Tasting

Wednesday 18 May 2011

MB @ Kg Batang Benar



Program ni masa MB datang menyampaikan geran rumah rakyat di sekitar DUN Nilai. Sepanjang aku dok di dalam Khariah Batang Benar ni, dah 3 kali MB masuk Kg. Batang Benar. Satu perkembangan yg sihat untuk Pilihanraya ke-13 nanti.. Aku ni cuma photographer tak bertauliah saja... Mana yg sempat, aku shooot laaa...

Tuesday 17 May 2011

SELAMAT HARI GURU

"Selamat Hari Guru, Cikgu"... setiap tahun menjelang 16 Mei.. aku pasti menerima ucapan ini.. rasa terharu jugak...

Wednesday 11 May 2011

@ Seri Inai Cafe bertemu Ahli Majlis

Kenangan Mr Gan & Tok Salleh @ Rumah Terbuka Aidilfitri PCH
Tepat jam 9.43pm Mr Gan ( Ahli Majlis MPN ) call teman.. ajak minum kat Kedai Tok Ketua Kampung (Seri Inai Cafe) di Batang Benar.. Aku pun ajak la Pak Rashid jiran aku utk join sama sebab kalau jumpa Mr Gan mesti selit bab2 politik.. Jdi Pak Rashid antara orang yang aku salute utk bab2 politik.. Yang best nya, Pak Rashid ni kalau ajak p mana2 jarang sangat nak tolak... Tq Pak Rashid.

Sampai kat kedai tok salleh, tgk2 ramai ghupanya.. abg masri, yusri dgn member flat.. rosli.. aku pun layan la borak2... kadang2 aku pun segan jugak sebab aku dah takdak apa2 jawatan lagi di dalam komuniti Perdana College Heights.. tp, tak apa la.. tak rugi berkingsi idea dgn kwn...

Aku bukak cerita bab permohonan dewan orang ramai yang aku mohon Novemver 2010 dah K.I.V oleh MPN sebab takdak tapak yang sesuai. Jadi, aku mohon dgn Mr Gan supaya padang bola di taman aku ditukarkan kepada Dewan Orang Ramai & gelanggang futsal.. Mr Gan kata boleh mohon.. kelulusan bergantung pd MPN dan beliau sebagai Ahli Majlis boleh bertindak sebagai pendesak. Aku lega jugak dia cakap mcm tu. Jd, aku bgtau Abg Masri supaya bt permohonan bersama PPPCH, KRT PCH, KRT Pangsa Pajam dan Komuniti Suria Residense.

Banyak lagi la yang dapat dibincangkan malam ni... walaubagaimanapun, aku tiada lagi 'priority' untuk bertindak dan berharap PPPCH dpt fokuskan usaha ini.

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Hari Ahad 8.5.2011 merupakan Hari Ibu. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat isteriku, mama kepada anakku, Dina... Selain tu, aku juga nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu aku yang ada di Bagan Serai dan juga ibu mentua aku yg berada di Felda Soeharto.. Semoga panjang umuq dan murah rezeki... InsyaAllah...

I Love u sayang...


Sebagai tanda kasih sayang, aku dan Dina buat surprise kat mama Dina...Kami p beli hadiah & yang romantiknya aku teringin sgt nak bagi bunga ros kat wife aku.. Jadi, utk Hari Ibu ini, aku menghadiahkan sekuntum bunga ros dan hadiah yang dah dipilih Dina.. Igt nak sorokkan dulu, Ahad baru nak bagi, tapi, paham2 la anak den tu, dah tak dapat menahan excitednya nak bg present kat mama dia.. Jadi terpaksa la bagi awal sikit.. hehehe...

Nasi Beriani @ Restoran Insaf

Baunye.. ermmm.. sedap betoi.. (gambar pakai hp ja)
Hari ni 7.5.2011 aku ada keja sikit kat PJ. Nak ambik modul OUM untuk Semester Mei 2011. Kdg2 pening jugak aku ni.. ini la kali pertama sejak Sept 2009 aku dtg ke OUM PJ untuk ambik modul. Sebelum2 ni, dah sampai tutorial ke-2 baru terhegeh-hegeh nak p ambil modul. Kira mcm dah insap la sikit. 



Jadi, dah terlajak ke KL, aku teruih p Jalan Masjid India sebab wife aku nak beli baju kurung Dina. Aku o.k ja.. jam 4.30pm baru sampai Jalan TAR. Terus masuk Restoran Insaf sebab perut dah menyanyi. Lagipun, dah lama tak makan kat Insaf ni.. Terlanjur pulak esoknya Hari Ibu.. jadi kami (aku & Dina) buat la surprise sikit makan kat sini. Nak bercerita ttg nasi beriani, Restoran Insaf ni mmg power gila laa.. dgn hidangan menu (gambar atas), harganye RM35.00... Huhuhu.. tapi puas laa.. Nasi Beriani Kosong = RM5.00, Ayam Masala / Goreng = RM8.00 seketul, itu la yang aku ambik. Dina nak makan nasi putih ja.. RM2.50 utk sepinggan nasi putih. Yang bagi aku mamak ni nak kenakan customer dia ialah bab ayaq (air).. takdak air lain melainkan air buah... RM5.00= Fresh Orange... Lain kali aku ingat nak bwk bekas air siap2 .. hahaha... Kira kenyang laa makan kat Restoran Insaf ni...
Exora den kat belakang KWSP
Pasar Malam Jalan TAR

Ni la dia.. kaya la Taukey nii...
Lepas makan, p beli 3 pasang baju kurung Dina.. Jalan2 jap kat Pasar Malam Jalan TAR.. pastu balik Nilai sebab malam ni rumah Abg Asmadi ada buat kenduri doa selamat...

Saturday 7 May 2011

Bagan Serai Kampungku



Gambar ni masa ghaya 2009 kat kg. arwah tokwan aku
Asal aku adalah Pulau Pinang.. lahirku di Pulau Pinang, bersekolah rendah & menengah di Pulau Pinang, pernah bekerja kilang di Pulau Pinang, masuk Maktab Perguruan di Pulau Pinang... akhirnya aku menetap di Negeri Sembilan. Tak tau mcm mana aku boleh menetap di NSDK ni.. bagi aku, semuanya adalah ketentuan Allah.. Tak kisah la kat mana aku duduk, yang penting, kalau setakat nak balik Bagan Serai, 4 jam sampai la.. 

Mcm mana aku boleh kg aku jadi di bagan serai? Bapak aku pencen dah tahun 2001.. So dia ada rumah di Bgn Serai, jadi berpindahla aku kat Bgn Serai.. Tp jiwa aku masih di Penang!!! Setiap kali balik kg, mesti ke Penang... Hahaha.. Penang bagi aku meninggalkan 1001 kenangan...

Kalau nak mai Penang, jangan lupa singgat sat kat Bgn Serai.. jumpa teman.. -)

Antara Realiti & Fantasi

 Aku satu ketika pernah difitnah oleh salah seorang rakan yang bagi aku seorang rakan yang boleh dibuat kawan dan dipercayai... Mmg tak pernah aku sangka dia sanggup membuat fitnah ttg satu usaha yang pada peringkat awalnya aku yang memulakan. Aku tak perlu bercerita apa yang dah berlaku pada diri aku. Yang nyata, berlaku didalam kehidupan bermasyarakat aku di kawasan perumahan aku... Aku amat yakin dgn ketentuan Allah S.W.T akan kebenarannya.. Semoga ditunjukkan jalan yang lebih mulia kepada kawan aku ini.. Mungkin, dia bercita-cita untuk mendapatkan sebarang jawatan utama dalam komuniti? Wallahualam..  aku amat suka dan alu-alukan. Usaha aku didalam memajukan taman aku amat tulus & ikhlas.. hanya isteri aku sahaja yang memahami apa yang ada didalam benak pemikiran aku.. Terpulangla.. Kini, aku bebas,, Tiada berjawatan lagi.. hanya mengikut apa yang dirancang.. semoga Allah memberkati segala apa yang aku usahakan..

Wahai rakan2, mari kita renung-renungkan...


Memfitnah: Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah;

والفتنة أشد من القتل
Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.

Antara sebab-sebab berlakunya perbuatan keji ini;

  1. Wujudnya sifat iblis dan syaitan dalam diri manusia yang tidak senang hati apabila saudara mereka mendapat kesenangan bahkan merasa terhibur apabila saudara mereka ditimpa musibah dan derita.
  2. Makhluk terkutuk sahaja yang tergamak melakukan perbuatan tersebut akibat perasaan iri hati dan hasad dengki (sifat syaitan laknatullah) yang melampau terhadap kelebihan yang ada pada orang lain.
  3. Manusia seperti ini juga mempunyai perasaan takut (pengecut) untuk bersaing dalam menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan cabaran dan halangan, serta memastikan hanya golongan mereka sahaja yang layak berada di tempat teratas.
Akibat mengumpat dan memfitnah;
  1. Hubungan silaturrahim akan terputus, masyarakat kucar kacir, negara tidak akan makmur seperti sebelumnya. Ingatlah barang siapa memutuskan hubungan silaturrahim tidak akan masuk syurga.
  2. Berlaku permusuhan dan huru hara, hidup akan menderita di dunia dan yang tentunya tidak akan terlepas dari azab neraka yang amat pedih di akhita kelak.
  3. Membuka jalan kepada musuh-musuh Islam menghapuskan syiar dan umat Islam.

Friday 6 May 2011

Kedai Hardware @ Felda Soeharto

Ni la satu-satunya kedai hardware yg ada di Felda Soeharto
Di kg wife aku ( Felda Soeharto) sejak turun-temurun family mentua aku meniaga. Bukak kedai hardware kecik-kecik. Sekarang ni abg ipar aku yang menjaga kedai tu.. bisnes boleh la sebab pekan terdekat Tg. Malim. Jadi, barang2 keperluan rumah mmg dicari di kedai abg Leja. Kalau balik kg pun aku selalu melepak kat kedai tu.. Sambil meniaga hardware, abg leja & kwn dia e-aim ada buat biz jual & servis komputer/laptop.. harga mmg boleh kawtim punya.. sebab tu ada free wi-fi kat kedai ni.. canggih tu beb!!! apapun, aku doakan biz kedai hardware tu kekal la selama-lamanya.. InsyaAllah...

Tuesday 3 May 2011

Kerjaya Aku sebagai Che'gu

Inilah meja teman.. kat SK Desa Jasmin
Aku mula bertugas sebagai kakitangan awam (guru ) bermula lantikan pada 1.7.2001. Sekolah pertama aku ialah SK Puchong Jaya, Selangor. Di Puchong aku berkhidmat sampai Disember 2008. Mula Januari 2009, aku bertugas di SK Desa Jasmin, Nilai. Sebab apa aku tukaq sekolah, sebab den dah boli ghumah kat Nilai ni.. dan selama setahun setengah jugak berulang-alik Nilai-Puchong.. jenuh teman... bankrap juga berulang-alik ni...



Sekarang aku sebagai guru kelas. Jadi guru kelas ni agak teruk jugakla.. jika nak dibandingkan dgn rakan2 sejawat yang tak pegang kelas. Tapi, aku tak kisah sebab dah biasa. Cuma, keja last minit dah jadi adat. Aku banyak berubah di SKDJ ni kalau nak dibandingkan dengan sekolah di Puchong. Lebih berdedikasi la.. (puji diri sendiri)... Aku tak tau sampai bila akan mengajaq di Nilai ni. Mungkin sampai bila2 kot. Tapi, dalam hati kecik aku, aku teringin nak mengajaq di belah2 utara sebab itu la tempat asal aku. Dah lama tak kedengaran lagu rasmi negeri aku. Huhuhu.. Mungkin belum rezeki. Walaubagaimanapun, yang pasti, aku akan menjalankan amanah dan tanggungjawab aku dgn penuh berhemah. InsyaAllah...

'Aku adalah seorang guru biasa.. bukan sekadar mengajar, namun mendidik murid menjadi manusia berguna pun tugas aku.. 'pejabat' ku tidak berhawa dingin seperti kakitangan awam lain, tempat mengajar (kelas) pun tak berhawa dingin.. sambil memberi penerangan, adakalanya menitik peluh jantan... Namun, inilah tugas aku.. ttanggungjawab aku..


Monday 2 May 2011

Semalam@Cameron Highland Part 2

Inilah di antara sayuran & buahan2 yang aku dgn mak mentua aku beli… Yang syoknya, aku ni tak makan sayur, tapi amat berminat dgn kesegaran sayur2 kat CH ni.. 
8 paket = RM10.00

Lobak putih.. RM1.00 sebatang

Kobis.. RM2.00 sebiji..

RM5.00 sepaket

Jagung.. RM10.00 = 8 batang

Dari segi makan pulak, kat CH ni harga masih terkawal dan bagi aku, okla..  kalau nasi goring pataya seafood tu dijual dgn harga RM4.50.. Malam tu kami makan 4 orang RM22.00 termasuk air. Takdakla depa tekan harga sempena cuti UMUM..

Errrmm.. sedapnya sayang...
Ghupa cantik.. tp masam!!! huahuahua


Padi Ahad, kami check-out jam 9.00am sebab rasanya masih nak berjalan2 lagi.. Menuju sekali lagi ke tapak Pasar Malam. Tp tak la dipanggil pasar malam sebab waktu pagi. Tp, yang menjualnya takla seramai yang jual kat pasar malam. Wife aku kata, kalau nak beli sayur atau apa2 pun, baik p Pasar Malam. Sebab harga di pasar malam jauh lebih murah. Sebagai contoh, 8 pek sayur RM10.00(pasar malam)… tp 6 pek RM10.00 (pasar pagi)… Ok.. Jadi, pandai2 la memilih…Masa balik, singgah sekojap di Tanah Rata ke Ladang Strawberry Al-Mashoor… malangnya buah strawberi tak bole petik sebab masih muda. Dina betoi2 frust.. hehehe.. kesiannya anak abah ni!!! Kat sini, wife kesayangan aku dihidangkan lagi dgn strawberi coklat idamannya.. takpa, abg belanja.. hahahaha…