kehilangan 30 minit masa... Hati panas la jugak....

@Highway KL-Seremban
Mak aihhhh!!! Jalan jem tahap Gaban & Doraemon... Dari Sri Petaling sampai atas lagi Pandan Indah.. Aku dah kerugian 40minit masa... Tapi budak enjoy layan cerita Magika (Bas A)... Bas mmg terbaeeekkk isinya...


Awana Skyway.. Jadilah.. dpt jugak merasa.. - gambar ehsan Fairuz pOt
 @Awana Skyway - 10.00am
Cadangan asal nak bwk 70 naik kabel car dan selebihnya naik Shuttle Bus.. Bila aku naik kaunter tgk 'lineclear'.. tanya minah kat kaunter tu dia kata 15minit satu skyway.. So, aku cepat2 panggil 2 biji bas lagi yg parking kat Genting Skyway naik ke Awana Skyway.. Aku adjust plan suruh semua naik kereta kabel.. Bagi semua merasa.. Utk makluman pembaca, Genting Skyway tutup utk maintanance satu hari iaitu hari ni.. Angin tak????? Aku dah puas bergaduh dgn sales person Genting.. 

@Outdoor themes park - 11.30am
Kumpulan petama 30 org sampai dulu.. aku bagi tag tangan pelepas masuk dulu budak2 ni... sementara tunggu kumpulan belakang... Kumpulan terakhir sampai jam 12.30pm... kesian depa, terpaksa main sekejap saja.. Pukui 1.15pm aku dah kumpul semula budak2 utk pi makan. Budak yg awal sampai, puas hati laaa.. yg mana sampai trip last, hangin ja satu badan depa aku tgk... sorry la...

Pak Isman & Fairuz tongah sodap tu...

Nganga sikti bro... hahaha.. A;araf & Anas..

Wakil chegu pompuan, Zana & Kak Sailah..

Oi Pak Din.. Copek sikit.. den nak cabut dah ni.. hahaha.. Pak Din & Ali


@First World Cafe -1.55pm
Sampai ja aku dimaklumkan oleh staff depa, nasib baik chegu sampai awal... kami jam 2.15pm dah tutup.. Fuuhhh!!! Lega eden... Yg menariknya, aku sangka makan tapaw ja.. Tapi semua budak aku makan buffet lunch.. mmg puas hati.. Kami 12 org chegu duduk side VIP pulak tu.. maknanya menu lebih special... Mmg amat2 puas hati la kwn2 aku semua.. Ada ayam, kambing, isi ikan, sotong, udang,.. ishhhh banyak lagi laaaa... Aku betoi2 tak sangka makan mcm tu.. Alhamdulillah... Dah abis makan, diberi pulak tapaw, 1 mineral water, 1 buah epal, 1 bungkus roti bun utk semua 147 pax... Terbaeeekkkk la bab makan..

@Indoor First World Plaza - 3.00pm
Aku maklumkan budak supaya jam 3.45pm mesti kumpul balik.. Bagi peluang depa bebas bergerak kat area indoor games... Mmg teruja laa.. ada yg naik roller coaster, buaian, monorail dan mcm2 lagi... aku masa dep main, bergegas berjumpa dgn Rainbow (staff genting) utk redeem EzyCash Card.. nanti aku cerita pasai apa dapat kad tu.. Lepas ambik kad, berpusing pulak cari tempat nak tunggu shuttle bus utk turun... Org lain menggigil, aku berpeluh daaa....





@Genting Games - 4.00pm
Sepatutnya pakej aku Snow World.. Tapi 12 jam sebelum lawatan, aku dpt call dari sales person bgtau Snow World TUTUP utk renovation... kalau hangpa laa.. Angin tak satu badan? Huh!!!! Dia bg aku pilihan utk ganti. Nak tau apa? 1. Flying Coaster (yg budak2 aku mesti tak dpt naik sebab pendek), 2.Boling dan 3.Pop Corn.... Angin la aku... Aku bagi dia pilihan pulak, 1. 3D Cinema, 2 Believe It or Not 3. EzyCash Card.... Last2 dia gantikan EzyCash tu.. Tau takut... Hahahah.. Jadi budak2 dpt kad dgn nilai RM10.00 dalamnya.. Main la puas2....


@Shutte Bus - 5.45pm
Bru nak turun.. Mmg tak sempat rasa aku nak ke Strawberry Park di GohTong Jaya... Strawberry Park ni termasuk dlm pakej... tk pi kalau, rugi laaa... Aku dpt naik shuttle pertama dgn 44 budak2 aku, sampai ja kat parking bas di Genting Skyway, jam dh pukui 6.25pm.. Ahhh.. Sempat lagi, aku cepat2 suruh drebar bas bwk ke Strawberrry Park tu... Sempat!!!!! Tapi bas aku laa.. Tak apala... akhirnya dapat la 88 murid masuk jugak.. Selebihnya tak sempat sebab jam 7.20pm baru sampai.. Kami set balik, susun budak ikut bas, semua cukup.... Bertolak dr Gontong Jaya jam 7.45malam... 

Alhamdulillah.. Tepat jam 9.30malam bas aku (Bas A) sampai sekolahhhh.... Jam 10.15malam, semuanya clear... Tkasih kepada semua murid SK Desa Jasmin yg sporting join trip kali ni.. Thanks jugak kt kwn2 yang bersama dari pagi sampai malam...

Tunggu next trip.... 2012!!!!

First time kena 'Tag'...

TERBAEEEKK!!
Ni nak habaq mai.. kali pertama kena 'tag'.. jenuh jugak la nak paham maksud 'tag-tag' ni.. Anyway, thanks to Cik Ketam sebab sudi tag aku ni.. Try la ikut.. betoi ke tk betoi, nombor dua.. ok..

11 perkara tentang 'AKU'

1. 'Aku'suka dengar lagu2 slow rock zaman 90-an dulu

2. 'Aku' pernah dipanggil 'ring file' oleh kwn aku sebab sistem fail peribadi aku yg tersusun.. (dulu laa, la ni hancur jugak)

3. 'Aku' memiliki motosikal pertama tahun 1996 (Ex-5, PDD8814 no plat dia)

4. 'Aku' memiliki kereta pertama tahun 2002 (April) kereta Proton Iswara (masa tu kita class jugala..Hehehe)

5. 'Aku' mula menjadi chegu mula 1.7.2001

6. 'Aku' bertugas di sekolah pertama di SK Puchong Jaya

7. 'Aku' amat sayang keluarga aku

8. 'Aku' seorang yang amat aktif dlm kerja-kerja sukarela dlm masyarakat

9. 'Aku' teringin nak jadi ahli perniagaan (yang betoi2 meniaga bukan MLM)

10. 'Aku' bukanlah seorang yang romantik mahupun dramatik.

11. 'Aku' selalu merasakan blog akulah yang paling tak cantik dibanding dgn blog2 anda..

Ok.. itu saja le 11 benda ttg aku... Sekarang, aku nak jwb pulak la apa yg Cik Crab nak tau tentang aku pulak... Ready.. 1..2..3...

  1. Nama seperti dalam IC
  2. Mohd. Anuar Bin Saed
  1. Favourite colur
  2. Hitam ( sama la warna kulit aku )
  1. Asal and tinggal kat mana
  2. Pulau Pinang and now tinggal di Nilai, NSDK
  1. Kenapa berblog
  2. Berblog sebab lebih privacy dan tempat nak meluahkan sesuatu serta utk berkongsi maklumat
  1. Status ; single or double or triple
  2. Triple (1Wife , 1daughter)
  1. Benda yg korang tak suka/alah/benci
  2. Org yang seperti 'tin kosong'
  1. Attitude anda 
  2. Aku ni agaknya org yg jenis penyabar
  1. Kenapa korang rasa diri korang bertuah
  2. Dianugerahkan kehidupan yang sempurna serta kelihatan masa depan seperti bersinar
  1. Benda yang bermain di fikirana koranag sekarang
  2. Asiggment tak siap lagi.. kena buat submission 13hb Nov.. Naya-naya
  1. Favourite song/s and state kan kenapa
  2. 'Rindu Bertandang Lagi - Hattan sebab first dating masa hantar balik dengar lagu ni.. rindu sgt.. (nasib baik skrg dah jadi isteri teman)
  1. Korang rasa orang yang men-tag anda ni gila atau syok sendiri.
  2. Bukan la gila sgt, sikit ada laa.. hahaha.. Gurau aje ye.. Org yg mentag2 ni bagi aku mmg ada 'class' yang tersendiri...

Sekian saja le Cik Ketam yg sy kasihi.. Thanks a lot sebab tag saya...


Saturday 5 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

sALAM : Saya dan Family mengucapkan 'SELAMAT HAGHI GHAYA AIDILADHA' buat semua blogger & follower blog lineclear2u.blogspot.com.... Semoga bergembira di Aidiladha...